Khamis, 29 Oktober 2009

bercuti di tiara beach resort


pemandangan dari bilik


pemandangan dari bilik jugak


yang ni paling seronok
maaf.. lama tak update.. takder idea la...itu hari aku bercuit kat TBR.. ok la.. takder la mahal sangat.. tapi sunyi la sebab bukan nya cuti sekolah kan.. bukan apa.. anak aku suka sangat main air.(bapak nyer suka jugak hehehe).. satu bilik studio aku sewa cuma rm 140 jer.. cuit sekolah rm 180.. (melalui kawan kepada kawan aku)..
ingat aku nak mandi panta kat PD tapi mengenangkan air dia kotor sangat la.. tak best.. best lagi masa kat cherating .. beza la..


Rabu, 21 Oktober 2009

cerita sikit jer

gambar hiasan

Warga SK Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan.

boleh klik sini


bagi aku ini sesuatu yang biasa saja.. ini semua kuasa Allah.. dah heboh sejadah berdiri kat sana sini.. sejadah solat la.. sejadah tengah minum air la.. memacam lagi la.. kenapa orang melayu ni suka sangat perkara pelik macam ni.. kan aku dah cakap tadi ni semua kuasa Allah.. malah kalau korang nengok air terjun tu dah tak terjun tapi mengalir naik atas (terbalik) jangan la terkejut.. kuasa Allah.. air tu terjun pun dengan keizinan Allah.. kalau Allah tak izin maka air tu takkan terjun..

contoh lain macam api.. api secara logiknya panas.. cuba kita fikir jika Allah suruh api tu jangan panas, sejuk macam ais batu maka api tu takkan panas..(macam sirah nabi Ibrahim).. apa yang peliknya.. takder benda pelik pun.. pelik ni terjadi bilamana sesuatu benda tu terjadi tidak mengikut hukum logik manusia a.k.a hukum graviti, hukum newton atao teori fizik termasuk la kiraan untuk geseran..(apa ni?)

yang pelik sepatutnya kita ni( termasuk la aku) sedang kan api tu pada asalnya panas boleh patuh suruhan Allah supaya jadi sejuk, kenapa kita suka langgar suruhan Allah.. contoh mudah solat.. kenapa kita malas.. kenapa kita suka pada maksiat.. aku sendiri pun tengah mencari ni.. mungkin ader faktor luaran rasanya.. jangan lah kita salahkan pada iblis kerana memang itu pun kerja diorang..

aku rasa (bagi aku la) salah diri sendiri la.. pa lagi kalau bukan diri sendiri.. kan? jadi berubah la.. jangan la dok sibuk sangat cerita cerita macam ni.. boleh terpesong akidah tau.. dok percaya yang bukan bukan..


* aku cadangkan supaya kerajaan buat program mari bersolat.. dengan tajuk jom solat..

Isnin, 19 Oktober 2009

malaysia hebat

tadi masa tengah makan aku ter baca paper.. wah makin hebat malaysia ni.. makin jatuh akhlak masyarakat malaysia ni.. kalau melayu aku takder la kisah sangat.. tapi ini muslim.. (sebab kat malaysia ni kalau melayu tu mesti islam) berita kat sini

kenapa jadi benda macam ni? aku rasa benda ni dah lama dah berlaku.. baru paper siar hari ni.. dan aku rasa banyak tempat yang lagi hebat pun ada..(maaf aku tak pernah pegi clubbing) lepas tu melalak la dalam paper dengan tv pasal keruntuhan moral remaja di malaysia.. kalau tanya aku sennang jer.. kelab malam boleh tapi untuk yang bukan islam sahaja.. dan ada syarat syarat yang ketat.. sediakan satu kawasan untuk orang bukan islam untuk berhibur.. yang islam tak boleh masuk.. tak kira apa pun alasan.. tapi ada pulak yang cakap abis tu macam mana yang islam nak berhibur? berhibur boleh.. tapi kena la selaras dengan kehendak syarak.. (ini kerja para ilmuwan islam dan mufti la untuk cari penyelesaian)
aku sedikit pelik apabila dikatakan malaysia ni maju.. yer.. maju memang maju tapi pemikiran tak maju.. mahukah kita maju tapi akhlak remaja dan masyaraktnya di tahap kronik.. kita berbangga dengan prasana yang hebat.. bangunan tinggi dan macam macam lagi la.. tapi akhlak entah ke mana..

fikirkanlah...

Rabu, 14 Oktober 2009

teruja


assalamualaikum..


aku nak cerita la sikit.. kat tempat aku ni ade la bebudak praktikal buat latihan kat sini.. semalam sembang punya sembang dengan dua budak ni (pompuan).. aku sembang la dengan sorang ni.. sesajer jer.. cerita la pasal pengalaman dia masuk marasah kat terengganu..(asal terengganu jugak).. pastu ntah camna aku sebut la ulamak besar kat sana dulu.. korang tahu tak(ni nak bagi tau la ni) yang dia ni keturunan ulamak tu.. ayah dia anak kepada cucu ulamak ni.. tahu sapa? TOK KU PALOH..

pergh.. terkejut aku.. aku nak amik gambar dia letak kat blog ni tapi dia taknak.. hehehe.. lagipun karang tak pasal pasal kena lempang dengan laki dia.. bukan apa aku tulis ni pun sekadar nak berkongsi dengan korang la.. bukan calang calang ilmu agama yang ada pada tok ku paloh ni..

kat sini aku terangkan sedikit pasal beliau:

Nama penuh Tok Ku Paloh ialah Engku Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Zainal Abidin al-Aidrus. Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus juga mempunyai beberapa nama gelaran, yang paling popular ialah Tok Ku Paloh. Gelaran lain ialah Engku Sayyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik dan Syaikh al-Islam Terengganu. Tok Ku Paloh juga pernah menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan sekali gus merupakan penasihat sultan pada zaman Sultan Zainal Abidin III


cerita lanjut boleh klik disini

Isnin, 12 Oktober 2009

apa punya turr

yea... menang... ini bukti penerimaan rakyat terhadap BN.. yea... korang apa kisah.. biarlah menang.. biarlah penuh BN dengan orang macam pakcik isa tu.. hahaha.. nanti kat padang masyar orang yang mengundi nanti akan di tanya .. kenapa memilih pemimpin yang.. sila jawab dengan betul yer.. dan satu lagi.. nanti pakcik isa akan melobi untuk jawatan yang lebih tinggi pulak.. mau kalah en muhyiddin nanti..
pelik jugak aku sebenarnya ni.. dah tau dia tu tak amanah korang pilih jugak.. entahlah.. apa apa pun dah ditentukan oleh Allah.. ada hikmah sebenarnya ni.. doakanlah yang batil akan terkubur kebenaran jua akan terserlah.. moga moga Allah memberi hidayah dan rahmat kepada kita semua.. amin.

mulai hari ni sampai tahun depan aku agak tv3 suku punya berita akan menyebabkan penyakit loya dan sakit kepala pada aku..

Jumaat, 9 Oktober 2009

hilang

aku baru balik dari JPN seri rampai.. buat IC baru.. melayang rm 110.. huhuhu.. semalam baru sedor IC aku hilang.. yang pelik nya IC aku jer yang hilang.. kad lain yang aku selit sama dengan IC aku tak hilang.. rasa aku aku takder la bagi sesapa pun IC aku.. photostat IC pun aku takder buat.. takpelah.. dah takdir.. tapi aku cuma nak bagitau satu satunya jabatan kerajaan yang paling cepat buat kerja.. kat JPN seri rampai ni la.. tak sampai 15 minit aku rasa.. bagus la.. kalau semua jabatan kerajaan buat kerja macam diorang aku rasa takder la masalah...

Khamis, 8 Oktober 2009

sedikit luahan

kalau orang tanya aku adakah aku cintakan negara.. aku akan cakap ya aku memang cintakan negara.. jika orang tanya aku adakah aku menyokong kerajaan.. ya aku sokong kerajaan selagi tindakan kerajaan membawa faedah dan tidak melanggar hukum syarak.. tapi aku tidak sokong umno.. itu saja.. dan jika ada yang pertikaikan kan dah banyak kerajaan menolong rakyat dengan pelbagai pertolongan.. terima kasih aku ucapkan.. memang tanggungjawab sebuah kerajaan menyediakan apa yang terbaik kepada rakyatnya..

bagi aku UMNO bukan kerajaan.. Umno adalah satu parti politik sama jugak dengan PAS.. jika mana mana parti yang menguasai kerajaan menjadi tanggungjawab untuknya berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira ideologi politik.. tapi yang aku pelik pemimpin UMNO ni suka sangat mengungkit jasa baik kerajaan kepada rakyat.. dah jadi tanggungjawab.. kena la laksanakan.. ingatlah nanti di akhirat nanti semua pemimpin akan dipersoalkan tentang amanah yang dipikulnya.. bukan diorang jer aku pun kena.. amanah sebagai suami.. jika baik baiklah jawabnya jika tak tahulah sendiri..

kepada pengundi pengundi (tak kira la PRK ker PRU) ingatlah kita nak memilih pemimpin ni kena lah yang amanah.. yang boleh memimpin dengan adil.. cuba la anda semua cari apa yang perlu ada pada seorang pemimpin.. tepuk dada tanya iman.

Selasa, 6 Oktober 2009

kenali ustaz anda

Ustaz Kazim Elias Al Hafiz,Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah,Manjoi,Perak.

sajer jer aku letak.. supaya kita kenal dengan alim ulamak.. ini asyik nengok gambor artis jer

Isnin, 5 Oktober 2009

tak salah dari segi undang undang rupanya..

"Ini bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini cuma kesalahan teknikal parti. Beliau sudah menerima hukuman," katanya dalam reaksi terhadap soalan dari salah seorang pelajar Malaysia yang bertanyakan mengenai pemilihan Isa sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang. dipeti dari bernama.. berita lanjut disini

yea.. sesape yang melakukan rasuah boleh tukar ke politik wang.. hahahahaha.. kesian kat aku dengan rakyat negara ni dapat PM bengap.. okla bagi yang tak paham macam ni lah kira aku cerita senang la..
satu orang nak jadi pemimpin suruh kita pilih dia dalam pemilihan.. katakan nak jadi ketua kampung.. jadinya dia bagi kat kita rm 50 suruh pilih dia.. so inilah yang dikatakan politik wang ... (macam sama jer dengan rasuah) bukan macam tapi memang rasuah bangang...

mengikut wikipedia pulak:

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

  • Meminta/Menerima Rasuah
  • Menawar/Memberi Rasuah
  • Membuat Tuntutan Palsu
  • Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah di kalangan penguatkuasa adalah perkara biasa di kebanyakan negara pengeluar petroleum dan negara miskin terutamanya di Amerika Latin.

Politik wang ialah istilah rasuah bagi perlakuan mengunakan wang ringgit dalam pertandingan atau dalam mempengaruhi seseorang ahli atau perwakilan bagi meraih sokongan terhadap seseorang calon yang bertanding merebut jawatan yang dipertandingkan.

Secara mudah adalah wang tunai diberikan kepada pengundi bagi mendorong mereka mengundi calon berkenaan. Selain wang, pemberian berbentuk hadiah, barangan seperti kain pelikat / kain batik, dan pemberian tender atau kontrak tertentu jika bertujuan mempengaruhi pengundi, juga digolongkan sebagai politik wang.

seram lagi

assalamualaikum..
ini ada satu kisah..(dah macam blog seram pulak) terjadi kat member sekerja aku.. baru lagi malam jumaat hari tu.. malam tu aku kena standby datang kat opis kerana ada la sikit breakdown.. so lepas habis kerja aku balik la dalam pukul 11 malam.. aku ingatkan diorang pun balik (dua orang) rupanya diaorang pegi amik kad (berkaitan dengan telekomunikasi) di hulu langat..
pagi tu diorang cerita la.. malam tadi masa diorang pegi sana, diorang nampak la satu kedai minum.. masa tu dalam pukul 2 pagi.. kedai minum tu penuh orang sambil nengok tv.. yang sorang ni ajak la member ni minum kat situ, tapi member yang satu lagi ni kata tak payah la.. kedai ni lain macam jer.. takpelah diorang gi amik kad pastu patah balik lalu kedai tadi.. (tak sampai 5 minit) bila lalu balik nengok kedai tu dah tutup.. siap dengan kerusi naik atas meja lagi macam tak buka kedai malam tu.. jeng jeng...

Khamis, 1 Oktober 2009

gangguan 3


salam.. hehehe..
malam tadi aku diganggu.. heheheeeeee..
malam tadi bini aku kerja syif malam.. so aku ngan anak aku je la yang tinggal..(nak masuk 3 tahun) dalam pukul 12 lebih sikit la.. aku baru nak tidur.. hampir terlelap la.. antara sedar tak sedar.. anak aku dah tidur awal lagi dah.. tetiba jer tombol pintu bilik aku kena pulas pulas.. terkejut aku.. terus tersedar.. eh sape pulak nak menyakat ni.. ni mesti jin ni.. takder keje cari pasal lak ngan aku.. aku bangun bukak pintu then bukak lampu semua aku cari sape yang dok memain pintu tadi.. eh beraninya aku.. bukan apa aku bengang ler dah la susah nak tidur dok nak menyakat aku pulak.. kalau aku jumpa (atau dia jelma depan aku) memang aku nak tumbuk.. (inspirasi dari brother mountddewwler)

aku kira apa.. walaupun aku tau jin ni jenis halus camna nak tumbuk kan.. aku dah tak kira dah.. dalam hati aku ni cuma ingat satu jer hanya Allah yang berkuasa.. dia kacau aku pun atas izin Dia.. pastu aku terus tak buleh nak tidur sampai pukul 2.. aku tunggu jugak kot kot ader yang nak mengacau lagi.. kacau aku takper sangat tapi kalau kacau anak aku siap la.. bila dah dapat tidur plak dia duk tindih aku.. sudah kacau lagi.. nak tumbuk pun tak buleh sebab kejang tapi yang aku nampak jin ni bentuk pocong.. celaka.. takper takper nanti kau siap la..

aku dapat gerak bila anak aku nangis nak susu.. jam pukul 3.30 pagi.. malas nak kasi tau kat bini nanti dia takut.. aku tak tau la ni perasaan aku atau tak tapi bila aku test goncang tombol bilik aku sama bunyi yang macam malam tadi..