Selasa, 13 Disember 2011

berita tipu yang sedap di dengar...

KL: pembuat beg mewah berjenama yang tidak asing lagi iaitu Hermes Bikini hari ini telah melantik Datin rosmah mansur sebagai duta mereka. Seiring dengan itu mereka telah melancarkan sebuah beg edisi terhad yang memaparkan huruf RM.Majlis pelancaran telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Cuma ada 20 unit sahaja untuk masa terhad.

Rosmah ketika di temui berkata beliau amat berbangga dengan perlantikah itu kerana jenama itu pandai menilai seseorang untuk di jadikan duta. Selepas ini pasti tiada pihak akan mempertikaikan dari mana beliau membeli beg berjenama itu kerana sebagai duta beg beliau pasti dapat beg beg jenama ini secara percuma untuk digayakan.

Sementara itu lakinya Dato Najib pula berkata beliau amat berterima kasih kepada Hermes Bikini kerana memilih isterinya menjadi duta. Sebelum ini beliau terpaksa bekerja keras untuk mengumpul duit untuk membeli beg beg jenama ini.

Seorang sahabat karib Datin Rosmah iaitu Datin seri masnah berkata beliau amat berbangga kerana kawannya itu tepilih menjadi duta beg ini. Tambahnya lagi " memang sah Rosmah lebih popular dari Lisa Surihani" sambil berharap Rosmah akan memberinya satu beg jenama itu secara percuma kepada beliau.

Tiada ulasan: