Selasa, 30 November 2010

jika anda upline ke 1001 anda kena ada 12,012 donline baru dapat income level 1....

salam yaalll..

kebelakangan ini aku amat amat la berminat dengan perlawanan antara AC Mizal yaalll dengan aidid (si pembenci MLM dan skim piramid).. seorang menggunakan fakta dan sedikit tesis dan seorang lagi mengunakan pembesar pembesar dan keperkasaan (sayang dia punya jawapan tidak mantap)... untuk itu aku membawakan sedikit maklumat yang aku amik dari screen capture FB...

hahahha jika anda baru nak jual gelang makrifat (boleh bukak mata kasyaf) sila pikir pikirkan kembali.. sila klik gambor di bawah untuk keterangan... tak tau la tahun bila korang boleh dapat bonus tu.. ok yaall....





itu baru ahli ke 1001.. kalau ahli yang ke 22908444? kalau korang nak tau boleh korang tanya si Khai AF.. ok yalll..... babai

Isnin, 29 November 2010

tak sepatutnya UTUSAN rugi tau...

kenyataan akhbar:

Utusan Melayu (Malaysia) Bhd telah mencatatkan kerugian pra-cukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

kemudian kita nengok ucapan najib pulak..

KUALA LUMPUR, 28 Mei - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan jumlah sebenar ahli UMNO adalah seramai 3,159,484 orang. Jumlah tersebut diperolehi setelah berlaku proses pemutihan keahlian yang telah dilakukan sebelum ini. Hasil daripada itu, Majlis Tertinggi UMNO setuju untuk mengeluarkan seramai 380,000 ahli yang tidak dapat dikesan, telah meninggal dunia dan faktor-faktor yang lain. Najib mengumumkannya kepada pihak media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC semalam.

untuk mengelakkan kerugian ahli ahli umno mestilah melanggan Utusan..

sehari boleh dapat lebih kurang 4.5 juta... itu tak termasuk iklan keputusan judi lagi.. atau iklan semuka Dr rozmey atau gelang hikmat AC yalll.....

Selasa, 23 November 2010

iklan yang membuatkan ac mizal kayo...


terkenang suatu masa.. hehehehehe

Selasa, 16 November 2010

PANAS.....pengerusi baru SPR..

inilah calon pengerusi SPR yang baru untuk PRU yang akan datang... Benjamin Jon Williams... hehehehe

Ahad, 14 November 2010

siri baru.. apa yang tak kena dengan gambar ini

apa yang tak kena dengan gambar ini... di bawah ada huraiannya..



1. siapa lelaki yang menunjukkan tanda bagus ni? sumber mengatakan dia adalah seorang artis..

2. apa yang best tentang VVIP di sebelahnya.. mungkinkah beliau terer bahasa inggeris slang amerika hinggakan menjadi duta di sana. atau beliau selalu menjadi imam kepada artis di sebelahnya ketika zuhur dan asar...

3. gaya beliau posing memang tak best lah..

4.yang terakhir .. PENTING.. aku takkan undi beliau masa PRU nanti sama macam yang lalu...

mr edz: jika nak nengok lebih lebih sila klik sini

Khamis, 11 November 2010

pejabat AC mizal tak wujud?


sekarang tgh hot pasal kes AC mizal nyanyi lagu fiona sambil jual gelang ... ada pihak mengatakan gelang dia ni cuma USD 25 tapi jula kat orang sampai seribu.. wow.... AC mizal plak kata dia tak tipu ini semua fitnah jer untuk menjatuhkan dia.. (dengki sebab dia pakai bentley)...

cuma bagi aku.. kalau michelle melodi tanya aku pasal ni aku cuma jawab.. orang laki haram pakai gelang..( sambil tanya apa no hp dia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

cuma yang musykil tentang report si AC mizal ni... cuma korang baca kat perenggan bawah dia.. ade ker jalan Dravidan kat bandar baru ampang nih.. dah bertahun dah aku duk lalu area ni tak penah dengar pon.. jalan wawasan ada la... ke pejabat si AC kat alam jin?




Selasa, 2 November 2010

bukan saya mahu tapi diorang yang mahu....


Najib berkata beliau tidak mengarahkan PNB untuk mewujudkan projek itu.

“Saya tidak arahkan PNB. PNB yang mencadangkan (perkara) ini, sesuatu yang sangat diingini oleh pengurusan atau lembaga (pengarah) PNB, katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanatnya kepada anggota perwakilan di majlis tertutup Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.


siapa ahli lembaga pengarahnyer.. kita lihat di bawah...






oh.... mereka ni yang nak sangat.... tapi kenapa ada muka en PM kita?