Khamis, 1 Disember 2011

sepatutnya Zarina Ann julie bukan Lisa Surihani..

KUALA LUMPUR - Pergerakan Puteri UMNO mengiktiraf bakat pelakon wanita popular tanah airdan luar negara, Zarina Ann Julie, menerusi anugerah Artis Wanita Muda Cemerlang sebagai menghargai kejayaannya dalam bidang lakonan dan modeling.


Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin selepas beliau menyampaikan ucapan dasar pada persidangan perwakilan pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Ketika ditemui pemberita selepas menerima anugerah itu, Zarina, berkata, ia secara tidak langsung memberi semangat kepadanya untuk terus mengorak langkah dan bekerja keras dalam bidang yang diceburinya.

"Anugerah ini memberi semangat kepada saya dan mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang seni.

"Bagaimanapun, saya menasihati golongan muda yang ingin menjadi pelakon agar tidak meninggalkan solat mereka," katanya.

sapa sokong berita kat atas.. hehehehehhe...

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaha..pencacai PAS ni desperate lisa masuk UMNO...hgpa ada wardina ja..bleh buat apa..kahkahkahkah

mr edz berkata...

wardina pon ok apa... tutup aurat

Kuda Perang berkata...

Artis yang macam tu la depa mau angkat sangat.. isk..isk..isk...

mr edz berkata...

betul tu KP..

pakwe not dead berkata...

nasib baik bukan tiz zaqyah dan neelofa

mr edz berkata...

hidup lagi kau rupenyer hehehehe