Selasa, 6 Disember 2011

MP ikrar bantu PERUMA kerana sokong BN

Menteri Perdana Datuk Seri Najibul Razaki berikrar untuk membantu Persatuan Rumah Urut Malaysia (PERUMA) untuk memantapkan pertubuhan itu, selepas menerima ikrar taat setia mereka kepadanya di Shang Hai, semalam.


"Terima kasih kerana ikrar itu, saya amat terharu...  saya akan membantu Peruma!" laung Najib di hadapan lebih 2,000 ahli PERUMA yang hadir sambil menitiskan air mata.

Bagaimanapun sebagai balasan, presiden Umno itu menuntut PERUMA supaya bersedia membantu beliau menjamin kemenangan kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.


"PERUMA mesti bersedia untuk mempertahankan pentadbiran kami. Kita tidak boleh membiarkan syarikat lain merampas pelanggan urut kita di tanah air sendiri," katanya memberi amaran.

Najib juga mengakui bahawa sumbangan ahli-ahli PERUMA amat besar kepada dirinya sendiri di kawasannya kerana dikatakan mampu menyatukan pengusaha rumah urut dari di kacau samseng dan kongsi gelap.

"Saya sendiri tahu, terdapat banyak ahli-ahli PERUMA di kawasan saya sendiri, saya tahu... saya tahu (apa yang mereka lakukan)," katanya.

Jaminan bantuannya kepada PERUMA itu diberi selepas presiden pertubuhan itu, Jamalul meminta Najib untuk mempertimbangkan cadangan meluluskan sebuah kolej di pulau sipadan untuk NGO itu. Disamping itu pertubuhan tersebut akan memberikan perkhidmatan urutan Body to Body (B2B) dan batin
secara percuma kepada semua wakil rakyat BN.

ini menunjukkan yang kami menyokong penuh kenyataan soi lek semalam tambahnya lagi.

Tiada ulasan: