Isnin, 28 Februari 2011

apa punya ayat ni..


“Dia (PAS) nak undi Cina tapi barang China tak nak pakai, PAS ini kan hipokrit... saya beli monorel dari China pasal sokong Cina. Jadi saya sokong China... saya sokong orang Cina jadi saya beli monorel China. DAP kata nak undi Cina tapi monorel China tak nak beli. - alee ketam

ada sesapa paham?

mari kita pakat pakat doa supaya ADUN cepat mati ..



TEMERLOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di sini. bla bla bla...

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan, kesemua projek berkenaan bukan untuk memancing undi sebaliknya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat.

sesapa yang berhajat nak jadi YB lepas ni boleh la bersedia untuk di doakan supaya cepat mati... kalau tak nak di doakan macam tu sila buat kerja dengan amanah.. tak kira la YB belah mana.. BN ke PR... oh lupa pulak.. peruntukan ni betul betul ada ke cuma penyedap telinga en PM.. ?

mr edz: pagi tadi tertengok buletin pagi.. sabhery cheek tengah cium pakcik tua yang tak larat.. sakit sejak 2002.. bodo punya lakonan...



Sabtu, 26 Februari 2011

Khamis, 24 Februari 2011

bengong...


aku petik kat malaysiakini

Apa isu di Kerdau?

Bagi Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau itu, tiada isu besar yang boleh dicanangkan oleh pembangkang.

"Yang ada hanyalah isu setempat berkaitan tanah dan isu untuk mempertingkat kemudahan jalan raya dan bekalan air, yang semuanya akan diselesaikan secepat mungkin" katanya.

Adnan berkata BN akan mengambil pendekatan bersemuka dan menemui pengundi bagi mengetahui dan menyelesaikan masalah mereka.


celaka.. ada PRK baru nak buat... patutla ramai yang doa supaya adun cepat mati... hahahahaha..

Selasa, 22 Februari 2011

gempar.. CSI Miami akan datang ke malaysia...





miami: CSI MIAMI akan datang ke malaysia. ini di sahkan sendiri oleh ketuanya Lt. horatio caine. dalam perbualan telefon dengan beliau isnin lalu beliau berkata " ya.. itu betul, kami akan di pinjamkan ke unit forensik ." dan di tanya lebih lanjut beliau berkata lagi " kami begitu teruja untuk ke malaysia, dengar cerita Shah Rukh Khan selalu datang melaka, teringin rasanya nak naik menara taming sari" katanya lagi.

ketika di tanya adakah kedatangan kali ini untuk menyelesaikan kes sperma siapa di bontot saipul " oh itu saya tak boleh bagitau.. " katanya sambil tergelak kecil..

di fahamkan horatio akan datang dengan seluruh pasukannya termasuk det. eric delco dan det. calleigh.

Sabtu, 19 Februari 2011

kalau ponteng sekolah bole tiru ini yb



salah tu sepatutnya tunjuk satu.. satu malaysia.

lepas ni mana mana budak sekolah yang ponteng sekolah 5 - 6 bulan jika di buang sekolah, bolehlah mencabar keputusan sekolah bahawa hukuman buang sekolah adalah tidak sah. namakan guru kelas dan pengetua sebagai defendan. di mahkamah sila ambil kes ini sebagai contoh. sekian terima kasih.

Khamis, 17 Februari 2011

senarai 10 orang terkaya tu tak betul.. ada 3 orang melayu yang tercicir..


senarai 10 orang yang terkaya di malaysia tu bagi aku tak betul.. sebenarnya bukan tan sri bukhary dengan anak mahader je yang kaya, ada 3 orang melayu lagi yang kaya tapi mungkin tak di audit duit dan harta diorang sebab tu tak masuk list.. ( tak termasuk anak anak sultan )


gambar mereka yang masuk list kaya

dan di bawah 3 orang yang tak masuk list..(malu konon)



memang kaya...
kaya gila..

lagi la kaya.. rebutan artis..


Jumaat, 11 Februari 2011

rokok ganja untuk di jual.. luar negara lah..


ini kat luar negara nih.. mesti la berlesen.. macam dalam cerita ali baba bujang lapuk.. hehehehe jual ganja ada lesen, jual candu ada lesen tapi jual belacan takda lesen ...
















Khamis, 10 Februari 2011

Sabtu, 5 Februari 2011

ada POCONG...


terjadi di sebuah hospital.. jam 7 malam... (cerita diolah sendiri tetapi kejadian memang benar)

beberapa jururawat sedang bertugas.. biasa la sambil betrugas sambil bersembang sembang.. sambil sembang sambil bergurau...

(nama di bawah bukan nama sebenar)
" eh.. kak mia, tolong ambik darah ni hantar kat bawah" kata leli. " eh malaas la aku, kau la pegi.. aku nak siapkan report ni dulu, karang sister tau tak siap kang mengamuk pulak orang tua tu" kata mia sambil ligat menulis.. sesekali menggerakkan badan sambil mendengar lagu dari mp3 nya..
" kau suruh la leha tu.. aku dengar tadi dia nak hantar x-ray kat bilik bawah" sambung mia lagi..
" aah kak mia.. saya ,memang nak pegi bawah pun ni" kata leha..
" nah! ambik ni darah ni.. hantar tempat biasa tau" kata leli." kau pegi lif tu hati hati nanti jumpa pocong" kata leli dengan nada bergurau.. " hish kau ni celupar sangat la.. banyak la kau punya pocong" katanya lagi sambil laju berjalan ke lif yang hanya dikhaskan untuk pekerja...

bila tiba di lif.. leha pun menekan untuk ke ground floor.. tapi hatinya rasa tak sedap.. ditambah dengan keadaan sunyi maklumlah lif untuk pekerja, jarang la orang menggunakannya.. lagipun waktu melawat dah habis.. " eh apahal tak mau tertutup pulak pintu lif ni." dia ngomel sendiri.. tiba tiba dia terpandang betul betul di depan pintu lif tu.. leha merasakan darah ke mukanya hampir tiada, nak menjerit pun suaranya tak keluar, tangannye laju menekan butang tutup berulangkali, tapi pintu lif seakan tersekat untuk di tutup. akhirnya leha pengsan..

bila dia tersedar dia di atas katil sambil di kelilingi rakan rakanya... bila mereka bertanya apa yang terjadi leha hanya mampu berkata... ada POCONG....


Selasa, 1 Februari 2011

ingatan... contoh pelaburan tipu.


Iklan Pelaburan Kelisa.Jgn terpedaya

Ikan Arowana atau kelisa merupakan antara ikan peliharaan yang paling mahal. Terutamanya Kelisa Emas yang boleh mencecah puluhan ribu malah ada yang sampai ratusan ribu. Gilo ko beli ikan puluhan ribu ringgit. :p

Tapi itulah hakikatnya. Ia mungkin disebabkan ada kepercayaan ikan arowana boleh membawa tuah kepada tuannya. Macam flower horn jugak kalau ada banyak merah kat badan ikan tu. Sekarang ni muncul pulak satu pelaburan baru dengan menjadikan ikan arowana sebagai bahan pelaburan.

Arowana2u Penipu Wang Anda

Bagaimana ia beroperasi?

Penganjur skim ini akan buka pelaburan untuk membeli induk ikan Arowana dengan harga RM5000 hingga RM20,000 seekor. Penganjur akan “tolong” bela ikan tersebut sehingga ikan tersebut bertelur & menetaskan anak. Biasanya induk Arowana hanya bertelur sekitar 20 biji telur je setiap kali. Bila ia mengawan, telur ikan arowana akan ditelan oleh Arowana Jantan dan membesarkan anak ikan tersebut di dalam perutnya.

Bila dah besar skit, baru lah anak ikan tersebut keluar dari mulut “bapa” arowana dan berdikari sendiri. Jika ada sebarang bahaya, bapa arowana akan memberi amaran & anak ikan akan masuk kembali dalam mulutnya sehingga keadaan selamat. Setiap ekor anak ikan ini akan dibeli semula oleh penganjur pada harga RM900 seekor. Jadi jika kesemua anak ikan tersebut hidup, pelabur akan menerima RM900 x 20 atau bersamaan dengan RM18,000 setiap kali ikan tersebut bertelur/beranak pinak.

Ikan Arowana bertelur setahun sekali. Jadi tahun pertama pelabur dapat la RM18,000. Pada tahun kedua pula pun sama sehinggalah ikan tersebut mati. Nampak lumayan bukan?

Betapa hebatnya industri ikan arowana, menyebabkan ramai orang Melayu jual tanah untuk dijadikan kolam arowana di Bukit Merah & Taiping. Cerita betul ni! Kalau orang sana tahu la kot. Dalam majalah 3, rasanya pernah keluar pasal industri ikan arowana di Bukit Merah ni.

Pokcik Kayo: Anda akan untung Rm Satu Juta.
RM 1,000,000.00

Bagaimana penipuan berlaku?

Ikan arowana hanya berteluar sekitar 20 biji je. Disebabkan semua urusan membela diuruskan oleh Penganjur. Mereka boleh kata, 10 biji je bertelur sedangkan 20 biji telur. Pelabur mana tahu bukan? 10 biji tu, Penganjur tibai. Pelabur bukan tahu pun bukan? Semuanya diuruskan oleh panganjur. Pelabur hanya tunggu duit je.Kadar kematian ikan arowana sangat rendah kerana ia membesar di dalam perut arowana jantan. Ia hanya keluar bila dan cukup kuat untuk berdikari sendiri.

Bukan tu je. Ada banyak lagi cara yang boleh penganjur cakap seperti induk yang anda beli mati (walaupun tidak mati) dan sebagainya menyebabkan wang pelaburan hangus.Jika ada orang yang ingin menawarkan pelaburan sebegini, elakkan sahaja. Simpan duit tu dalam ASB atau Tabung Haji sampai ia beranak pinak juga.Ia lebih selamat walaupun lambat kaya. Sekurang kurangnya wang anda selamat daripad melaburkan duit pada pelaburan Arowana yang belum tentu berjaya.

Malah pelaburan sebegini dilarang agama islam.


dipetik dari shamsuriyadi.com


mr edz: bukan ni saja ternakan yang lain pun kalau ada operasi macam ni mintak elakkan. macam ternakan lintah, lembu, kerbau, rusa, cacing.. (ternakan babi je yang takder)