Sabtu, 3 Disember 2011

kenapa kawen jadi susah?

minggu lepas aku ada singgah satu rumah nak buat kenduri kawen... sambil duduk tu aku terdengar satu perbualan makcik makcik tentang kahwen ni..

makcik A : hish.. skang ni kalau takder 20 ribu tak buleh nak kawen kan..
makcik B : betul tu.. pening kepala kalau nak kawenkan anak.. macam macam nak buat.. semua perlu duit...
makcik C : hantaran pun dah mahalkan sekarang ni...
makcik A : sekarang semua harga barang dah naik...

bla.. bla.. bla....

aku pun terpikir kenapa belanja nak kawen ni semakin meningkat.. jika kita buangkan perkara perkara tak perlu aku rasa belanja kawen tak la tinggi... mari kita kaji...

1. Hantaran tinggi / mahal
hantaran tengok pendidikan anak.. tambah lagi kalau keje best macam modeling, artis atau pramugari. muka plak cantik... yang meminang pulak ahli parlimen pergh... RM 20K tak lari.. cuba letak ikut kemampuan si bakal suami kan senang..

2. pelamin + baju bersanding + mak andam ++..
cuba tak payah bersanding, tak payah buat pelamin takpayah mekap mekap... pengantin laki pakai baju melayu/jubah.. pengantin pompuan pakai baju kurung dengan tudung labuh.. jimat dalam 5ribu kat sini.

3. kenduri..
tak perlu buat kat hotel.. buat seringkas boleh.. cari yang kawan buat katering.. tapi ada yang paling ringkas.. buat jamuan lepas orang buat solat jumaat.. sebelum khatib naik mimbar buat pengumuman.. selepas solat jumaat.. ada disediakan bungkusan makanan untuk meraikan pengantin ..... para jemaah di persilakan. mudah kan...

4. amik gambar pra kahwin...
belum kawin ambik gambar peluk peluk macam laki bini.. haram.. lepas kawen boleh la.. suruh kawan kau ambik pastu ko edit sendiri pakai photoshop..

2 ulasan:

||alis|| berkata...

penah terfikir nak buat begitu bila sampai waktu saya menikah.

penah juga suarakan pada ayah bunda.

tapi kita hidup bermasyarakat dan masih kental dengan adat.

kalau nikah kat mekah pon balik2 stil kena buat kenduri.

nikah kat siam? balik2 mesia 2-2 kena seligi.

haha~

mr edz berkata...

kalau tak buat nanti orang mengata...