Jumaat, 27 Januari 2012

Datuk L dakwa ada satu lagi video 'lebih dahsyat' dari filem DR rozmey

Trio 'Datuk L'(LUCAH) yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKT, Datuk Anu hari ini mencabar Anu membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat"

Dalam laporan muka depan majalah lucah berbahasa Melayu - Mangga- salah seorang anggota Trio 'Datuk L, yang juga bekas bendahari PERKASAM, Datuk Shuh Eib Laziman, berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini malam tadi,  selepas diberikan oleh Datuk Es Kepal. Itupun lepas bini saya tidur. Lagipun bini saya marah tengok benda benda macam ni. bini saya kata saya ni kalau dah tengok benda macam tu mulalah nak mintak sama macam aksi dalam video tu..Saya percaya Datuk Es Kepal sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anu bertindak menyaman kami," katanya, merujuk kepada seorang lagi anggota trio Datuk L, Datuk Shah Ek Khan.


"Kali ini video yang akan kami tayangkan lebih jelas, malah ia dalam HD dan juga dalam format 3D.Anda boleh menilainya." katanya.Apabila pihak berita rasakusut meminta salinan video berkenaan beliau berkata beliau sudah lupa salinan tu ada kat mana...

Tiada ulasan: