Rabu, 15 Februari 2012

berita rasakusut :Apa yang tidak kena dengan B2B, soal Nazrin

KUALA LUMPUR, 14 Feb -- Menteri di Jambatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazrin Azizul hari ini berkata, orang Islam seharusnya dibenarkan untuk menyambut Hari Mengurut.

"Kenapa tidak boleh disambut? Saya tidak bersetuju ... ia bukannya satu bentuk sembahyang, ianya untuk kesihatan badan" katanya.

Menteri berkaitan undang-undang ini turut mengulas kenyataan menteri berkaitan Islam dan antara penerima zakat tahun lalu Datuk Seri Jamilul Khir Baharomi yang berkata pihak berkuasa agama Islam akan melancarkan kempen besar-besaran seluruh negara bagi mencegah umat Islam menyambut Hari Mengurut hari ini. Sempena hari mengurut kebanyakan pusat urut menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi urutan B2B.

"Apa salah Hari Mengurut? Mayarakat hanya mengurut di pusat pusat urut. Lagipun ianya menjana ekonomi"
"Apa beza hari itu dengan hari-haru yang lain, bila kita boleh lakukan perkara yang sama?" soal Nazri.malah, beliau turut mengkritik PAS kerana melaksanakan kempen menetang Hari Mengurut, dan menambah usaha seperti itu adalah "mengarut."

Jumaat lalu, Khutbah Jumaat turut melarang umat Islam meyambut sambutan Hari Mengurut atau pegi ke rumah rumah urut kerana Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menyatakannya bertentangan dengan ajaran Islam. Tidak semua urutan tidak di benarkan. Urutan seperti urutan selepas bersalin tidak menjadi masalah.

Berdasarkan teks khutbah berkenaan yang bertajuk "Awas jerat Urut batin dan B2B", umat Islam dinasihatkan agar tidak pergi ke rumah rumah urut batin. Pemuda PAS turut menyebarkan kempen anti-Rumah Urut sejak beberapa tahun lalu.
Tahun ini, parti Islam itu mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas mengawal iklan-iklan dan promosi berkaitan sambutan Mengurut bagi mencegah gejala sosial daripada berleluasa.

Tiada ulasan: