Rabu, 31 Ogos 2011

tugu negara: mengapa tiada nama orang melayu? UMNO sila jawab.



tujuan pembinaan tugu negara oleh Tunku.


satu nama melayu pun takder..

bila masa Umno berjuang untuk kemerdekaan? atau bila masa orang putih ni semua berjuang untuk kemerdekaan tanah melayu? mana nama nama pejuang melayu sebenar?

Khamis, 25 Ogos 2011

entry bosan.. hati hati bila memotong sayur


hati hati bila memotong sayur takut jadi seperti ini.. aku bosan... raya pun nak suruh kerja..


Selasa, 23 Ogos 2011

AWAS: penipuan jualan di mudah.com.

sekadar perkongsian.. harap anda semua berhati hati... ada yang jujur dan ada yang tidak.

Tn Mod, mohon hide kan identiti saya. Tq



Assalamualaikum Wbt,



Sahabat2 yg dirahmati Allah S.W.T..disini saya ingin mengingatkan sahabat berhati2 la ketika membuat sebarang pembelian di Mudah.My atau sewaktu dgnnya. Dibulan Ramadhan yg penuh rahmat masih ada segelintir manusia yg mengambil kesempatan membuat kerja yg keji ini. Kronologinya begini..pada khamis lepas saya telah menghubungi Mamat keparat ni bg tujuan pembelian 2nd Hand Iphone 3gs dengan harga RM850. Pada mulanya saya x berminat kerana dia berada di Ipoh, saya lebih prefer COD. Dalam keadaan saya ingin menolak tawaran tersebut si mamat yg mengaku India Muslim katanya (Hanya tahu speak english shj..lidahnya agak berbelit apabila speaking..rasanya dia bukan org sini)Beriya-iya menawarkan dgn menurunkan harga kpd rm750..saya sebelum itu mmg berhati2 dan kerap bertanyakan soalan2 antaranya knp ingin menjual,alasannya beliau baru terima iphone 4 yg baru diterima dari abgnya di UK. saya bertanya lg knp jual dgn harga yg murah..beliau menjawab x tahu 2nd value price dan byk lagi soalan2 yg saya lontarkan kpdnya..dan beliau menjawabnya dgn penuh yakin..seolah2 saya yakin dgn semua jawapannya..hampeh betul!!dlm keadaan saya berhati2 akhirnya saya terkena juga akhirnya.... slps memasuki sejumlah wang deposit (RM600)..saya kerap menghubunginya utk mendapatkan tracking no kurier servis..alasannya kwn beliau yg kurierkan phone tersebut..sebelah mlmnya saya kerap menghubunginya dan bertanyakan soalan yg sama..semua jwpn yg diberi seolah2 mcm real..kita akan akui segala jwpnnya..tu yg saya pelik..kenapa ya?nak tau..percakapannya sentiasa diselang selikan dgn statement yg bercirikan islamic...antaranya kita sesama muslim bro,takkan saya nak menipu...bln ramadhan lagi tu.mmg kerap sgt beliau memainkan agama dlm setiap pertanyaan saya. Hari Kedua sebelah pagi tu slps solat subuh baru la saya terfikir kembali kesemua perbualan saya dgn beliau...rupa2nya dlm sedar x sedar tu ada yg logiknya dah nampak tanda2 awal beliau cuba menipu. Dan akhirnya..terkedu juga saya dibuatnya..mmg betul instinct saya dari awal..mmg betul di seorang penipu..barang2 yg dikatakan telah dikurierkan oleh kwnnya mmg x sampai ke tangan saya..Inilah pertama kali saya ditipu dlm online. sampai la ni saya masih menghubunginya..nombornya masih aktif..kdg2 dia akan tutup..kadang2 dia buka..kesimpulannya saya menyeru rakan2 jgn la terpedaya dgn iklan yg ditawarkan di mudah.my tu..especially bila barang yg mahal tu ditawarkan dgn harga yg murah..dah la murah..boleh nego lg harga tu. Berhati2 dgn mamat ni..



Nama Samaran : Sahil

Nama dalam no akaun bank : Awais Muhammad

No CIMB : 11030029967529

Bekerja di: Hotel Heritage Ipoh..(Katanya la)

No Telefon : 014-8855945



Jadi saya mohon shbt2 yg bekerja di sykt telekomunikasi/sektor perbankan CIMB atau shbt2 yg sudi membantu...harap dapat bantu saya menjejaki Mamat ni..Laporan polis telah dibuat.



Jumaat, 19 Ogos 2011

petua jika isteri anda mengandung songsang atau susah nak bersalin.

aku dapat pertua ni masa aku dengar kuliah subuh oleh ustaz zahazan kat IKIM fm pagi tadi. katanya ini petua datang dari salah seorang mufti dari mekah. kalau salah tolong betulkan la yer.. (kalau petua nak bagi pengerusi SPR  tak berbohong kamu cari sendiri.)



[1]


Demi langit dan “At-Taariq”; -

[2]

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia “At-Taariq” itu? -

[3]

(At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya);

[4]

Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya).

[5]

(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.

[6]

Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim) -

[7]

Yang keluar dari “tulang sulbi” lelaki dan “tulang dada” perempuan.


caranya sediakan minyak kelapa janda dara atau minyak kelapa biasa (masak). kemudian bacakan surah al tariq dari ayat 1 hingga 7. kemudian sapukan dari bawah pusat hingga ke pangkal rahim oleh suami. Insyaallah isteri anda mudah untuk bersalin.

Khamis, 18 Ogos 2011

cara mudah untuk tahu mukasurat juzuk al quran

Salam Sejahtera Kengkawan..

Selamat menjalani ibadah puasa.
For sharing jee nih...



Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba....!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)



Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama2 kita belajar...



Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?



Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182



Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:

23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442



Subhanallah, memang menakjubkan.

Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita

supaya kita sama2 mendapat pahala...







Sila letak jawatan



SILA LETAK JAWATAN ANDA. KEMUDIAN SILALAH MELOBI PADA EN NAJIB SUPAYA ANDA TERPILIH SEBAGAI CALON BN PADA PILIHANRAYA AKAN DATANG. UNTUK MENANG SENANG SAHAJA. LETAK DI KAWASAN FELDA. ANDA PASTI MENANG.

KETUA PENIPU

PENOLONG KETUA PENIPU

BAPAK SEGALA PENIPU.
agak agak kamu adakah beliau berpeluang menjadi PM selepas sepupunya menjadi Pm?

Rabu, 17 Ogos 2011

kenapa aku tak percaya pada SPR..


kenapa aku tak percaya pada SPR..  jika kamu percaya itu adalah hak kamu ataupun kamu adalah seorang penyokong Umno tegar.

1. PRK 2 darjat.
jika di tempat kuat BN pengundian akan di adakan pada hari cuti. tapi bila di tempat kuat PR akan di adakan pada hari bekerja.

2. Muka ketua SPR macam ketua Umno bahagian.
itu yang aku lihat setakat ini. ( cuba kau bayangkan dia berucap kat perhimpunan agung Umno.. ada gaya tak?)

3. Bila ada kekosongan nak kena tunggu perintah mahkamah.
itu hanya terjadi pada kawasan yang Bn rasa tak boleh nak menang. Adun mati pun kalau boleh nak tunggu perintah mahkamah.

4. Penduduk Tetap boleh mengundi?
hmm.. persoalan ini agak reda sekarang.. tapi bab Mismah tu satu je aku muuskil.. masa si Mismah ni pegang IC merah macam mana boleh dia daftar mengundi? bab dia pohon kerakyatan tu bab lain la.

5. tindak tanduk SPR mencurigakan aku.
suka atau tidak itu yang aku rasa. seolah olah SPR ini adalah salah satu parti komponen BN..

Khamis, 11 Ogos 2011

cara elakkan kereta anda di curi.

sapa berani cuba?



ulasan filem yang baru aku tengok : cowboy and alien

satu je filem yang baru aku tengok.. cerita koboi berlawan dengan rosmah alien.

kisahnya seorang hero (bekas ejen 007) terlantar di sebuah kawasan koboi. ntah macam mana dia telah di tahan oleh syeriff di kawasan tu. lalu tetiba datanglah alien menyerang. alien alien tu sebenarnya ingin menawan manusia untuk di jadikan ujikaji otak. si hero ni ada gelang hikmat (bukan gelang AC ok) yang boleh menembak laser. ceritanya agak perlahan sikit la..

1. efek yang mengagumkan.
2. alien yang ganas.
3.heroin yang hot.
4. last sekali kapal angkasa alien meletup..

rating: 6/10

Isnin, 8 Ogos 2011

ada satu gerai bazar ramadhan di batu kikir mahal gila..

 aku malas nak tulis panjang panjang.. jika kamu ada singgah di bazar ramadhan batu kikir.. ada satu gerai jual asam pedas.. tukang jual pakai ala ala chef.. (aku rasa satu gerai ni je yang jual asam pedas) gerai lain semua jual masak lomak... JANGAN BELI DULU..  sila tanya harga dulu... sebab apa? sebab harga pun dia tak letak..

satu potong ikan pari rm 5, satu ekor ikan masak asam rm 6.. sepotong ikan tenggiri rm 8... gila.. ikan pari sepotong tak penah aku jumpa kat ampang ni sepotong rm 5.. paling biasa pun sepotong/ seketul rm 3.50.. itu paling mahal la rasa aku... kalau seketul besar ok la jugak.. ini seketul biasa jer yang korang selalu tengok.. apa memang seketul ikan pari harga rm 5 ker? sepotong ikan sampai rm 8...

aku tergerak jugak nak tanya tapi dah terbungkus apa nak buat bayar je la.. kamu semua jangan terkena...

Rabu, 3 Ogos 2011

rahsia BFF orang ternama di malaysia?



ok.. di malaysia ada beberapa nama yang agak di kenali.. sekarang aku akan dedahkan rahsia siapa BFF diorang.. hahahaha.. oh apa itu BFF? BFF tu maknanya kawan baik selamanya..... (aku pun baru tahu la)

1. Tun M BFF dengan Anwar ibrahim dan Tun Lah.
tidak di nafikan lagi.. semua orang tahu.. mereka memang BFF yang sempurna.. sekarang dalam senarai BFF Tun M ialah najib. hehehe

2. Haji hadi BFF dengan bloger Aduka taruna.
aku tak berapa pasti bila.. tapi sejak projek tanya soalan pada haji Hadi mereka memang ber BFF...

3. Ustaz Kazim BFF dengan blogger manjung mari.
raya nanti mungkin diorang pakai baju sama kaler...

4. papa gomo BFF dengan Tun Faisal.
tak tahu aku pasal apa.. layan je la.

5. AC Mizal BFF dengan Aidid muadib.
sejak terbongkarnya rahsia gelang sakti berharga tinggi tak buleh blah mereka telah ber BFF.. jualan gelang AC mizal  pun sekarang ni makin meningkat.. terima kasih Aidid.

6. Fasha Sanda BFF dengan Nora Danish.
yang penting kita enjoy.................................. kenapa korang tak percaya ker?

7. Ibrahim Ali BFF dengan Tok Guru Nik Aziz.
bukti? kan ke Tuan Guru bagi kerusi parlimen untuk Ibrahim Ali bertanding. masa PRU yang lepas... yang akan datang tak tahu la aku...

8. mukhriz mahathir BFF dengan Khairy jamaluddin
BFF paling bergaya.. seorang ketua pemuda dan seorang penolong ketua pemuda..

sekian terima kasih. oh ada teka teki untuk anda..
 pagi merah petang biru apa dia?


jawapan : tanya KDN, JPN dan SPR

Isnin, 1 Ogos 2011

sakit lutut... takder kena mengena dengan Mat sabu ataupun Najib

APA PENYEBAB MASALAH LUTUT?


Pergerakan tiba-tiba atau pukulan yang meregangkan lutut
Osteoarthritis pada lutut, akibat daripada penggunaan kerap bahagian tersebut.
Masalah keradangan lutut boleh juga disebabkan oleh penyakit reumatik tertentu seperti rheumatoid arthritis dan systemic lupus arythematosus. Penyakit ini menyebabkan pembengkakan yang boleh merosakkan lutut secara kekal.

Doktor akan mendiagnosis masalah lutut melalui cara:
sejarah perubatan
pemeriksaan fizikal
ujian diagnostic (seperti x-ray, imbasan tulang, imbasan CAT,MRI, arthroscopy dan biopsy)


BAGAIMANA MENCEGAH MASALAH LUTUT

sesetengah masalah lutut tidak boleh dicegah terutamanya jika diakibatkan daripada kemalangan. Tetapi kebanyakan masalah lutut boleh dicegah dengan cara :

Melakukan pemanasan badan sebelum bersukan. Berjalan dan regangan adalah senaman yang sesuai.
Meregangkan otot di bahagian depan dan belakang paha adalah cara sesuai untuk memanaskan bahagian lutut.
Jadikan otot kaki kuat dengan melakukan senaman tertentu.
Elakkan perubahan secara tiba-tiba dalam senaman yang selalu dilakukan.
Pakai kasut yang sesuai dan dalam keadaan baik.
Kekalkan berat yang sihat kerana berat yang berlebihan memberi tekanan pada lutut.

Senaman yang sesuai bagi mereka mengalami masalah lutut. Terdapat tiga jenis senaman yang sesuai bagi mereka yang mengalami arthritis ;
Senaman pergerakan berjarak kerana ia dapat membantu atau meningkatkan kelenturan.
Senaman menguatkan otot kerana otot yang kuat melindungi sendi.
Aerobik atau senaman ketahanan badan kerana senaman ini dapat meningkatkan fungsi jantung dan peredaran darah. Ia juga dapat membantu mengawal berat badan.