Rabu, 31 Mac 2010

2 benda dalam bola...



dalam sukan bola sepak.. ada dua benda aku harap harap sangat.. satu dah terjadi dan tunggu satu lagi jer...


1. Manchester United kalah.. hehehehe


Manchester United's Wayne Rooney suffers injury in UEFA Champions League loss Soccer
Manchester United's Wayne Rooney scored an early goal, then limped off with an ankle injury in a 2-1 loss to host Bayern Munich of Germany on Tuesday in the first leg of the UEFA Champions League quarterfinals. kliksini



2. pasukan england kalah masa world cup nanti.

harap harap macam tu la hendaknyaa.......



kenapa kita kena pakai tali pinggang keledar..

alamak..! dah seminggu aku tak nulih kat blog.. patutla lain jer rasa.. masa pun aku rasa cepat jer berlalu (tanda kiamat daa)...

dari survey tak rasmi aku.. selalu diperhatikan kebanyakkan pemandu tak pakai tali pinggang keledar.. kebanyakkanya melayu.. statistik tak rasmi aku la dalam 10 orang pemandu melayu hanya 2 orang jer pakai.. tapi dalam 10 pemandu cina hanya 3 orang jer yang tak pakai.. kenapa yer? pemerhatian aku cukup senang.. bila aku naik motor masa berhenti di lampu isyarat.. aku cuba perhatikan.. jika yang lalu tu pemandu melayu 80 persen korang boleh teka la tak pakai tapi bila aku nengok pemandu cina kebanyakannya pakai...

sebab apa aku nak ingatkan korang sebab ada satu benda terjadi kat member aku akibat tak pakai seat belt.. cacat beb.. mata dia buta sebelah... pada hari kejadian malang tu dia memandu sambil pakai spek.. biasa la orang muda.. tengah memandu tetiba ada satu kereta bengong ni masuk jalan dia tetiba je.. apa lagi berdentum la.. akibatnyer dia terhantuk kat stereng dan kaca spek mata dia masuk dalam mata... sejak kejadian tu aku memandu mesti pakai seat belt.. walaupun aku tak pakai spek...

PAKAILAH SEAT BELT walaupun korang rasa rimas..

*walaupun mata dia cacat sebelah tapi awek dia cun hehehehehee

Rabu, 24 Mac 2010

iklan sekejap....

aku curik gambor ni kat Facebook.. hahahahha.. so sesape berminat boleh la tepon.. aku tak tau dia punya tarikh tutup.. cuma kertas yang di gunakan tidak bermutu la.. cuba la buat banner elok sikit... mesti ramai yang minat...

Selasa, 23 Mac 2010

hobi

nixon D90 (terliur aku nengok)



manusia ni memang banyak hobi.. kadang tu hobi yang mengarut pon ada.. di sini aku ingin memaparkan beberapa hobi serta berapa kos yang perlu di tanggung.. hobi yang mahal sahaja aku tulis kalau setakat hobi main gasing atau main congkak tak dikira...


1.hobi memancing laut dalam
ini kira hobi aku la ni.. tapi aku tak berapa berani nak join laut dalam nih.. joran saja kalau tak cecah seriban dua jangan dok mimpi nak naikkan ikan best best..lagi satu nak kelaut dalam mesti la nak sewa bot.. mesin plak mesti yang best punya macam daiwa saltiga ker.. tak main la pusing pakai tangan mesti pakai bateri punya... tali pulak mesti la tali braided(betul ke aku eja ni)
anggaran kos permulaan =2 ribu la...

2. tukang tangkap gambor
ini pun aku minat tapi modal nye ya Allah.. korang boleh nengok sendiri la harga kamera DSLR berapa.. paling cikai pon 2 ribu.. tak masuk lens lagi, bateri tambahan lagi.. pastu pulak kena ada laptop.. yer la nak edit gambor bagi lagi cantik..
( kalau korang nak beli camera alang alang beli nixon D90 tau..)
anggaran kos permulaan = 4 ribu lebih kurang.

3. permainan kawalan jauh
ini pun mahal jugak... kalau heli atau kapal terbang RC paling kurang 2 ribu lebeh... itu belum kira berapa kali terhempas.. kena pandai control tau, nampak senang tapi susah sebenarnya.. kalau ada yang minat tu korang boleh la join dengan brader brader kat padang Keramat dekat dgn klinik kesihatan tu.. nak beli minyak lagi, dia punya bateri, alat ganti dll..
pesanan: memula tu korang beli la heli RC yang harga RM 50 jer dulu...

4. dengar kuliah agama
yang ni bagus.. cuma kita ni selalu sibuk.. nak nengok TV la.. tak sempat la.. kos permulaan dia cukup senang tak mahal mana.. cuma kena usaha pegi surau atau masjid kemudian tunggu kot kot ada kuliah. cuma satu la tak semua penceramah atau ustaz ni pandai ambik hati orang yang dengar.. tu kekadang tu ada jugak jemaah yang malas nak dengor tu... apa apa pun pahalanya besar.. seperti korang buat solat sunat seribu rakaat... senang kan? solat tarawikh yg 20 rakaat pon korang tak larat.. ini kan pulak nak buat sampai seribu rakaat...
kos permulaan= usaha dan kerajinan

Isnin, 22 Mac 2010

jalan jalan ke putrajaya

semalam aku dgn family nak gi nengok belon panas.. tapi belon panas takder sebab angin kuat cuma yang ada belon untuk bebudak jer... (mahal lak tu).. sebab belon panas tak pasang aku pun gi tinjau pertandingan kereta cantik..err cantik ker...?



banyak nyer hadiah...


penat jalan la ni.. (dgn sepupunya)



panas la ...




ramai jugak..(macam pasar malam jer)

yang ini tak ambik bahagian tau...

Jumaat, 19 Mac 2010

sedikit perkongsian

1. SEMBAHYANG DENGAN MEMAKAI SERBAN

Ertinya : Sembahyang dengan memakai serban itu ( ganjarannya ) sama dengan 25 sembahyang yang tidak memakai serban dan sekali sembahyang Jumaat dengan memakai serban itu ( ganjarannya ) sama dengan 70 kali sembahyang Jumaat dengan tidak memakai serban . Dan sembahyang dengan memakai serban itu ganjarannya sama dengan melakukan 10,000 kebaikan

Penjelasan : Hadis ini PalsuSyihabuddin Ahmad bin Muhamamd Abdis Salaam Al-Manafi ( murid kepada Al-Hafiz As-Sakhaawi ) telah mengatakan bahawa semua riwayat yang berhubung dengan masalah ini adalah Maudhu atau Palsu , bukan termasuk hadis dari Nabi s.a.w.
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 29

2. SEMBAHYANG DENGAN MEMAKAI SERBAN PUTIH

Ertinya : Sesungguhnya bagi Allah ada beberapa malaikat yang ditugaskan untuk menjaga pintu - pintu ( masjid ) jamik pada hari Jumaat . Mereka akan memohon maghfirah kepada Allah untuk orang - orang yang suka memakai serban putih .

Penjelasan : Hadis ini Palsu Diriwayatkan oleh Khatiib tetapi dalam sanadnya ada rawi yang bernama Yahya bin Al-Yamani , dia adalah seorang yang suka meriwayatkan hadis - hadis yang 'bathil'
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu -Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 31

3. DUA RAKAAT YANG DILAKUKAN OLEH ORANG YANG SUDAH BERKAHWIN ITU LEBIH BAIK DARIPADA ORANG YANG BELUM KAHWIN

Ertinya : Yang paling rugi di antara kamu ialah orang yang tidak berkeluarga ( bujang ). Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah berkeluarga itu adalah lebih baik daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum berkeluarga .

Penjelasan : Hadis ini Palsu Dalam riwayat lain dikatakan : Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah kahwin itu lebih utama daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum kahwin Dalam sanad riwayat ini rawi yang bernama Mujaasy'. Dia suka meriwayatkan hadis - hadis 'Mungkar'.
Dalam riwayat lain pula dikatakan : Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah kahwin itu lebih baik daripada 82 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum kahwin. Ibnu Hajar Al-Asqalaani mengatakan ,"Riwayat ini 'Mungkar'"
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 40

4. KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG

Ertinya : Dari Ummi Salamah , dia berkata,"Adalah Nabi s.a.w. apabila beliau sedang bersembahyang orang yang ( melihatnya ) beranggapan bahawa sesungguhnya beliau hanya sebuah jasad yang tidak ada rohnya ".

Penjelasan : Hadis ini Palsu. Ibnu Hibban mengatakan : Hadis ini 'tidak ada asalnya' kerana dalam sanadnya ada rawi yang bernama Ja'far . Dia adalah seorang rawi yang biasa meroboh sesuatu berita , sehingga tidak ada keraguan lagi bahawa yang memalsukan hadis ini adalah rawi yang bernama Ja'far ini .Ahmad bin Adi mengatakan : Ja'far adalah rawi yang dituduh suka memalsukan Hadis

ULASAN PENTERJEMAH:Boleh jadi riwayat ini dijadikan oleh golongan tarikat sebagai dasar untuk lebih khusyuk dan Khudhu dalam mengerjakan sembahyang dan lain -lain ibadat .
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari -Syk Nurulhas -m.s. 49

5. SUJUD SESUDAH SELESAI SEMBAHYANG

Ertinya : Telah berkata Abu Sa'iid , telah menjadi kebiasaan sebahagian orang yang melakukan sujud sesudah selesai sembahyang untuk berdoa .

Penjelasan : Sujud dalam bentuk ini tidak ada dalam ajaran Islam dan tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., dan tidak pula dari sahabatnya . Perbuatan ini adalah Bid'ah. Imam Ghazali dalam kitabnya Ihyaa-u ' Uluumuddin menerangkan bahawa di antara kebiasaan yang sering dilakukan oleh sebahagian orang awam ialah melakukan sujud pada waktu muazzin sedang qamat pada hari Jumaat . Perbuatan ini tidak ada sumbernya dari hadis Nabi yang sahih atau yang dhaif sekalipun.
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 56

6. KELEBIHAN SEMBAHYANG DI MASJID NABI ( MASJID NABAWI )

Ertinya : Barang siapa yang bersembahyang di masjidku ( masjid Nabawi ) dengan 40 kali sembahyang dengan tidak putus - putus satu sembahyangpun , maka dia akan dicatat sebagai orang yang selamat dari api neraka , lepas dari azab siksaan serta bersih daripada nifakPenjelasan : Hadis ini Daif. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Thabrani dengan sanad yang Daif dari jalan Abdir Rahman bin Abdir Rijaal dari Nabiith bin Amar dari Anas bin Malik. Muhammad Nashruddin Albani mengatakan : Hadis ini Daif kerana dalam sanadnya ada rawi yang bernama Nabiith bin ' Amar, dia tidak dikenali oleh para ahli hadis melainkan dalam riwayat ini sahaja.
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 70

