Selasa, 28 Februari 2012

Berita Rasakusut : Peminat Misteri Datin Seri Rosmah di tangkap

KL :Teka-teki siapa peminat misteri yang menghantar kiriman aneh berupa beg tangan dan tiga bentuk berlian kepada seorang wanita yang seiras Datin Seri Rosmah mansur di Wangsa Maju di sini baru-baru ini terjawab apabila Pihak UTK Bukit Aman menahan seorang lelaki semalam.


Suspek berusia 21 tahun itu ditahan di rumahnya di Sri Rampai, Wangsa Maju di sini pada pukul 11.30 malam.

Lelaki yang belum berkahwin itu rupa-rupanya jiran mangsa yang bekerja sebagai pendandan rambut di sebuah salun di ibu negara. Malah mangsa turut mengenali peminat misteri itu.

Suspek yang berasal dari Negeri Sembilan itu dipercayai bertindak demikian kerana menyangkakan mangsa yang berusia 50-an itu ialah isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor atau lebih dikenali sebagai Kak Ros..

Suspek mendakwa dia tidak pernah bersemuka dengan Kak Ros terbabit tetapi kerap berhubung dengan isteri PM itu di laman sosial Twitter sejak beberapa tahun lalu iaitu sebelum suaminya menjadi PM.

Suspek juga mendakwa sepanjang berkomunikasi di Twitter, Kak Ros sering membalas komennya menyebabkan dia teruja untuk mengenali wanita itu dengan lebih rapat. Suspek turut memaklumkan yang dia teringin untuk menguruskan konsert nyanyian Datin Seri Rosmah Mansur jika ditawarkan.

Jelas suspek itu lagi, dia amat meminati Kak Ros itu kerana bukan sahaja memiliki wajah yang cantik, gebu dan tidak di mamah usia malah menyifatkan beliau sebagai seorang wanita bijak.

Suspek itu memberitahu, dia mengirim bungkusan berisi gambar, puisi cinta, beg tangan berjenama dan tiga bentuk berlian yang dibeli hasil menabungnya sendiri kepada mangsa sebagai tanda persahabatan kepada wanita itu atau hadiah daripada peminat tanpa muslihat lain.

Selain Datin Sri Rosmah, suspek turut menyertakan nota cinta kepada  Lo Tung Siang yang turut dikirimkan di rumah mangsa. Lo Tong Siang adalah salah seorang wartawan aduan rakyat.

Tiada ulasan: