Khamis, 28 Oktober 2010

rintihan rakyat...


pak menteri tolong lah dengar rintihan rakyat...

Rabu, 27 Oktober 2010

Malaysia yours truly clubbing

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

NONEIni akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP... dari MK

wah ini sudah hebat.. inilah di namakan syurga dunia.. lepas ni boleh la tukar.. 'Malaysia yours truly clubbing and spa'...

kendian boleh di tubuhkan kementerian clubing dan massage.. aku tau sapa yang layak... tengku nan (bukan roti nan)... duta clubbing pulak dafi dgn najwa anak TPM kita... hahahaha... takkan anak Nik Aziz plak korang nih...

pesanan: jangan terkejut la kalau tetiba je gunung tahan tu tukar jadi gunung berapi...


Jumaat, 22 Oktober 2010

rasukan wanita berambut panjang di pwtc

[HM] KL: Kehadiran lembaga wanita berambut panjang serta kanak-kanak di belakang PM di dewan PWTC, pagi semalam mencetuskan histeria membabitkan lebih 10 perwakilan UMNONONO berkenaan.
Lembaga wanita serta kanak-kanak itu dikatakan menjelma di belakang PM ketika sedang membuat ucapan dasar.

Bekas PM yang enggan dikenali berkata dia ternampak jelmaan itu berdiri betul betul di belakang PM, kejadian berlaku jam 9.30 pagi dan perwakilan terbabit dibawa ke surau PWTC itu sebelum diberikan rawatan.
"sedang saya asyik mendengar ucapan PM kita ni, tiba tiba apa nama, apa nama tu, benda tu muncul sambil melambai lambaikan tangan nya ke arah saya"
“Kumpulan perwakilan berkenaan tiba-tiba menjerit dan kami meminta bantuan tiga pengamal perubatan tradisional untuk membantu merawat mereka.

“ulamak 40 dan hakim negara serta keluarga perwakilan terbabit dengan kejadian turut dihubungi untuk dimaklumkan berkaitan kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Sementara itu, ketua pengamal perubatan berkenaan dikenali sebagai ayah pin, berusia 40-an, mendakwa ada makhluk halus menjadikan kawasan belakang dewan utama PWTC sebagai kediaman mereka.

“Seorang daripada mangsa mengalami histeria sejak semalam dan masih belum pulih sepenuhnya akibat kejadian pertama dialami itu.

“Kami nasihatkan perwakilan yang menjadi mangsa supaya memperbanyakkan amalan masing-masing selain tidak terlalu terbawa-bawa dengan kejadian yang menimpa mereka,” katanya.

Menurut ayah pin, dia bersama dua lagi rakannya akan berusaha untuk cuba menghalang gangguan itu daripada berulang.

PM yang di temui selepas kejadian itu berkata " patutlah saya rasa seram sejuk je tadi"

oleh mr edz.

di olah semula, hanya imiginasi penulis.. takder kena mengena ngan sape sape ok... hehehehe ( berita sebenar disini)

Isnin, 18 Oktober 2010

berita semua tak betul kecuali UMNO-ONLINE je



sila baca hanya umno- online.. sebab dalamnya berita semua benar melainkan benar benar belaka... yer.. sebenar benar berita.. semua ada fakta yang tepat.. sumber yang di percayai... tak der tipu tipu punya....

"Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan semua anggota Kelab Umno Luar Negara supaya tidak lupa asal usul diri dan sejarah negara ketika berada di luar negara."

sumber kat sini

sedikit tentang tak lupa diri:

Adnan dilahirkan di negeri Melaka (asalnya dari Pahang) pada 20.12.1950 pada jam 6.10 pagi dengan surat pendaftaran lahirnya bernombor 100502. Ketika beliau dilahirkan, namanya ialah Adnan bin Mansor. Pada 20.12.1962, ketika beliau berusia 12 tahun, Adnan mulai memiliki kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama Adnan bin Mansor juga seperti yang terdapat dalam surat beranak. Sekali lagi beliau menukar kad pengenalan bagi memenuhi kehendak undang-undang pada 3.3.1969 ketika beliau berusia 18 tahun, namanya masih lagi kekal dengan nama Adnan bin Mansor.

Tetapi, pada 3.10.1972, Adnan telah mengubah namanya menjadi Tengku Adnan bin Tengku Mansor. Beliau juga telah mengubah nama bapanya dari nama asal Mansor bin Haji Baba kepada Tengku Mansor bin Tengku Haji Baba. Dengan akuan bersumpahnya, beliau membuat perakuan bahawa beliau berasal dari Keluarga DiRaja Melaka. Keluarga beliau menurut katanya berasal dari keluarga beraja.Keluarganya adalah keturunan ke 3 daripada golongan Kerabat DiRaja Melaka.

Pada hari yang sama (3.10.1972), Adnan mendapat kad pengenalan yang baru di mana di atas kad pengenalan baru itu tertara nama �Tengku Adnan bin Tengku Mansor�. Lebih kurang 2 tahun kemudian, 2.4.1974, bapanya juga mendapat kad pengenalan baru dengan nama baru Tengku Mohammed Mansor bin Tengku Haji Baba dengan identiti kad pengenalan baru bernombor 3983336..

info dari harakah daily...

Isnin, 11 Oktober 2010

bro khairy.. bila nak ke palestin ni?

janji buleh pegang M16.. najib pegang keris jer.. (rosmah pegang apa?)

lama aku duk tunggu.. dalam berita pun tak dengor... ke tengah berlatih nak dapatkan beret hijau.. Najib dah jadi imam dah... YB bila lagi....


Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin dalam ucapannya berkata pihaknya berharap kerajaan sentiasa memberikan keutamaanya dan memastikan kepentingan rakyat Palestin terbela. Khairy yang juga ahli parlimen Rembau turut menyatakan tidak puas hati terhadap kekejaman tentera Israel. "Jika tiada perubahan (daripada) demontrasi di Masjid Negara (mahupun) di Kedutaan Amerika Syarikat, kita akan bangun dan terus ke Gaza untuk tewaskan Israel," katanya.

Sabtu, 9 Oktober 2010

Luahan warga emas P.Pinang kecewa ditipu umeno .wmv


kesian kat makcik ni.. kena tipu hehehehe.. kena tipu ngan ameno sebenarnya.. makcik.. pencen dari kerajaan tu pun ada campor duit judi dan arak... takpela makcik.. kalau taknak duit tu boleh la bagi kat saya.. bagitau kengkawan makcik yang bertaraf ahli sufi tu.. kalau tak nak bagi la kat saya.. road tax keta dan insuran keta saya dah nak mati dah ni.. adoi....

mr edz : toya mat amin betoi...


Selasa, 5 Oktober 2010

lawak lawak...

Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)


---- sumbangan: Harun S.B
di amik dari sini

Jumaat, 1 Oktober 2010

jika korang ada rezeki terlebih...

MOHON BELAS EHSAN BANTUAN ANDA :

Rumah Anak-Anak Yatim Al Nasuha

No. 5, Jalan GP 3/3 , Taman Gombak Permai , 68100, Pinggiran Batu Caves, Selangor.

HUBUNGI TERUS DENGAN UMI DI 017-9354323

AKAUN MAYBANK : 164799096868 (Fatmah Husin)