7. MEMBACA QUL HUALLAH HUAHAD SEBANYAK 100 KALI SESUDAH SEMBAHYANG SUBUH

Ertinya : Barang siapa yang mengerjakan sembahyang subuh sesudah itu dia membaca Qul Huallahu Ahad 100 kali sebelum dia berkata - kata , maka tiap - tiap kali dia membaca Qul Huallahu Ahad diampuni segala dosanya selama setahun

Penjelasan : Hadis ini PalsuDiriwayatkan oleh Imam Thabrani , Hakkim dan Ibnu Asakir dari jalan Muhammad bin Abdir Rahman Al-Qusairi dari Asma binti Waa-illah bin Al-Asqa dia berkata : Apabila ayahku mengerjakan solat subuh, apabila dia telah selesai dia duduk duduk menghadap kiblat dan tidak berkata apa - apa sehingga terbit matahari , sehingga aku terpaksa berkata kepadanya akan sesuatu keperluan yang dikehendakinya . Tetapi beliau tidak menjawab sepatah kata pun . Setelah segalanya selesai barulah dia menjelaskan kepadaku isi hadis tersebut.Muhammad Nashruddin Albaniy mengatakan : Imam haakim telah mendiamkan riwayat ini . Al-Haitsaamy mengatakan : Dalam sanadnya ada rawi yang bernama : Muhammad bin Abdir Rahman , dia adalah seorang rawi yang Matruk .Muhammad Nashrudin mengatakan : Rawi tersebut adalah seorang pendusta sebagaimana yang telah dikatakan oleh Al-AzdiIbnu Abi Haatim mengatakan : Aku telah bertanya kepada ayahku tentang riwayat hidup rawi ini , maka beliau berkata , dia adalah seorang rawi yang Matruk dan riwayatnya tidak boleh di pakai dan adalah seorang pendusta
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 87

8.Anggota akan khusyuk bila hati orang yang bersembahyang khusyuk

Al-Hakim At-Tirmizi * meriwayatkan dari Abu Hurairah dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :Ertinya: Rasulullah s.a.w . melihat seorang laki - laki sedang mempermainkan janggutnya sedangkan dia dalam solat , maka Rasulullah s.a.w. bersabda : Jika hati orang ini khusyu' tentulah anggota - anggotanya khusyu '.Kata Al-Albani : Hadith ini adalah Maudhu'Dalam sanadnya terdapat Sulaiman bin ' Amru iaitu Abu Daud An-Nakha'iy yang menurut Ibnu ' Adiy ia disepakati membuat Hadith palsu .
*Al-Hakim At-Tirmizi bukanlah Imam At- Tirmizi . Beliau adalah pengarang kitab Nawadirul-Usul. Seorang Sufi. Dikatakan bahawa dalam kitabnya Khatamul-Walayah beliau berpendapat bahawa wali lebih agung daripada Nabi. Beliau dibuang dari Tirmiz dan beliau pergi ke Nisabur.
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 284

Khamis, 18 Mac 2010

dey ... sendri pikir la dey...



dua keadaan yang jauh berbeza.... nilaikannya...


di palestin...



TETAPI




di Malaysia.

Rabu, 17 Mac 2010

asyik terkejut.. lama lama dapat sakit jantung..

salah satu kedai dewasa hehehe


Hishammuddin, Shahrizat terkejut


"KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bukan sahaja terkejut malah mengaku langsung tidak mengetahui kewujudan kedai menjual gajet seks secara terbuka di negara ini.

Berikutan itu, kedua-dua menteri itu berjanji akan menyiasat pendedahan Kosmo! mengenai isu tersebut sebelum mengambil tindakan yang lebih tegas."

berita dipetik dari kosmo..


asyik terkejut jer.. hari tu terkejut pasal banyak PATI kat malaysia, pastu terkejut pasal kes dera... sekarang terkejut pasal kedai alat seks... AWWW terkejut mak! nampak sangat tak tau pasal keadaan sekeliling.. nak tunggu pencacai bagitau kot... tapi apa boleh buat pencacai kat bawah taunya bagi pujian jer a.k.a bodek. (aku pernah nampak kedai ni kat sg wang)


aku rasa la harga ayam sekilo kat pasar pun tak tau berapa.. harga ikan berapa.. sebab apa? sebab semua dah ready siap tau makan jer... (itupun rakyat yang bayar) jangan lupa bro nanti kat akhirat akan di tanya tanggung jawab sebagai pemimpin.. apa peranan kamu sebagai pemimpin.. apa yang kamu buat... ha jawab yer sila jawab.. nanti kalau ada rakyat kat bawah ni dakwa kamu kat akhirat kelak taula nasib kamu....


sekarang ni TV pulak duk sibuk pasal kejatuhan moral remaja, dadah, buang bayi, bunuh, dan memacam lagi.. sibuk nak buat kajian la apa la.... kalau la reporter tanya aku ... aku akan jawab..


" itu pun tak tau lagi ker? kembali kepada Al-quran dan Sunnah rasul"


Selasa, 16 Mac 2010

parti politik terbaru?

PARTI LOMPAT BERSATU
aku curi gambar ni dari blog erapasca
sesapa yang nak masuk sila ambil borang ngan Ibrahim Ali.... terima kasih.

Isnin, 15 Mac 2010

mana dia pulak diorang ni.. tak mau berdemo ker?



si pelukis celaka




mana pegi puak puak yang kata cintakan nabi Muhammad S.A.W nih.. tak mau buat bantahan ker...? sebelum ni kata sayang sangat kat Nabi Muhammad... senyap jer... aku tercari cari jugak berita kot kot ada ibrahim ali bawak sepanduk... buat malu jer.. orang lain siap buat perancangan nak gi bunuh.. yang kita kat sini rilek jer macam takder apa....
korang ingat tak bila m nasir cakap "siapa mahathir?" .. kira macam tak kenal la.. terus kena hentam, terus kena gam... cepat sungguh tindakan.. tapi Nabi Muhammad kena hina tarak apa pun... aku cadangkan kerajaan :
1. panggil la duta sweeden tu bagi penjelasan kat YDA. (Tuanku kan ketua Agama Islam)
2. panggil balik duta kita kat sana untuk menunjukkan bantahan Malaysia terhadap penghinaan Nabi Muhammad S.A.W
3. Mufti keluarkan Fatwa tentang perkara ini.. bolehkah di cantas kepala lahanat ni..














Rabu, 10 Mac 2010

sapa nak kaya?

AMARAN: DILARANG KERAS MENIRU PERBUATAN INI SEBAB JELAS HUKUMNYA SYIRIK..

diceritakan oleh seorang kawanku (muka dia sebijik macam nordin ahmad :p) beberapa tahun dulu:

satu hari ketika balik dari kelas matematik..

"kau nak jadi kaya tak?" tanya dia..
"kaya? " jawab aku sambil mengaru kepala yang tak gatal..
"aah.. kaya.. takkan tak mau?"..
"boleh jugak.. macam mana?" tanya aku balik
"tapi kau kena berani la.. kalau tak berani tak payah la.."tambahnya si nordin ahmad
"itu la masalah nya, aku ni berani berani itik jer"... jawab aku lagi
"macam ni.. memula kau pegi cari kubur orang mati kena bunuh... " katanya
"pastu..?" tak sabar aku dengor ni... jeng..jeng..jeng..
"pastu tepat 12 tgh malam kau duduk bahagian kepala kemudian kau buat gaya orang berdayung sampan.. sampai pukul 3..."
seram gila nih dalam hati aku la... "itu jer ke?" tanya aku lagi..
"tak lah.. itu baru malam pertama kau kena buat 3 malam berturut turut... start dari malam jumaat... malam kedua pulak kau berdayung bahagian tengah.. malam last pulak kau buat kat bahagian kaki... kira standard prosuder dia dayung dari pukul 12 sampai pukul 3"...
bulat jer mata aku dengor dia cerita.. betul ke tidak otak dia ni...
"malam pertama dengan malam kedua takder apa apa berlaku.. tapi malam ketiga tu bila nak habis kau kena hadapi ribut macam kat tengah laut... bila habis jer ribut tu nanti mayat dalam kubur tu bangun ngadap kau dan dia akan tanya kau nak apa? haaa time tu la kau mintak nak jadi kaya.." tambah si nordin ahamad ni lagi... bersungguh sungguh dia cerita sambil menyalakan rokok yang kedua.. (macam naga la dia ni)...
"ooo macam tu ker? mana kau tau petua bangang nih... ?" tanya aku pulak
"ader orang tua kat tempat aku cerita"
"dia pernah buat ker?" aku tanya lagi
"mana la aku tau.. aku rasa dia pun tak berani tu..." katanya

pesanan: petua ni entah betu entah tidak. kalau si nordin ahmad ni tipu so jadi cerita tipu la.. tapi yang betulnya perbuatan di atas TIDAK dibenarkan sama sekali sebab mensyirikkan Allah.. kalau nak kaya korang berdoa dan berusaha dengan jalan yang halal..

Selasa, 9 Mac 2010

sapa kata rokok bahaya...


di copy and paste dari gengcerita


Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang doktor. Mereka selalu bersama ke mana saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.


A. dr Jon Sumawan (suka main perempuan)

B. dr Jon Walker (suka minum minuman keras)

C. dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok) ..


Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan. Tiba-tiba ketiganya bertemu dengan sebuah kendi (seperti cerita Aladin). Lalu salah seorang mengambilnya lalu meng-gosok2kan kendi tersebut. Sejurus kemudian asap keluar dari corong kendi tersebut dan secara perlahan berganti menjadi satu makluk yang menyeramkan yakni menjelma jin yang ganas. Lalu jin tersebut ketawa:

'Ha ha ha...' dan berkata "Akulah Jin! Kerana kamu telah membebaskan aku dari kendi itu maka aku akan tunaikan apasaja permintaan kamu sekalian".


Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu termenung dan berpikir tentang peluang dan kemahuan masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup mereka.


Lalu mereka memilih mengikuti kegemaran masing-masing.

Berkatalah si A"Aku mhau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa diseluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun".

Pufff ........!! dengan sekelip mata jin menyempurnakan permintaan si A.


Berkata si B, "Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun".

'Pufff .......... !! dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B.


Berkata pula si C,"Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekalselama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun " .

'Pufff ........... !! dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaansi C.


Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan.Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tak boleh kerana tidak sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu dengan perempuan.

Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!


Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit karena hari-hari mabuk-mabukan. Jalan pun terhuyung-huyung.

Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !!


Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluardalam keadaan sihat walafiat dan terus MENAMPAR si jin Sambil memaki si jin.


Dia berkata: JIN BOODOOOH...!!!! MANCIS MANA MANCIS..! ...???!!!


Safety Lesson: 'Rokok Tidak akan berbahaya, jika tidak ada mancisnya'

Isnin, 8 Mac 2010

semua balun

ingatkan tanah melayu jer kena tipu... orang asli pun kena tipu jugak... hai mana mana boleh masyuk tak kira halal haram.. semua balun..

berita lanjut disini

Ahad, 7 Mac 2010

kepala bapak dia

semalam pepagi lagi dah menyirap darah..(walaupun aku tak minum air sirap waktu pagi).. bukan apa dapat SMS dari penipu.. dah banyak kali masuk paper pun masih nak menipu lagi.. kalau nak menipu pun tipu la orang kaya yang tak pernah bayar zakat...

dari: 0138870741
TAHNIAH, simcard anda B'jaya memenangi RM 10,000dr: Prog COCA COLA.. Nampak di TV3semalalm pukul 20:30. No pin : AN 2547, sila hubungi hub office 013-557-8710. tq

kalau call pun nanti ada seorang lelaki loghat macam indon /sabahan yang jawab.. dan dengan senang hati aku pun balas sms tu :
KEPALA BAPAK KAU


dia ingat apa.. (aku malam semalam ada kat masjid bandar baru kuliah tasauf) dah selalu sangat dah dpt macam ni.. satu nasihat kepada anda semua di luar sana apa apa pun kita kena pastikan panggilan tu betul atau tidak.. jika terima sms atau panggilan suruh amik butir butir penting kemudian kita suruh dia panggil dalam 10 minit kemudian. kita hubungi syarikat yang berkenaan dan sahkan dengan diorang.. barulah betul macam tuh..

mredz: sesapa yang rasa nak maki atau meluahkan carutan silalah call no di atas..

Jumaat, 5 Mac 2010

ada berani...

gambar hiasan



kisah ni terjadi beberapa hari yang lalu.. diceritakan oleh abang ipar aku.. (polis bantuan STAR)

(stesen mana tak buleh bagitahu)



satu malam ketika sedang melakukan rutin.. di bilik kawalan.. beberapa anggota sedang bertugas.. sambil memerhatikan monitor cctv.. tetiba salah seorang dari mereka terpandang satu skrin monitor cctv dari satu pejabat blok yang lain.

"eh cuba kau tengok tuh.. ada pompuan duduk atas meja kat opis sana la" kata seorang teman..
"ye la , apa dia buat tuh?" kata seorang lagi.. "cuba pegi check tengok" arah teman tadi..


yang seorang ni pun ambil kunci dan terus pergi meninjau ke ke opis yang dimaksudkan.. bila di buka pintu melalui walkie talkie dia pun berkata...


"takder orang pun" kata nya
"wei... ada la atas meja depan kau tu" balas sorang lagi
"pompuan tu tengah duduk atas meja betul betul depan kau, kau tak nampak ker?"
sambungnya..
"mana takder orang pun" kata teman tadi..

teman yang ada ni bila pikir balik mana ada orang duduk kat opis malam malam, dia pun cepat cepat terus blah.. bila diorang tonton balik rakaman tadi memang teman ni ada periksa opis tapi tak nampak pompuan.. sedangkan imej pompuan memang jelas kelihatan pada rakaman tersebut..... so ada berani?


Rabu, 3 Mac 2010

kepelbagaian musim di malaysia


kueh lompat tikam(sekadar hiasan)

kat malaysia banyak musim.. dari aku kecik dulu sampai sekarang musim musim ni dah jadi macam putaran.. cuma sekarang ni musim tak menentu... aku cuba nak menyenaraikan musim musim yang dilalui masa aku kecik sampai sekarang(tak termasuk 4 musim di eropah)

1. musim tengkujuh...

2. musim mengawan a.k.a musim kahwin (time cuti sekolah)

3. musim bersunat(cuti sekolah jugak)

4.musim buah buahan...
yang aku ingat dalam bulan 3 atau 4 musim rambutan dalam bulan 10- 12 musim durian.

5.musim permainan... contoh main galah panjang.. pastu musim main layang layang.. pastu musim main gasing.. pastu main tepuk gambor..sekarang musim orang main face book

tapi sekarang musim MELOMPAT..... hahaha... adun ngan MP(takleh pakai) melompat jer keje
diorang nih.. elok jugak bagi aku.. macam toksin dalam badan la... kena singkirkan kalau tak nanti badan kita sakit.... aku rasa sekali ni jer la jadi adun atau MP... lepas nih jangan harap la nak menang.. apa korang ingat UMNO/bee end nak letak korang jadi wakil diorang ker masa PRU nanti... mestila letak wakil diorang.. masa tu jangan dok sibook nak masuk balik... makan angin keluar asap la korang...

Selasa, 2 Mac 2010

tahukah korang?

tahukah korang.. dari pemerhatian aku... tanda tanda kiamat makin jelas... antaranya:

Banyak terjadi pembunuhan
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tiada akan terjadi kiamat, sehingga banyak terjadi haraj.. Sahabat bertanya apa itu haraj, ya Rasulullah?” Rasulullah saw. Menjawab, “Haraj adalah pembunuhan, pembunuhan.” (HR Muslim)

korang nengok dalam paper tiap tiap hari ada orang kena bunuh...


