Rabu, 30 September 2009

amanah


korang pelik tak.. seseorang yang dipertikaikan kredibiliti atu soal moral yang boleh dipersoal di angkat menjadi pemimpin.. bagi aku ia sesuatu yang pelik.. contoh la kita tau pak isa(contoh jer tau) tak amanah, kita bagi dia simpan duit kita..

"bang isa(bukan nama sebenar) tolong pegang duit saya 20 ribu ni sekejap yer, lepas sebulan saya amik balik yer.." walaupun kita tau yang dia dulu dah kebas duit cik limah(bukan nama sebenar) 5 ribu bulan lepas masa cik limah mintak tolong pegang duit dia sebab nak pegi rumah menantu dia kat uganda.. itu contoh la.. macam nak pilih menantu la jugak.. dah tau yang nak meminang tu penagih dadah buat apa kita terima yer tak.. sama la jugak kat bagan pinang ni.. atau dah takder orang lain yang lebih bersih dari calon nih.. atau memang confirm memang punya sebab ada undi pos? hahaha anda sendiri yang boleh menentukannya.. (kalau menang jugak aku tak tau la) dah tak waras kot yang tukang pilih..


Rabu, 23 September 2009

peristiwa dua hari sebelum raya

assalamualaikum...
selamat hari raya.. mintak maaf la kalau ader tulisan aku yang menganggu emosi dan mental anda.. aku baru balik dari kampung bini aku.. tg karang.. (rasa macam nak gi mancing udang jer)
di sini aku nak bagitahu sesuatu yang agak mengejutkan.. dua hari sebelum raya.. petang tu aku dengan bini aku dalam perjalanan nak pegi bazar ramadan kat bandar baru ampang.. time tu kan hujan renyai renyai.. bila tiba kat simpang depan spectrum tu sambil menunggu lampu hijau.. terpandang la aku kepada sebuah kereta iswara aeroback(aerodinamik kot?) warna kelabu taik anjing.. no plat dia WHL (lupa la)

korang tahu(mana nak tau au belum habis cerita lagi) atas bonet belakang dia ni ata satu bungkusan plastik sampah.. aku pun cakap la kat bini aku dia ni mesti lupa tu nak buang sampah tu.. bini aku cakap belum tentu tu.. mesri dia nak buang sampah kat mana mana tu.. bila dia gerak jer.. tetiba dia bagi signal berenti tpi.. dia keluar kereta pastu dengan selambanya dia letak sampah tu tepi jalan.. pastu terus blah camtu jer.. aik boleh macam tu pulak.. punya malas nak buang sampah.. terkejut aku.. macam ni punya orang pun ada.. bagi aku kesimpulan nya seperti di bawah

1. memang dia dah biasa buat macam ni. malas nak buang sampah ikut saluran yang betul.. senang buang tepi jalan nanti ada orang tolong kutipkan.. nak buang sampah kat tempatnya banyak sangat karenah birokrasi kot.. lagipun tong sampah dia depan rumah dia kena curi(agaknya)

2. dia memang terlupa nak buang sampah.. pastu dia panik dan malu malu semalunya.. tak tau nak buat apa terus dia buang macam tu jer..

3.ader arahan dari seseorang yang menyuruhnya letak plastik hitam tu kat situ.. kes terdesak ni.. atau kena ugut ker (agak aku la) mungkin dalam plastik tu duit ker mesin kuda ker kan.. mana nak tau.. (pengaruh drama gerak lembab)

Jumaat, 18 September 2009

gadoh!

kuih raya(takder kena mengena dengan entri di bawah



sekarang ni ni ada 3 jenis gadoh...


1. gadoh sama sama(versi dvdr)
yang ni jenis gadoh dalam geng yang sama.. sorang ketua seorang penolong ketua.. pasal apa? pasal yang ketua ni tak puas hati sebab penolong dia yang baru ni(baru menang) sorang pelakon.. (hehehe) popular lak tu.. pastu apa lagi kena tendang la penolong dia ni.. jadi yang kena tendang ni pun apa lagi eksploitasi la kelemahan ketua dia.. skandal macam macam.. guna duit banyak sangat..sampai bebilion bilion.. siap naik jet tu... bila la nak habis.. (guna duit juta bilion macam takder apa pun..)

2.gadoh sama sama (versi blue ray)
aha.. spesel sikit sebab dua dua darah kuning.. siap main pistol lagik.. bukan pistol letak buah terung kecik macam aku main kecik kecik dulu( pistol pakai papan..kerat ikut bentuk pistol, ikat ngan getah..) mau perang dingin nih.. yang kat selatan kalau nak pegi kl. kena lalu ikut lain ok.. jangan nak lalu masuk ikut PLUS.. sila ikut negeri lain.. yang tengah sikit kalau nak gi temasek hahah terus naik jet jer..jangan ngada nak lalu situ..

3.gadoh si sama sama(versi kaset)
malas aku nak cakap apa.. dua dua dah nyanyuk.. satu kalau cakap boleh pening (kelakar) di buatnyer.. aku ingat dia ni spm bm tak credit nih.. macam mana boleh jadi menteri.. yang sorang lagi pulak tengah tengok kemusnahan yang dia cipta sendiri.. dua dua dah tua buat apa la nak gadoh.. tapi kan dua dua ni banyak duit oo.. tapi pelik la anak jadi board director syarikat arak macam yakder apa apa jer..

ada dua lagi citer gadoh.. yang satu tu tak habis habis lagi sampai sekarang.. tengah berebut kawasan penyu telor pastu yang akan datang ni pulak calon yang nak bertanding bukan geng diorang... (yang ni versi cdrom)




selamat menyambut hari raya

assalamualaikum..
aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua orang .. mintak maaf kalau apa yang aku tulis dalam blog ni menyinggung perasaan dan sanubari anda semua.. semoga di maafkan lah yer.. tapi kan aku sedih la.. bulan ramadhan nak tinggalkan kita maka jin bertaraf syaitan dengan iblis akan kembali mengoda kita.. ya allah aku berlindung kepadamu dari syaitan yang di rejam.. amin.

*mungkin tidak diupdate hingga raya ke-3.. selain nak freshkan otak.. untuk cari idea nak menulis.. ingat senang ke nak menulis ni..

Rabu, 16 September 2009

kuih raya..

dah tak lama la nak raya.. sedih jugak sebab bulan ramadhan akan berlalu.. agak agak dapat ker aku berpuasa lagi tahun depan.. itupun kalau hidup la..kalau mati tak dapat la berpuasa lagi.. apa apa pun aku nak tulis sikit pasal kuih raya yang biasanya kalau aku gi beraya aku akan makan kuih yang tersenarai ni.. bukan apa kuih kuih moden ni aku kureng sikit.. selain dari ketupat dan lemang yang memang menjadi feveret aku.. kuih kuih ni la yang selalu jadi mangsa..


kuih bahulu.
biasa la tu.. memang aku suka.. biasany sekarang ni orang pakai oven kan.. tapi aku dulu tolong mak aku masak pakai dapur arang.. mencabar tu.. timbuk(betul ker) telur pakai manual jer.. lenguh beb..

kuih siput.
yang ni aku suka jugak.. sambil sambil nengok sarkas waktu raya(dulu dulu la) sedor tak sedor habis satu balang..


dodol
pergh.. kalau cukup semua memng sedap.. bukan macam yang orang jual kat kedai tu.. keras sebatu jer.. memula tu mengacaunyer memang la senang bila dah nak masak tu mak oii.. penat.. selalunya buat sebelum pose dodol ni sebab tak la penat sangat kan..



kuih semprit
aku kalau bentuk bunga macam ni jer aku makan.. kalau bentuk lain aku tak makan.. lagi lagi kalau bentuk 1 malaysia..




belalang goreng
maaf.. walaupun aku tau memang boleh makan belalang tapi aku tak pernah makan.. macam mana rasanyer ye.. tapi rasanya memang tak boleh masuk tekak aku..(dah lama aku tak jumpa belalang kunyit.. dah pupus kot.

Isnin, 14 September 2009

sekali terkenang

mengikut pemerhatian aku.. dalam tempoh tak sampai 10 tahun dari sekarang.. satu tingkah laku manusia (dalam malaysia sahaja) akan pupus.. anda nak tahu.. iaitu:
menghantar kad raya.. jarang la aku nengok kad raya di jual.. yang ada pun sebab nak habiskan stok jer.. siap berhabuk lagi... terkenang dulu dulu sapa paling banyak dapat kad raya dia la paling glamer sekali.. (termasuk la hantar kat diri sendiri)... lagi lagi yang banyak awek.. hahahah aku takder la banyak tapi memang takder pun... cuma dapat kad raya dari sekolah kot.. itupun buat sendiri punya.. waktu lukisan... buat sendiri astu hantar sendiri..

sekarang ni pakai sms jer kan.. canggih sikit pakai mms.. sebab apa dulu pakai kad raya? sebab masa tu teknologi belum sampai tahap sekarang ni.. nak berawek awek pun pakai surat.. pastu kalau korang perasan la.. setiap majalah mesti ada ruangan kenalan.. ada gambar dengan alamat sekali.. hobi wajib berkenalan.. (kalau hobi memancing tu cuma samaran jer..).. ahak.. ahak..
tapi kalau nengok balik majalah lama yang ada ruangan ni.. kelakor pun ada... mau nya tak kelakor.. muka pecah rumah pun ada hantar ...








contoh kad raya(masih ada lagi jual tapi tak banyak la)




































Ahad, 13 September 2009

jenama baba

salah satu jenama X
jenama baru.. (aku dapat email citer lawak.. jadi kongsi la ngan korang)


"Shampoo, Sabun dan Ubat Gigi Baba"

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produkyang dipakai pelajar tersebut.

"Sabun mana yang anda gunakan selama ini?"

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, "Sabun Baba."

"Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?"

" Deodorant Baba," jawab pelajar itu.

"Minyak wangi?""Minyak Wangi Baba."

"Shampoo?""Shampoo Baba.

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi,

"Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belumpernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidaksihat."

Pelajar itu menjawab, "Bukan jenama tempatan atau luar negara.

Baba itu rakan sebilik saya."

Jumaat, 11 September 2009

jangan sibuk

ini bukan calonnyer tau.. kalau nak kenal sila google sendiri

aku petik dari malaysia kini



"Umno bahagian Teluk Kemang sebulat suara menyokong pemilihan ketua bahagian, Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Umno bahagian tersebut petang semalam yang dihadiri oleh 33 ahli jawatankuasa (AJK) bahagian. Cuma seorang AJK tidak hadir"..



bagi aku aku menyokong sepenuhnya pakcik ni bertanding... yelah dia bukan buat 'salah' pun.. politik wang jer.. bukannyer rasuah.. lagi pun dia cuma bagi sesuatu supaya mengundi dia masa pemilihan kan.. itu bukan rasuah kan.. nama pun lain.. kalau rasuah mesti la bagi duit tak pun sesuatu jugak supaya apa yer... sama la jugak tapi lain..

laaa.. betul.. korang tak percaya ker aku cakap.. kalau rasuah dah lama dah BPR eh.. sprm tangkap.. pastu dakwa.. ini cuma dilucutkan jer sekejap.. mana ada bpr aka sprm siasat.. kalau ada mana bukti.. alah setakat duit rakyat habis berbilion bilion pasal PKFZ tu pun cuma 2 jam jer borak borak dengan sprm, inikan pulak kes macam ni.. takyah adu la.. diorangkan ader jawatankuasa displin sendiri.. ini berbeza tau.. kalau luar parti baru la nama rasuah kalau dalam parti politik wang.. kan lain tu.. yang korang sibuk sibuk apasal..

lagipun orang dah calon takkan nak menolak pulak.. mana tau boleh jadi MB nanti takpun exco.. kan.. kan.. eleh korang dengki la tu tak dapat jadi calon.. memang dia dah calon yang terbaik.. paling layak.. mana ader orang lain lagi yang layak.. dia mana ada skandal.. bersih dan dilihat 'bersih'...



jangan la sibuk tau.. diam diam dah ler..




sape nak tambah bini wei...


Seorang wanita berumur 107 tahun mencari suami! Wanita China itu akhirnya memutuskan untuk menikah. Padahal sewaktu muda dia takut untuk menikah.Wanita itu kini berharap akan menemukan pasangan yang usianya sekitar 100 tahun.


Demikian diberitakan harian China, Chongqing Commercial Times seperti dilansir kantor berita Reuters, Selasa (13/1/2009).Apa yang membuat Wang Guiying akhirnya terpikir untuk menikah? Wanita itu khawatir akan menjadi beban bagi keponakan-keponakan nya yang juga sudah lanjut usia.

Kekhawatiran itu sebenarnya telah muncul sejak dirinya mengalami patah kaki ketika berusia 102 tahun. Sejak itu dia berhenti melakukan pekerjaan rutin seperti mencuci sendiri pakaiannya."Saya sekarang sudah 107 tahun dan saya belum menikah," ujar Wang.

"Apa yang akan terjadi jika saya tidak buru-buru menemukan seorang suami?" imbuhnya.Wang yang lahir di Provinsi Guizhou, tumbuh dengan melihat paman-pamannya dan pria-pria lain memarahi dan memukuli istri mereka.

Wang kerap menemukan bibinya menangis setelah pemukulan itu."Semua orang yang menikah di sana hidup seperti itu. Menikah itu sangat menakutkan," tutur Wang.Setelah ayah, ibu dan kakak Wang meninggal, perempuan itu masih tetap belum mau menikah. Wang kemudian pindah ke daerah lain dan menjadi petani sampai berumur 74 tahun dan tak lagi kuat bekerja. Keponakannya kemudian mengajak Wang tinggal bersamanya di Kota Chongqing.Namun kini Wang khawatir karena keponakannya itu beserta keponakan-keponakan nya yang lain sudah terlalu tua untuk merawatnya.

"Keponakan-keponakan saya sudah bertambah tua dan anak-anak mereka telah terikat dengan keluarga mereka masing-masing, dan saya semakin menjadi beban," tutur Wang.Para pejabat lokal dengan senang hati membantu Wang mencari pria berumur 100 tahun untuk menjadi suaminya.


[detiknews]Ada yang berminat..??

Khamis, 10 September 2009

mari kira kira

gambar hiasan: api neraka lebih gelap dari ini

asssalamualaikum...

PC aku dah ok dah... tapi sayang la.. dokumen habis hilang.. huhuhu..
kali ni aku nak bawak korang berfikir dua jenak.. jika kita mati la.. dan di bangkitkan di padang masyar kelak.. (bab interview kat kubur skip dulu ok) sedangkan kita tak sempat nak tobat.. walaupn kita rasa dah tobat tapi kali ni dalam keadaan tobat tak diterima kerana kita masih buat dosa yang sama..

ok.. tunggu punya tunggu punya tunggu sampai la giliran kita.. kira lama la nunggu macam nunggu buah cempedak di luar pagar la...memula tu kita kena soal bab solat dulu..


CONTOH

jumlah hidup =55 tahun

tarikh umur matang =15 tahun

jumlah dikira =40 tahun

jumlah solat 40 tahun=40 x 365 x 5 = 73000 solat

solat yang dibuat = 25(termasuk solat raya, kena kira sebab tak cukup)

solat diterima =2(solat sunat raya pun kena tolak)

jumlah tak solat = 72998(solat yang tak diterima dikira tak solat)


jadinya kita kira solat subuh dulu...

jumlah tak solat subuh = 14600 kali

dosa 1 kali tak solat subuh= 60000 tahun dlm neraka(1 hari =1000tahun dunia)

jumlah duduk dalam neraka=876000000000 hari..
itu baru dosa tak solat subuh belum lagi dosa tak solat zuhur dan lelain.. cuba kira berapa lama kita duduk dalam neraka.. di campur pulak dosa dosa lain lagi.. ya Allah.. lama gila gila gila... apa kata korang kira sendiri.. bayangkan dosa kita tinggal solat subuh yang kalau kita buat tak sampai 4 minit... sebab kita lalai 4 minit kena duduk dalam neraka 60 ribu tahun akhirat dalam neraka..

pesanan ni bukan untuk korang jer.. untuk aku pun sama..

Selasa, 8 September 2009

maaf.. PC aku buat hal... kena pinjam pc orang lain.. huhuhuhu

Isnin, 7 September 2009

kisah sedih

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:
"Mana emak?
""Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?"Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga."Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik..? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh.""Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya...
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi..,"Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah... Emak Bapak tak mampu.."
."Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.
Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan.Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilogram tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri semua barang-barang keperluan tadi, adiknya melompat kegembiraan sambil menjerit...
"Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari Raya Korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah.Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar. Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu."
Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.
Dia berkata...;"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi, "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"..? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

copy dari blog ISA:ikutsukaaku
Isa: Artikel ini aku petik dari Respek Group untuk renungan bersama, semoga Ramadhan dan Syawal ini akan memberi keinsafan dalam mengharungi kehidupan seharian kita. Dan bantulah kepada mereka yang memerlukan.

Ahad, 6 September 2009

pupus

(nak tulis pasal politik banyak dah orang tulis lagipun aku bukan la terer sangat bab politik ni..)
tetiba je bulan bulan pose ni aku terkenang sesuatu.. sesuatu yang aku kira dah pupus la dari rancangan tv.. dedulu waktu kekanak aku kira suka la nengok cerita cerita ni... ala bukan banyak pun stesen tv ader 3 jer.. tv1,tv2 dengan tv3.. di bawah ni aku bawakkan rancangan rancangan yang menjadi nostalgia:


1. rumah kedai
bila time puasa jer ade la cerita ni kat tv3.. kira best la.. mengisahkan kehidupan di sebuah rumah kedai.. kalau nengok waktu tu tak boring la..

2.naik tangga turun tangga
aku cuma ingat tajuk jer.. cerita dia macam mana aku memnag dah lupa..




3.santan berlada
aku pun tak ingat sangat cerita ni.. lama gila .. yang aku tau ali mamak tu bapak member aku.. hahahaha.. kelas sebelah masa kat Poli dulu..

4.pimai pimai tang tu
yang ni best.. kira aku nengok banyak kali pun tak boring.. kelakar.. (ader lawak lucah sikit sikit) kisah di flat sri wangi.. dengan budin, pak busu, che wan ismail la.. tapi yang best tu bila diorang buat lawak diorang sendiri yang gelak... kuang.. kuang.. kuang...
5. di mana joe jambul
sori cerita ni paling tak minat.. (macam mana boleh masuk dalam entri ni yer?) rancangan kuiz untuk kanak kanak sekolah rendah..
6.iklan rokok
hahaha.. lama dah tak tengok iklan rokok... kira macam ni la.. jenama rokok ni berkait dengan sukan pun yer.. dengan cerita pun yer..
dunhill=bola
salem= tenis
peryllis(betul ker eja?)= takraw takpun citer perang vietnam ngan amerika
malboro= entah lupa plak.. congkak ker gasing ker tak pun tuju tin.
itu jer yang aku ingat... jumpa lain kali....


Sabtu, 5 September 2009

aku tertipu

maaf.. lama tak update.. bukan apa aku balik kampung jengok orang tua kat kampung.. hehehe lagipun raya kena kerja huhuhu... nak buat camne.. gegilir la kan .. tu yang sedih tu...
tapi pada hari aku nak balik kampung tu.. aku rasa tertipu.. yer tertipu kerana minyak naik.. memula cakap minyak ron95 1.75 dan ron 97 rm 2.00.. so malamnyer malas la aku nak isi sebab nak minyak murah punya pasal.. alih alih aik.. sam jer.. terasa nak mencarut jer.. pastu PM kesayangan cakap nanti dia terangkan.. aih nanti dia terangkan.. kenapa tak sedia dari awal.. cakap je la tersilap umum.. lagipun bini I tu teringin sangat nak shoping raya kat london.. kan senang .. apa la..
lagipun rak yat malaysia kan kaya raya.. setakat beza 5 sen apa adahal kan...