Isnin, 31 Mei 2010

mengapa?


1. mengapa kerajaan lambat mengeluarkan kenyataan tentang kejadian Israel menyerang konvoi bantuan kemanusian di gaza.. seolah olah seperti tiada apa yang berlaku?
2. mengapa subsidi terhadap rakyat dipertikaikan oleh kerajaan sedangkan subsidi untuk IPP tidak dihapuskan?
3.mengapa kerajaan sanggup mengikat kontrak dengan pihak konsesi lebuhraya sedangkan ianya berat sebelah?
4. mengapa ada kenderaan rasmi untuk menteri sedangkan gaji menteri setakat kereta malaysia ni diorang boleh beli cash?
5. mengapa sibuk nak mencari penyelesaian buang bayi sedangkan punca (zina) tidak disekat?
6.mengapa orang melayu/Islam berduyun duyun ke ujibakat menyanyi? memang orang melayu ni suka hiburan ke?
7. mengapa kereta proton lebih murah harganya di luar negara jika di bandingkan di Malaysia sendiri?
8. mengapa jika nak berjumpa menteri kena ada appointment? jika kita tiada kabel memang tak di layan(nak berjumpa TGNA paling senang..)


oh! memang banyak mengapa? mengapa terjadi begini...




Sabtu, 29 Mei 2010

hebahan : ustaz azhar idrus




malam ini kuliah maghrib.

tempat : masjid al ridhuan hulu kelang

masa : selepas maghrib

penceramah: ustaz azhar idrus.


datang beramai ramai.

Isnin, 24 Mei 2010

Hussien Ismail & The Sanblues "Kerana Kau"

khas untuk semua... asyik politik jer... relax relax sikit...

Ahad, 23 Mei 2010

kesan membaca akhbar UTUSAN

"Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, walaupun beliau belum dimaklumkan mengenai reaksi masyarakat berhubung perkara itu secara umumnya, kerajaan memberi jaminan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua termasuk dari kalangan Islam dan bukan Islam."



dia ni pekak ker apa? ke duit judi dah gelapkan hati dan pandangan dia? kalau tak tau sangat pon judi kan haram dalam Islam... itulah.. kesian aku nengok dia ni... hukum macam tu takkan tak tau... takkan dia tak tau ada demo tentang lesen judi.. oo aku lupa dia cuma nonton buletin 3 suku dengan baca paper utusan.. patut la.... isk.. isk.. kesian...



lepas nia aku harap mufti johor tolong la.. tolong la sangat sangat doakan semoga TPM terbukak hati dan diberi hidayah oleh Allah...

Jumaat, 21 Mei 2010

hebahan

malam ni macam biasa.. ustaz kazim di masjid al ridhuan kampung pasir hulu kelang.. selepas maghrib

malam esok pulak kat masjid as sobirin tmn permata...

sekian.

Rabu, 19 Mei 2010

satu lagi PRK ?

sumber : kliksini

bung mokhtar kena penjara... ada PRK ker agak agak korang?.... siapkan jentera masing masing la wei..... kalau kena penjara kesian kat zizie... hish..hish....

perkasa jadi perkasam

aku dok tunggu mana perkasa nih.. demo bantah lesen judi... woi mana ni... bang brahim.. bang brahim.. mana dikau.. bila nak berdemo nih.... sapa jumpa tolong tanyakan ada ke demo bantah lesen judi......

bang brahim.. bang brahim... bang brahim... mana dia nih...

Isnin, 17 Mei 2010

aku rasa la ..




lepas je abis piala dunia.. aku rasa sukan kat malaysia ni semua nya tak boleh blah... sebab apa? sebab sumber dari duit judi.. judi kan haram.. jadi hasil darinya diberi kan untuk pembangunan sukan, jadi tak berkat la.. bila tak berkat takder harapan la nak menang... lepas tu pulak ramai la yang miskin sebab berjudi piala dunia..

lagi satu bila judi piala dunia dah habis.. diorang mintak pulak berjudi liga EPL.. nak menyemarakkan perolehan negara la katakan.... sapa yang kaya.. tokey judi la kaya.. hahahaha tapi ada jugak yang akan sibuk bila time ni nanti.. korang tau sapa.. tok bomoh la... sibuk dok tilik sapa yang menang.. kenyang tok bomoh sekali pengeras ayam, pulut kuning, telur lagi... aku tak tau la kalau ada tok bomoh mintak pengeras tv LED 42 inci samsung...

dah la dosa galak kan berjudi tambah pulak dosa percaya pada benda khurafat... berapa banyak saham daaa.... (pada orang yang luluskan lesen judi)


mr edz: tak pakai duit judi pon asyik kalah jer... sebab apa? sebab bersukan tak tutup aurat..

Khamis, 13 Mei 2010

saiful paling untung..

dalam ramainya rakyat malaysia.. siapa paling untung? jawapannye
saiful bukhari.. (bab dia kena liwat tu tak mau komen.. Allah jer yang maha mengetahui)

sebabnya dia tahu banyak no telefon individu penting negara.. najib, ezam, musa hassan... pastu senang pulak jumpa tu... tak payah nak buat appointment.... pelik kan?

Selasa, 11 Mei 2010

surat khas untuk awang adek...

assalamualaikum....

kepada kekanda awang adek... hayatilah pesanan di bawah:

ayat 90-91 dari Surah Al Ma-idah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأنْصَابُ وَالأزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ,
إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (sembelihan untuk) berhala, mengundi nasib menggunakan anak panah, adalah najis dari perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan.

Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu disebabkan arak dan berjudi itu, dan menghalang kamu daripada mengingati Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (daripada perbuatan-perbuatan itu itu).

p/s: tolong pesan kat menteri menteri lain yer... mana tau kot diorang tak tahu..

sekian terima kasih.

yang benar

tt
mr edz

surat ini adalah cetakan komputer jadi tandatangan tidak diperlukan.

buletin utamaTV3: hanya untuk ahli umno sahaja

ini ada satu cerita:

malam tadi sambil dok melayan anak aku pon saja saja pasang berita.. tak tau nak nengok cerita apa.. biasa la rumah aku mana ada astro.. dan seperti biasa la.. bila tiba bab prk sibu... macam macam cerita la keluar ( cerita tahi tapi bau wangi) .. dan bila last segmen memuji tahi tahi tu.. ada la segmen warna warni prk... tentu ada yang perasan bila last sekali lepas ada bebudak naik basikal sambil bawak bendera biru (bukan cd blue) tak tau la berapa upah.. mungkin rm 5 kot.. ada seorang budak tu main layang layang pastu frame yang last sekali tu poster DAP di buat layang layang kat tanah sambil di kuis dengan kaki... perasan tak...

persolan sekarang.. apa motif gambar ni disiarkan.. aku rasa macam menghina jer... satu malaysia boleh nengok beb... bila bab BN berkempen wah... manis manis belaka.. tahi pun wangi... nampak hina sangat la.... kamon la... bila nak balance ni... semua di beri peluang berkempen sama rata.. aku ingat berita kat tv kena tulis.. macam ni la.. bila nak bersiaran:

UNTUK TONTONAN AHLI UMNO SAHAJA

Khamis, 6 Mei 2010

kenapa bola sepak takder campur laki pompuan..

badminton ada beregu campuran, tenis ada beregu campuran tapi bola... sebabnya di bawah...




ini bola kalau ragbi?

Selasa, 4 Mei 2010

apahal? dia memang berhak apa!



berita : sayaberhak

berapa banyak untung la.... tahniah la aku ucapkan... memang dia berhak jadi senator pon.. korang dengki apasal.. dia memang berhabisan menentang rasuah.. itu pasal la dia masuk parti yang korup (bukan aku cakap tapi Dr M yang cakap).. tak lain yak bukan nak membersihkan rasuah la.. kalau dia duduk kat luar payah nak buat keje..


yang sorang lagi tu.. untung jugak.. tak jadi calon pon takper... dapat jugak jawatan.. senator beb.. berapa yer gaji diorang yer? sapa bayar? (kita jugak bayar)... so kepada semua menteri atau yb (tak kira la dari mana) jangan dok berlagak la.. kalau rakyat tak undi tak de nye korang dapat jawatan tu... korang cuma menjalankan amanah yang di beri oleh rakyat untuk mengurus harta negara.. kalau tak betul jalan.. nanti kat akhirat jangan duk kaitkan orang lain bila Allah tanya ..
mr edz: jangan dok berlagak sangat.. sombong tak tentu pasal.. kalau rakyat tak undi korang pon terlungkup..(khas untuk seorang menteri) sapa tu? tak payah la amik tau.. laki bini sombong macam %$^&&