Bermewah-mewah dalam membangun masjid

Dari Anas ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Diantara tanda kiamat adalah bahwa manusia saling membanggakan dalam keindahan masjid.” (HR Ahmad, An-Nasa’i dan Ibnu Hibban)

korang nengok je la kat malaysia ni.. buat masjid juta billion tapi jemaah... ramai pon time solat jumaat ngan raya jer... takder usaha nak imarahkan masjid..

Dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sebagian di antara tanda dekatnya hari kiamat adalah diangkatnya ilmu, kebodohan merajalela, khamar ditenggak, dan perzinaan bermunculan -di mana-mana-.” (HR. Bukhari dan Muslim, lihat Syarh Muslim [8/267])

ini korang boleh nilai sendiri.... takkan korang tak percaya lagi... benda ni dah disebut 1400 tahun dulu dah... yang boleh jadi penyelamat sekarang ni cuma Al-quran dan sunnah rasul jer... aku agak dalam masa 50 tahun lagi.. maka tanda kiamat besar akan muncul...







bangang




hari ni aku rasa nak maki orang... sape yang nak kena maki ngan aku nih? lihat senarai:

1. presiden OIC/ setiausaha/ bendahari dan segala pemimpin OIC
woi bengap...makan gaji buta.. kerja tak buat.. ada kuasa guna la betul betul... bangang punya presiden.. setiausaha pun sama.. palestin kena ganyang pun setakat kutuk jer... korang lulus resolusi mengutuk pun bukan boleh buat apa... nak aku ajar camner nak buat ker... senang jer hentikan eksport minyak kat negara negara yang menyokong yahudi laknattullah tuh.. What the f**k...

2. negara Islam yang berdiam diri
bodoh... bangang pun ada... sekarang nih dah kira wajib hantar bantuan.. setakat duduk dalam PBB tuh takder maknanya.. apa kata semua negara Islam berhenti jadi wakil dalam PBB... kumpul semua bala tentera pegi perang ngan Israel..

3. pemimpin kat malaysia
woi pekak ker buta? korang tidor ker... tak kira la PAS ker UMNO ker... meh pakat pakat buat solat hajat.... asyik berpolitik jer... tunjukkan yang Islam ni bersatu...

4. orang Islam yang takder terkesan dengan berita Israel laknat ceroboh Al-Aqsa
ini satu hal jugak... satu perkataan jer....BANGANG.....

Isnin, 1 Mac 2010

Solat itu buang masa?

sekadar berkongsi:

Saya baca artikel ini dlm Solusi Feb (Isu #16) , suka kongsikan dengan sahabat. semoga bermanafaat.

SOLAT ITU BUANG MASA?


Malam ini saya di UIA Kuantan, untuk berkongsi ilmu dengan saudara/i kita di sana dalam tajuk: MUKMIN PROFESIONAL. Mudah-mudahan Allah akan permudahkan untuk meuar-uarkan gagasan ini.

Mukmin Profesional yang telahpun dijalankan dalam bentuk program dan modulnya sejak 7 atau 8 tahun yang lalu di pelbagai agensi korporat oleh Fitrah Perkasa Sdn Bhd. adalah satu proses “rebranding” (penjenamaan semula) imej umat Islam yang negatif di mata dunia.

Untuk anda sahabat-sahabat yang setia mengikuti kembara Gentarasa – saya ketengahkan satu tulisan untuk dijadikan bahan fikir dan zikir – solat pada pandangan bukan Islam dan orang Islam sendiri. Marilah membacanya dengan nama Allah…


SOLAT ITU BUANG MASA?

“Mengapa orang Islam banyak buang masa untuk bersembahyang?” Anda terkejut? Sudah tentu. Ini adalah soalan yang jarang kita dengar. Soalan ini ditanyakan pada saya lebih kurang 15 tahun yang lalu ketika berada di Jepun. Ia diajukan oleh pelajar-pelajar Jepun yang melihat pelajar-pelajar Malaysia solat lima waktu sehari semalam.

Sebelum menjawab soalan ini, saya menyoal kembali pelajar-pelajar Malaysia yang hadir dalam majlis usrah itu:
“Mengapa soalan seumpama ini ditanyakan ketika kamu di sini, tidak di Malaysia?”
Seorang pelajar menjawab, “kerana mereka jarang melihat orang solat.”
Yang lain menjawab, “mereka menyembah berhala mereka sekali-skala. Tidak sekerap dan selama kita umat Islam.”

Saya senyum. Pelajar-pelajar itu berminat sungguh untuk mendalami Islam. Mereka mendekati Islam lebih serius berbanding ketika mereka di Malaysia dahulu. Ketika di perantauan, ramai yang kembali gigih menghayati agama sebagai perisai diri daripada kejutan budaya dan godaan persekitaran yang terlalu mencabar.
“Ada sebab lain?” tanya saya sekadar mengundang reaksi. Mereka diam. Mungkin terus berfikir.

“Orang Jepun sangat menghargai masa. Pengurusan masa mereka sangat efisien. Majoritinya tidak membuang masa…” kata saya meluahkan hasil pemerhatian secara rambang. Memang, ketika di dalam kereta api kebanyakan mereka membaca. Buku-buku dan komik banyak tersusun di bahagian atas syiling kereta api.

“Jadi bagi orang Jepun yang tidak membuang masa, 5 ke 10 minit yang kita luangkan untuk mengerjakan satu waktu solat dirasakan telah membuang masa. Sebab itu mereka bertanya, mengapa kita membuang masa. Sebab itu soalan itu timbulnya di kalangan orang Jepun. Kenapa tidak di kalangan orang kita di Malaysia? ”

“Sebab orang kita masih ramai yang membuang masa,” jawab seorang pelajar secara spontan.
Saya senyum, sambil mengangguk kepala. Bagi orang yang banyak membuang masa, apalah ertinya 5 atau 10 minit untuk solat. Bagi mereka yang suka melepak, berbual kosong, berlegar-legar di pusat membeli-belah sampai berjam-jam apalah harga masa yang sebanyak itu. Tidak jadi kudis. Namun tidak bagi orang Jepun, masa beberapa minit untuk aktiviti yang tidak penting (termasuk solat – pada pandangan mereka) sangat membazir masa.

“Apa yang saudara jawab?” tanya saya menduga. Gembira melihat mereka tercabar begitu. Kekadang kecintaan dan kefahaman kita terhadap Islam hanya timbul dengan adanya cabaran dan perlecehan.
“Susah nak jawab sebab Allah perintahkan kita. Mana mereka boleh terima jawapan yang begitu.”
“Perlu dijawab begitu. Sebab Allah, Tuhan kami perintahkan begitu.”

“ Tapi kalau ditanya lagi apa sebabnya Tuhan kamu perintahkan begitu?”
“Jawablah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya daripada hamba itu sendiri,” jawab saya.
“Mungkin mereka terima jawapan dari perspektif kita. Tapi bagaimana kalau kita nak jawab yang logik dan rasional mengikut perspektif mereka?” tanya seorang penuntut tahun akhir kejuruteraan elektrik (seingat saya).
Bagus soalan itu. Saya memang menantikan respons yang lebih kritikal dan berani.

“Tanyakan mereka, apa yang kamu buat untuk memastikan alat-alat teknologi kamu dalam keadaan yang baik? Bukankah kamu sentiasa menyelenggarakannya ? Lebih canggih alat teknologi kamu, maka semakin kerap kamu menyelenggarakannya . Kamu sentiasa buat “maintanance” kapal terbang, kereta api elektrik (“bullet train”) dan kereta kamu…” terang saya.

Pelajar-pelajar yang berjumlah 20 orang itu tidak berganjak. Hawa musim dingin kota Ibaraki itu sekali-sekala mencuri masuk melalui regangan tingkap yang terbuka. Nyaman.
“Kemudian tanyakan mereka siapa yang lebih canggih, alat-alat atau jentera teknologi yang dicipta itukah atau pun manusia yang menciptanya?”
“Tentulah manusia,” jawab mereka hampir serentak.
“Nah, kalau begitu tanyakan mereka, kalau kamu sering malah sentiasa selenggarakan alat-alat teknologi yang canggih, mengapa kamu tidak selenggarakan diri kamu yang lebih canggih?

“Mereka akan tanya, bagaimana nak selenggarakan diri kami?”
“Itu kami tidak pasti. Tetapi bagi kami orang Islam, solat adalah cara kami “maintenance” diri kami. Malang sekali kalau kamu hanya menyelenggarakan alat-alat teknologi kamu tetapi kamu lupa menyelenggarakan diri kamu sendiri.”
“Kalau mereka bertanya apakah yang dimaksudkan dengan menyelenggarakan diri pada seorang manusia?”

“Seorang itu dikatakan menyelenggarakan dirinya jika ia membersihkan hati, menstabilkan emosi dan menenangkan fikirannya. Inilah yang berlaku dalam solat yang sempurna. Seorang itu mengadu, merayu, merintih dan menyerahkan kembali segala kegalauan, keresahan dan keserabutan jiwanya kepada zat yang mampu dan mahu menyelesaikan segala-galanya. Siapa lagi kalau bukan kepada Allah!”

“Orang yang solat tidak akan sakit jiwa. Stres dan tekanan emosinya terkawal,” sampuk seorang pelajar di barisan belakang.
“Sebab itu orang Islam tidak bunuh diri walau bagaimana besar sekali pun masalah yang mereka hadapi,” tambah yang lain.
“Tidak seperti orang Jepun, kadar membunuh diri di kalangan mereka tinggi!”
“Dan ketika itulah mereka mungkin boleh disedarkan betapa solat yang beberapa minit itu bukan sahaja tidak membuang masa bahkan sangat penting sekali dalam kehidupan seorang manusia,” ujar saya sebagai satu kesimpulan.

SOLAT ITU SOAL PERIBADI?

Itu kisah orang Jepun yang bukan Islam. Sekarang mari kita ikuti kisah orang Islam sendiri dengan solat.
“Maaf, solat ini soal peribadi. Siapa yang nak buat sila, dah ada surau pun dalam bangunan ini. Siapa yang tak mahu, tak boleh paksa. Itu hal masing-masing.”
“Ya, solat tidak boleh dipaksa. Tetapi kita sebagai saudara seIslam, wajib mengingatkan. Dan saya ingin mengingatkan saudara, solat bukan soal peribadi,” tekan saya.

Mengapa?”
“Solat itu mencegah seseorang dari kejahatan dan kemungkaran.”

“Itu saya tahu. Solat boleh mencegah kemungkaran. Saya pun selalu juga dengar kuliah-kuliah Subuh. Tapi ini dalam syarikat, kita tak perlu mengulang input-input dalam kuliah Subuh tu. Di sini kita bekerja, kita berniaga…”
“Tuan, masa kita berniaga dan bekerjalah selalunya godaan dan cabaran datang. Banyak kemungkaran dalam berniaga dan bekerja,” tusuk saya perlahan.

“Kemungkaran dalam kerja? Apa tua?”
“Ponteng, curi tulang, rasuah, melawan atasan, menindas bawahan, umpat, adu domba dan sebagainya. Kemungkaran ini bukan soal peribadi. Jika seorang melakukannya, ia memudaratkan yang lain. Lama-kelamaan ia berjangkit menjadi budaya yang negatif dalam syarikat. Ini akan menjejaskan operasi dan perjalanan syarikat secara keseluruhan.”

“Kita sudah ada undang-undang dan disiplin organisasi. Itu sebagai kawalan untuk anggota kita tidak melakukan penyelewengan.”
“Undang-undang mencegah kemungkaran dari luar tetapi solat mencegah kemungkaran dari dalam. Kita perlukan kedua-dua pendekatan. Bahkan dalam apa jua keadaan pencegahan dari dalam itu yang lebih berkesan.”

“Kenapa?” tanyanya sepatah-sepatah. Pengurus bahagian sumber manusia itu masih tidak yakin betapa pentingnya kursus pemantapan solat dilaksanakan dalam organisasi itu. Sejak dari tadi saya terkial-kial untuk meyakinkan orang Islam sendiri tentang kaedah Islam mencegah penyelewengan dan salah laku dalam syarikatnya.
“Sebab solat akan membina rasa takut, cinta dan patuh kepada Allah. Orang yang begini akan meninggalkan kejahatan dengan kerelaan hati sendiri. Ataupun jika mereka tersalah, mereka akan segera bertaubat.”

“Ah, apa pula pihak atasan kata nanti. Kita anjurkan kursus solat pula, sedangkan selama ini kita giat menjalan kursus-kursus yang memberi kemahiran profesional kepada anggota-anggota kita,” katanya berterus-terang.
“Orang atasan tidak mahukah melihat orang-orang bawahan dan seluruh kakitangan syarikat ini jadi baik? Solat sangat penting untuk membentuk manusia jadi baik.”

Dia merenung muka saya lalu berkata,”tetapi kalau baik sahaja tetapi tak tahu bekerja, buat apa?”
“Dan kalau tahu buat kerja sahaja tetapi tidak jujur, buat apa?” balas saya.

Setelah melihat dia diam, saya menambah, “sebenarnya kita perlu kedua-keduanya sekali. Pemantapan solat pun perlu, peningkatan kemahiran profesional pun perlu. Alangkah baiknya jika kedua-duanya dilaksanakan secara bersepadu dalam syarikat ini. Kita tidak ada masalah, bukankah seluruh kakitangan syarikat ini beragama Islam?”
“Kos… kos dan peruntukan latihan akan bertambah,” balasnya.

Kali ini saya pula terdiam.
“Tuan, untuk program latihan kemahiran kita rela berbelanja besar. Mengapa untuk program pemantapan nilai-nilai Islam ini kita terlalu berkira?”
“Itu soal pihak atasan…” kilasnya.

“Tuan, di atas pihak atasan ini ada yang lebih atas lagi. Allah akan bertanya kepada kita, apa yang kita laksanakan untuk mendidik orang bawahan kita. Syarikat hakikatnya sebuah institusi. Kita akan ditanya oleh Allah tentang orang di bawah pimpinan kita. Bukan soal makan-minum dan kebajikan lahiriah mereka sahaja, tetapi juga soal iman dan Islam mereka.”

“Baik tu baik. Tetapi…”
“Tuan, jika syarikat terlalu berkira dalam soal-soal tarbiah begini, saya khuatir penyelewengan, rasuah, curi tulang dan lain-lain sikap negatif yang tuan katakan mula merebak dalam syarikat ini akan bertambah kronik. Pembaziran dan penyelewengan akan memporak-perandakan operasi. Produktiviti dan kualiti akan menurun. Penjualan juga akan merosot. Pembaziran berleluasa. Rasuah pula akan menyebabkan ketirisan wang yang bukan sedikit! Ini menelan kos yang lebih berbanding kos pendidikan,” pujuk saya.

Dia termenung. Sambil menepuk-nepuk tangannya ke meja dia berkata, “insya-Allah, nantilah akan saya fikirkan dulu.”
Saya menarik nafas. Begitulah cabaran dalam berdakwah. Setelah berhujah, kita perlu pasrah menyerah kepada Allah, pohon taufik dan hidayah-Nya. Apa pun benarlah seperti yang selalu diungkapkan, Islam adalah agama yang paling banyak disalah tafsirkan, bukan sahaja oleh orang bukan Islam…. tetapi oleh orang Islam sendiri.

Di Jepun, di Malaysia atau di mana sahaja, Islam sering disalah tafsirkan. Namun jangan pesimis atau kecewa. Itu bermakna peluang dan ruang untuk dakwah sentiasa terbuka!