Rabu, 28 Julai 2010

taska ditutup

dalam minggu ni aku terpaksa bawak anak aku gi keje sebab kat taska ada kes HFMD.. bahay wooo.. nak tak nak kena la bawak.. itu saja sekian...

takleh nak blogging lelama sebab anak aku sebuk nak nengok power rangers

Ahad, 25 Julai 2010

benarkah arab saudi bagai lembu dicucuk hidung?

tahukah anda segala kemudahan semasa menunaikan haji adalah dikendalikan oleh syarikat-syarikat kuffar :

  1. Air penggunaan jemaah haji dikendalikan syarikat Britain yang membunuh umat Islam di Iraq dan Afghanistan.
  2. Siaran TV dan Radio arab saudi mesti melalui tapisan yahudi Francis.
  3. Semua pergerakkan jemaah dikawal melalui setelit yahudi eropah.
  4. Setiap kamera sisi yang dipasang ditiang masjid Nabawi dan Masjid Haram Mekah sentiasa dipantau melalui setelit yahudi.
  5. Umat Islam diharamkan berbincang dalam kedua-dua masjid Haram, Mekah dan Madinah kecuali ibadat solat. Mereka dipantau secara lansung melalui kamera sisi yang telah dipasang di setiap sudut masjid berkenaan.
  6. Segala hasil pungutan wang jemaah haji, bermula daripada visa haji dan sebagainya dimasukkan dalam kementerian pelancungan saudi dan digunakan untuk perkara yang tidak baik.
  7. Setiap jemaah haji yang mati kerana dibunuh, dirogol dan lain-lain jenayah ganas mesti direkod atas nama ” Mati kerana sakit ” demi menjaga nama baik hubungan negara yang terlibat.

Sebenarnya pelaburan dari negara-negara kuffar telah dapat menguasai ekonomi arab saudi dan dapat mengawal saudi daripada membantu pembangunan umat Islam dunia, Pembesaran Kota Suci Mekah juga adalah satu perancangan rapi untuk mengawal ekonomi umat Islam dimasa hadapan agar eknomi Mekah dan Madinah tidak jatuh ke tangan umat Islam tetapi akan tetap berada dibawah Keluarga Diraja yang ditaja oleh amerika dan yahudi.

Ini bermakna jika ditakdirkan oleh Allah SWT Islam menang dan dapat mentadbir Mekah dan Madinah ( Janji Allah adalah Benar-Islam tetap akan memerintah dan memakmurkan dunia suatu masa nanti ) , Umat Islam terpaksa membayar dalam jumlah yang amat besar kepada Keluarga raja arab saudi, amerika dan yahudi yang telah membuat berbagai kemajuan kepada Dua Bandar Suci Umat Islam.

Sabtu, 24 Julai 2010

mengapa yer?

RAMAI YG BULEH BANGUN PAGI-PAGI UNTUK PERGI KERJA DAN TENGOK BOLA..

MENGAPA TIDAK DENGAN SOLAT SUBUH


Cukuplah dengan pesanan Nabi SAW:

“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isya’ dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya

mereka akan datang kepada keduanya sekalipun dalam keadaan merangkak…” [HR Al-Bukhari dan Muslim]

Rabu, 21 Julai 2010

iklan yang membuatkan lelaki terpaku



dalam banyak banyak iklan, iklan ni akan membuatkan suami suami normal terpaku...


Isnin, 19 Julai 2010

bang mintak duit.. (dua situasi)

situasi yang biasa kita dengar

isteri: bang mintak duit sikit.. nak beli susu anak la..
suami : oh.. esok abang kasi yer.. sambil mengaru kepala yang tak gatal..
isteri : jangan lambat bang susu dah nak abis dah tu..
suami : iyer.. esok la yer.. hari tak sempat.. hujan getah takleh nak motong.. esok kalau hari cerah dapat la abang jual getah kat apek tu...

situasi luar biasa kita dengar

isteri : ayang.. mintak duit..
suami : duit? nak buat apa... tak cukup lagi ker?
isteri: bukan apa bang, nak buat bangunan la..
suami: hah.. buat bangunan...... (pengsan)....




Rabu, 14 Julai 2010

kebakaran di keramat AU





kejadian berlaku dalam pukul 2.30 ptg.. oh.. terjumpa brother shamsul aka ondscene di lokasi.. itupun pasal dia sembang dengan member kerja aku.. aku ternampak kad nama dia ada tulis ondscene.. (rupanya member kepada member aku)

mr.edz : segan oo jumpa blogger ternama macam dia.

Ahad, 11 Julai 2010

sape nak sewa rumah?

aku nak cari penyewa nih... boleh scroll kat tepi .. apa apa hal call jer aku.. tq

Jumaat, 9 Julai 2010

pelajaran hari ini..

apa maksud hadith Mutawatir

Hadith Mutawatir


Dari segi bahasa al Mutawātir adalah Ism al Fā’il daripada al Tawātur yang bermaksud yang berturut-turut.

Dari segi istilah pula, hadith mutawatir bermaksud hadith yang diriwayatkan oleh bilangan yang ramai di mana mustahil dari segi akal mereka berpakat untuk menipu.


Syarat hadith mutawatir

- Diriwayatkan oleh perawi yang ramai.
- Bilangan yang ramai ini terdapat di kebanyakan peringkat (sahabat – tabi’in – seterusnya)
- Mereka meriwayatkan berdasarkan hissi seperti kata-kata sami’na (kami dengar) atau ro‘aina (kami lihat)


Hukumnya


Mencapai darjat ilm yaqin iaitu ilmu yang wajib diterima dengan penerimaan yang kukuh tanpa sebarang ragu-ragu, wajib beramal dengannya. Sahih

Pembahagiannya

- Mutawatir LafziHadith yang sampai darjat mutawatir pada lafaz dan maknanya. Contohnya ialah hadith“Sesiapa yang berdusta ke atasku ... “

- Mutawatir MaknawiHadith yang sampai darjat mutawatir pada maknanya sahaja walaupun berbeza lafaznya.

Khamis, 8 Julai 2010

soalan bocor STPM tahun ni..





soalan

setuju atau tidak najib tun razak adalah pahlawan melayu pahang yang setaraf dengan mat kilau? sila karangkan ayat tidak lebih dari sejuta ayat.

Isnin, 5 Julai 2010

alhamdullilah..

syukur.. anak aku dah sembuh.. baru keluar wad petang semalam.. terima kasih pada pak din (mountdweller) yang mendoakan...

baru aku tau camna duk hospital lama lama.. hehehehe


Jumaat, 2 Julai 2010

ujian dari Allah... kepada aku



maaf.. tiada posting dalam 2-3 hari.. anak aku yg kecik masuk wad..

sesapa yg baca blog ni doakanla kesihatan anak aku yer.. supaya cepat sembuh.. terima kasih..