Khamis, 25 Februari 2010

benda pelik


kat malaysia ni banyak benda pelik.. antaranya:

1. jet tak buleh terbang
ada jet tapi enjin hilang.. pelik kan? kejap kata nak ganti pastu nak guna balik...

2. kapal selam tak buleh nyelam
itu dulu sekarang dah buleh menyelam dah...

3. nama Allah dipertahankan, hak Allah dibuat memain
sepatutnya nama Allah dan hukum Allah didaulatkan sekali..

4. musabaqah tiap tiap tahun tapi isi tak ambil
macam diatas la..bukan main lagi tetiap tahun adakan musabaqah.. kononnya cintakan Al-Quran tapi isi di lupakan..

5. nama negara Islam api undang undang british
nanti kat akhirat bolehlah mintak tolong lord reid jawabkan.. kenapa kamu ada kuasa tak mau tegakkan hukum Allah?

6. surat khabor hari hari ada cerita artis
korang tak pelik ker? pasal artis buleh buat akhbar sisipan.. cuba buat pasal ulamak ker.. pengajian Islam ker? pasal hadis hadis sohih ker?

yang lain korang tambah la....

Rabu, 24 Februari 2010

berita gembira

aku nak bagitau kat korang ada dua berita gembira:

1. bil api nak naik

yea... bil elektrik nak naik.. org kampung kata api... jadinya dengan kenaikan ini dapatlah mengurangkan subsidi kerajaan dan mengkayakan IPP.. so kerajaan bolehlah menggunakan pengurangan itu untuk pembangunan rakyat..? dulu masa kat sekolah aku pun ada belajar geografi mengenai hidroelektrik dan solar.. err... kenapa masih menggunakan arang batu untuk menjana elektrik.. takkan pemimpin kat atas tak boleh pikir yang satu hari nanti harga bahan api macam arang batu dan diesel akan naik.. kenapa tak gunakan tenaga yang ada di sekeliling kita ni..macam solar... aku rasa kalau dah guna banyak banyak mestilah boleh murah alat solar nih.. macam handphone dulu kan mahal sekarang ni dah murah... (aku tak belajar tinggi cuma guna akal jer... tak tau nama saintifik atau sebut harga ker hapa ker.. yang tau harga bahan api naik.. sebab bahan tu makin kurang sedangkan permintaan tinggi)

2. F1 satu malaysia mungkin menang

"bajet permulaan ialah antara RM65 juta hingga RM100 juta, sementara kos keseluruhannya bagi setiap musim dianggarkan RM300 juta."

wow... banyak tu... berapa duit kerajaan habis? ke pakai duit tony fernandes.. kalau pakai duit dia apa dia dapat? aku tanya jer.... dengan perbelanjaan begitu agak agak korang la.. berapa ramai pelajar boleh hantar ke luar negara untuk belajar ... takkpun boleh buat rumah kat orang fakir miskin... sekali lagi aku tanya jer....

Selasa, 23 Februari 2010

gambor anak nye ustaz asri rabbani

selesai jer ceramah ustaz kazim... ada sedikit persembahan nasyeed dari al barakah(ustaz kazim punyer).. baru di tubuhkan seminggu.. kena banyak latihan lagi nih...





yang badan gempal tgh main gendang (dari kiri ) tuh anak ustaz Asri Rabbani




masalah sistem audio hehehehe

mengatasi masalah sosial

di sini aku ingin mencadangkan beberapa perkara untuk memantapkan iman masyarakat di malaysia ni.. oleh sebab banyaknyer terjadi perkara perkara maksiat yang berlaku sekarang nih.. sekadar berkongsi pandangan..

1. hentikan program muzik yang melampau
first sekali hentikan semua program nyanyi nyanyi kat tv.. tak kira la apa apa pun.. AF ker.. 1 in miliion ker.. lg star ker.. tak terkecuali idola kecil (kesian kecik kecik lagi nak suruh jadi penyanyi) bukan apa cuba korang nengok.. tiap kali ada ujibakat beribu ribuan orang datang nak ujibakat.. dah tu menunggu bukan kejap.. solat ntah kemana.. cukup cukuplah penyanyi yang ada..

2. larangan adegan haram dalam drama/filem
semua penerbit drama kalu nak buat drama jangan ada adegan tunjuk aurat.. mesti tutp aurat.. adegan peluk peluk pun tak boleh.. kalau tak peluk peluk takkan tak boleh buat filem/drama kot... bukan apa katakanlah bini/laki atau anak dara korang jadi pelakon pastu buat adegan adegan peluk peluk.. apa korang rasa? (aku selalu terpikir laki dia tak marah ker bini dia kena peluk peluk dalam drama nih?)

3. lepas berita buat pengajian kitab
apa kata lepasa berita buat segmen pengajian kitab.. ala macam segmen tanyalah ustaz .. buat live la... pasal CT ngan datok K kawin boleh live takkan la tak boleh buat live dari surau surau atau masjid.. kalau live dari studio tu bukaklah soklan lepas ngajor.. contoh malam isnin bab tajwid, selasa bahrul mazi rabu pengajian hadis.

4. tutup semua kelab malam
oleh kerana kita ni masyarakat majmuk apa kata buat satu tempat untuk orang kafir berhibur.. macam wujudkan satu daerah untuk diorang jer.. nak tonggang ker.. nak joget ker nak hapa ker lantok deme ler... kalu nak masuk kena lalu pengawal dulu macam kat border siam.. kena tunjuk IC.. (orang Islam boleh berhibur tapi ada batas)

5. ikut al quran dan sunnah nabi
ini la paling berkesan.. sebab semua ada dalam al-quran.. undang undang, hukum hakam, ekonomi, cara cara berdakwah.. apa guna ulamak ulamak atau mufti.. tak paham boleh tanya diorang.. ini tetiap tahun ada musabaqah tapi isinya tak mau ambik.. konon membudayakan al-quran.. (sedikit pelik Islam adalah agama rasmi tapi undang undang kena penjajah kafir) jangan jawab pasal ini ngara bebilang agama sebab masa Rasullullah dulu ada jugak orang kafir kat madinah)

Isnin, 22 Februari 2010

kenali nabi anda

di sini aku updatekab biodata Nabi Muhammad untuk tatapan korang.. ini tidak biodata artis jugak yang asyik nak ingat...

BIODATA ASAS RASULULLAH SAW
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
Khadijah Binti Khuwailid.
Saudah Binti Zam’ah.
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
Zainab Binti Jahsy.
Maimunah Binti Harith.
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummi Kalthum
Fatimah Al-Zahra ‘
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.
Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN
Thuwaibah Hamzah
Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
Halimah Al-Saidiyyah
Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
Al-Harith
Muqawwam
Zubair
Hamzah ***
Al-Abbas ***
Abu Talib
Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
Abdul Ka ‘ bah
Hijl
Dhirar
Umaimah
Al-Bidha (Ummu Hakim)
Atiqah ##
Arwa ##
Umaimah
Barrah
Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Mari kita hayati Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) ini :“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
NABI MUHAMMAD S.A.W. secara lahiriahnya, begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

aku copypaste dari laman pakarhowto.com

Jumaat, 19 Februari 2010

hebahan


misi malam ini... kita ke sana.. sana.. sana..... Insyaallah...





MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Penceramah: Ustaz Mohd Kazim
Tempat : Masjid Al-Ridhuan Hulu Kelang
Masa : lepas maghrib
Aturcara :
1. Bacaan Al-Quran oleh adik Hj Muhammad Zahid (Johan Musabaqah Tahfiz 2009)
2. Bacaan Qasidah oleh pelajar Tahfiz taman Permata



Rabu, 17 Februari 2010

aset pertahanan terbaru negara?


sumber foto: majalah mangga

oleh: mr edz

kerajaan sedia menimbangkan untuk membeli beberapa buah robot gundam sebagai aset pertahanan negara terbaharu. cadangan itu dilihat bersesuaian dengan cabaran pada masa kini.
"kita akan melihat dan meneliti beberapa perkara sebelum membuat keputusan" demikian menurut seorang menteri yang enggan namanya di siarkan. menurutnya lagi beberapa aspek perlu di perhalusi terutamanya dari segi kos dan selenggara robot robot ini.

"kita akan menghantar beberapa orang wakil untuk meninjau kilang kilang membuat robot ini sambil mendapatkan sebut harga yang sesuai" tambahnya lagi. sebab utama kerajaan ingin membeli robot robot ini kerana sudah tidak tahan dengan kejadian enjin hilang dan kapal selam tak boleh selam. yang akan datang mungkin meriam hiasan depan kem pun boleh hilang katanya lagi sambil melayari facebook dengan menggunakan hp blackberi.

jika menjadi kenyataan negara dijangka digeruni oleh pihak serantau kerana kebolehan robot ini yang boleh terbang dan menyelam. Di anggarkan setiap robot lengkap dengan kelengkapan berharga sekitar RM 2.5 juta seunit.


Selasa, 16 Februari 2010

info madu


[1] Tuang disudu lalu dipanaskan bawahnya pakai lilin, jika madu itu mendidih dan meluap lalu jatuh/netes berarti tuh madu campuran/palsu.[2] Sekedar menambahkan, pakai lidi mancis juga boleh.Mancis dibasahi dengan madu,terus dinyalakan.Kalau apinya nyala berarti madunya asli


Cara pertama, meneteskan madu pada selembar kertas. Madu palsu akan mudah terserap kertas karena kandungan airnya tinggi.

Cara kedua, dengan mengocoknya. Madu asli akan membentuk gas atau uap air jika dikocok.
Cara ketiga, mencampurnya dengan telur ayam/itik. Madu asli yang diaduk bersama telur akan membentuk gumpalan dan rasa telur berubah menjadi seperti sudah digoreng.

Cara keempat, dituang ke wadah berisi air. Madu asli akan langsung jatuh ke dasar wadah, sedangkan madu palsu cenderung akan menyebar.
sekadar berkongsi

gambar tak keluar

maaf.. aku dah coba tapi gambor tak mau keluar... nanti aku betulkan dulu..

Jumaat, 12 Februari 2010

serangan phirana? (18SG).. baru edit

ini dia gambar aku dapat.. macam betul jer... sesapa yang geli geleman tu di saran jangan tengok

(aku dah betulkan dah) sebelum ni gambor tak keluar...















apa?






malas nak komen... meluat...

Selasa, 9 Februari 2010

kabel kena kuat bro..


dipetik dari harakah

"Dalam wawancaranya dengan Harakahdaily sebelum ini, Lim memberitahu, kalau sebelum ini para kroni Umno menggunakan kabel politik untuk mendapatkan kontrak, kini semua pihak yang perlukan kontrak kerajaan perlukan kabel komputer sahaja."

hahahhahahahaha... kalau takder kaber pun takpa.. lepak la kat kedai ada wi-fi....


Ahad, 7 Februari 2010

cara cara menumpaskan hantu


Lembaga Eksekutif Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
(takder kena mengena dengan catatan di bawah)


di sini aku turunkan beberapa petua jika korang di sakat oleh hantu...
(aku tak bertanggungjawab sekiranya tidak berhasil)

1. hantu pocong
oleh kerana hantu ni terikat dengan kain kafan.. senanglah bagi korang nak tumpaskan hantu jenis ni.. korang bayangkan ini adalah punch bag.. maka korang bolehlah berlatih menumbuk, menyepak atau lebih tepat lagi sebagai latihan asas untuk sukan boxing, tomoi atau sewaktu denganya.

2. pontianak/ langsuir
ini susah sikit.. sebab muka dia memang huduh dan boleh terbang selain itu dia ni boleh merasuk.. erm ini kena ada doa doa sikitlah.. (pendinding diri) jika anda terserempak dengannya.. tenangkan diri dan yang penting jangan panik..lebih elok kalau ada kamera DSLR.. bila diorang ganggu korang bolehlah terus tangkap gambar dia.. mesti dia malu punya.

3. toyol
ini tak kacau cuma curi duit korang jer... jadi duit janagn simpan banyak kat rumah korang simpan kat tabung haji.. takkan takder niat nak gi haji kot...

4. hantu raya
jenis ni suka menyamar macam tuan dia.. jadi susah nak perasan mana satu hantu mana satu tuan dia.. jadi kalau korang berani nak tibai kena hati hati sikit takut terpukul tuan dia.. (korang kena ada pengalaman bergaduh)

5. hantu galah
satu kejadian yang diceritakan oleh mak sedara aku.. seorang penternak kambing kat tempat hairan setiap minggu mesti ada seekora kambing mati kekeringan darah.. jadi satu malam dia siasat maka dia ternampaklah satu lembaga yang amat besar.. (lebih besar dari lembaga hasil dalam negeri) kira dia nampak kaki je la.. berbulu dan amat tinggi.. bila lembaga tu hilang kambing dia sekor mati kering darah.. jadi aku rasa korang kena berharap supaya korang boleh jadi ultraman.. kalau berani korang cukur jer bulu kaki dia.. mesti dia tak datang dah sebab malu..

6. kacang hantu
yang ini lain sikit.. kepada gegadis yang selalu di usik oleh kacang hantu waktu balik kerja.. sila buat laporan kat ketua kampung.. atau senang cerita korang mintak satu kumpulan tabligh ronda ronda kat kawasan diorang selalu lepak... insyaallah mesti takder gangguan.

Jumaat, 5 Februari 2010

kerja kosong...

TARIKH TUTUP : 11 FEBRUARI 2010

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan

berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk membuat
permohonan jawatan seperti berikut. Keutamaan diberi kepada rakyat Selangor Darul Ehsan.

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N27
2. PEMBANTU TADBIR (P/O) – GRED N17

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN KOSONG

DOWNLOAD CARA MEMOHON

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

Borang permohonan hendaklah dihantar kepada alamat:

DATUK BANDAR,
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA,
JALAN YONG SHOOK LIN,
46675 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(u.p.: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

http://www.mbpj. gov.my


Kami Agency koperasi yang terlibat dalam bidang pemasaran produk pinjaman
peribadi koperasi memerlukan:

Kerani Pemasaran Wanita diperlukan Segera
-Umur 20 - 30 tahun.
-Minima SPM
-Gaji pokok + komisen
-Berkerja didalam pejabat
-Boleh bekerja tanpa pengawasan
-Jujur & bertanggungjawab
-Berkemahiran menggunakan komputer.
-Keutamaan yang tinggal di Gombak & sekitarnya.
-Boleh berkerja dengan segera

Sila hubungi kami untuk urusan temuduga:

EN HASRUL @ 012-674 8241 /03-4023 3830
Emel : mohdhasrul_am@ yahoo.com
PLATINUM SOLUTION AGENCY.
No. 12-5-1, Diamond Square ,
Jalan 3/50,Off Jalan Gombak ,
53000 Kuala Lumpur .




di kedah pulak


Warganegara Malaysia (rakyat Negeri Kedah sahaja) yang berkelayakan
dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah
dipelawa memohon jawatan berikut :-

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) (Gred N17)
2. Juruteknik (Gred J17)
3. Pembantu Akauntan (Gred W17)

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN KOSONG

BORANG PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan jawatan,
berharga RM5.00 yang boleh didapati di:


Kaunter Bayaran
Pihak Berkuasa Tempatan
Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim
01-02 KHTP Administrative Centre
Kulim Hi-Tech Park
09000 Kulim
Kedah Darul Aman.


TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2010


sajer jer aku letak mana tahu kot kot ada yang nak keje... tolong letakkan jer.. ikhlas(aku dapat dari email)

Khamis, 4 Februari 2010

nasi lemak punya pasal

pagi tadi.... mak mertua aku masak nasi lemak dalam pukul 5.00 pagi.. sebab ditempah lauk dah siap.. tinggal lagi masak nasinya..

masak nasi periuk besar.... tak sampai beberapa minit nasinya dah jadi hangit.. bukan hangit tapi jadi macam kekuningan .. (macam hangit)

masak lagi sekali.. jadi lagi....

hairan bin ajaib... oleh kerana memang takkan sempat punya nak masak lagi.. belilah nasi lemak kat gerai tepi jalan.. beli nasi je la....

menurut bini aku dulu pun jadi macam tu jugak masa mak mertua aku berniaga.. masak nasi memang tak jadi nasi jadi lain... bagi aku tak nak berburuk sangka .. (khianat) mungkin dapur tu dah nak rosak kot.. kalau benar ini memang kerja jin dan sihir... tapi pelik pasal nasi lemak pon nak bersihir sihir.. kalau terer sangat nak menyihir sihir la PM israel tuh..

takper nanti aku siasat... (harap harap bukan sihir)

Selasa, 2 Februari 2010

hebahan


PERHIMPUNAN PERDANA PALESTIN :

1. TARIKH: SABTU, 6 FEBRUARI 2010 2.

WAKTU: 2.30 - 5.30 PETANG3.

TEMPAT: AUDITIROUM MASJID WILAYAH, JALAN DUTA, KL.

4. ANJURAN BERSAMA HALUAN, DEWAN PEMUDA MASJID, VIVA PALESTINA, PACE, MAWADDAH, KISPA, MERCY, JIM, DAN NGO-NGO LAIN


DATANGLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMBELA PALESTIN SAMBIL BERMUSAFIR BERSAMA-SAMA KELUARGA DAN KENALAN. BAWA ANAK-ANAK ANDA AGAR MEREKA NAMPAK PERJUANGAN UMAT HARINI.

MEREKA DI PALESTIN ADALAH PEJUANG-PEJUANG DI BARISAN HADAPAN YANG MEMPERTAHAN MASJID DAN TANAH WAQAF UMAT ISLAM. JANGAN BIARKAN MEREKA SENDIRIAN, AYUH MARI SAMA HULURKAN BAHAGIAN KITA DALAM PERTAHANKAN TANAH AIR SEKELIAN MUSLIM. ALLAH TELAH JANJIKAN KEMENANGAN UNTUK MEREKA...


Sebarkan

Pertanyaan

SyHaleem 013 2044818