Selasa, 3 Januari 2012

filem melayu yang patut di beri sentuhan CGI

 Ada beberapa filem melayu lama yang patut di buat semula. filem filem ini patut di beri skrip baru, olahan cerita yang baru dan di masukkan kesan khas yang baik. aku percaya pasti akan mendapat pecah kotak punya.. kalau kena dengan cara la.. bukan macam cerita 2 alam..

1. Badang.
Filem ini yang aku rasa patut di buat semula. Tapi jangan pulak ada scene makan muntah hantu. muntah tu kan najis. mana boleh makan najis. Hero pulak mesti badan sasa la dan yang penting kacak. Tapi nak selamat buat filem komedi. Pastu pulak kena la ada kesan khas macam berlawan dengan makhluk asing ke, menyelamatkan tebusan ke sambil di hujani dengan leupan c4 ataupun tarian poco poco dengan kak ros.

2.jula juli bintang tujuh.
jangan ikut skrip lama. bosan. buat 7 orang yang di terpilih untuk menyelamatkan Malaysia dari UMNO.. eh salah.. menyelamatkan Malaysia dari pengganas tak pun buat cerita 7 kesatria zaman dahulu menentang Lanun, raksaksa.. ataupun ada satu pertubuhan yang di namakan jula juli bintang tujuh.. macam tak best pulak nama pertubuhan ni..

3. Jefri zain.
cerita perisik zaman dulu. Bintang asal Jins Shamsuddin. Ok buat cerita satu perisik Melayu yang kacak, gagah di ranjang, mampu berlawan dan pandai mengambil hati isteri. Mempunyai alat alat canggih macam J bond. Macam biasa la takkan korang tak tahu kotplot cerita macam ni.

4. Pramugari terlampau.
Cerita ni rasanya tak payahlah kot..  keh.. keh..keh...

1 ulasan:

KiD berkata...

pramugari terlampau tu tak payah pakai CGI aku rasa.merosakkan kualiti.hahah.