Jumaat, 17 Februari 2012

berita rasakusut : Pengusaha barang kawalan pening dengan tambahan logo UMNO pada barang mereka.

KL : 17 feb.arangan kawalan yang sebelum ini di arah meletakkan logo satu malaysia hari ini terkejut dengan satu lagi arahan iaitu perlu meletakkan logo UMNO di  bungkusan masing masing. Hal ini amat merumitkan kerana ianya melibatkan kos yang tinggi.

Syarat ini perlu di patuhi serta merta dan di beri tempoh selama sebulan untuk membuat pembaharuan. tiga barangan kawalan yang di maksudkan adalah minyak urut, gula kapas dan tepung pelita. Hal ini amat mebimbangkan kerana menurut pengusaha ianya akan meningkatkan kos.

Seorang pengusaha gula kapas en Zul Kulum yang di temui berkata beliau amat risau sekali kerana jualan gula kapas akan merudum kerana orang ramai tidak mahu membeli barang yang ada lambang UMNO. "sekarang orang ramai tak mahu beli barang yang ada lambang UMNO, saya pun tak tahu kenapa" tambahnya lagi.

Orang ramai yang di temui pula berkata barang yang ada lambang UMNO hanya di minati oleh pengundi saluran satu sahaja. Saluran 2 ,3 atau 4 jarang benar menyukainya. Ini tutut di akui oleh seorang pengusaha rumah urut en. Ahmad maslan. "customer saya memang tak mau minyak yang ada lambang UMNO, kalau ada mereka rela guna mesin urut di rumah" " saya terpaksa memikirkan perniagaan lain pulak lepas ni" katanya yang sedang berkira kira ingin membukak sebuah kolam pancing di Johor.

Tiada ulasan: