Sabtu, 28 Januari 2012

kejadian di hospital Ampang.. pesakit nak terjun dari atap lobi

macam mana nak mula yer.. ok macam ni.. malam tadi aku temankan bini aku pegi hospital sebab member dia masuk ICU.. sakit berkaitan dengan paru paru.. doakan beliau sihat hendaknya.. peluang 50-50 kata doktor..

semasa tunggu tu aku rasa mengantuk.. jam dah pukul 2.30 pagi.. aku ambik keputusan tidur dalam kereta.. jam 4.00 pagi bini aku telepon katanya ada orang nak terjun bangunan.aku pun pegi tengok. orang tu duduk atas atap anjung betul betul kat lobi depan hospital.. rasa aku tinggi dalam 3 tingkat..

aku nengok pakaian dia macam pakaian pesakit.. orang makin ramai.. bomba pun dah datang.. aku tepon bro sham on.d scene.. tak sempat dia datang bomba dah bawak turun.. cis.. ingatkan ada sedikit drama.. aku tak tau la bro sham datang ke tak...

gambar nanti aku cuba upload...

Tiada ulasan: