Khamis, 30 Julai 2009

pemandu babi..


ader beberapa benda yang memang mengjengkelkan aku.. tapi ader satu benda paling aku sakit hati.. ceritanya begini

satu ketika anda sedang memandu kenderaan tak kira la apa la.. (tidak termasuk kenderaan air dan udara).. anda tiba di satu simpang yang agak sibuk.. tiada lampu isyarat.. anda mahu menuju ke jalan besar.. dengan perlahan anda menghampiri simpang tersebut.. dengan memberikan signal.. setelah agak lama menunggu tetiba ada peluang untuk anda masuk ke simpang tersebut.. tetapi anda harus menunggu sebuah lagi kereta sebelum boleh masuk ke simpang tersebut.. (ikut undang undang jalanraya la..) ini lah satu satunya peluang anda sekiranya terlewat anda terpaksa menunggu untuk beberapa ketika lagi.. tanpa di duga kereta itu terus membelok masuk ke simpang sebelah jalan anda.. tanpa memberikan signal..apa perasaan anda?

yer.. itulah benda yang paling aku sakit hati.. bawak kereta nak masuk simpang ke apa ke tak bagi signal.. orang macam ni memang aku akan gelarkan pemandu BABI kalau aku ada kuasa macam magneto (X-men) aku akan rosakkan dia punya tangki air(radiator) dia.. takkpun kalau boleh aku doakan dia supaya bior kereta dia kena tarik ngan finance.. hahahahha jahatnyer aku tapi lagi jahat pemandu BABI ni.. menyusahkan pengguna jalanraya macam aku ni... kepada sesapa la yang memandu tu aku harap berilah signal untuk membelok.. kerana kalau 100 orang dok menyumpah kat kita hmmm... tak lama la...

pernah satu ketika di depan dataran waktu pagi hampir melanggar pintu kereta yang berhenti tetiba di buka di tengah jalan.. ( laki hantar bini gi kerja kot) tahun 2001.. aku pulak baru nak daftar gi kerja (hari pertama kerja) ni pulak penumpang BABI...

Selasa, 28 Julai 2009

dari sudut pandangan aku

tadi tengah hari sambil makan aku melihat berita jam 130.. tv3 (umno) punya.. sikit punya marah lah awang adek kat TGNA sebab TGNA kata "pegi jahane".. hehehe.. wah marah nampak.. tapi takper itu bab lain tapi yang aku meluat sangat tu dia kata kerajaan persekutuan itu adalah UMNO.. chet.. memang la kerajaan persekutuan di terajui oleh UMNO dan Be End.. itu tak dapat di nafikan tetapi sebagai kerajaan ia mesti melaksanakan tugas dan mengagihkan peruntukkan tanpa mengira samada sesebuah negeri itu diperintah oleh parti kerajaan atau pembangkang. Itu adalah tanggungjawab sebuah kerajaan pusat. Umno adalah parti politik tetapi kerajaan adalah satu organisasi yang lain. di mana tanggungjawab sesebuah kerajaan yang mengamalkan sikap pilih kasih. apa peruntukkan pun nak songlap jugak ker.. rakyat lah yang menderita macam ni.. macam mana sebuah kerajaan negeri nak melaksankan tanggungjawab kepada rakyat bilamana peruntukkan tak cukup.. aku nengok banyak pemimpin bila bercakap tak guna akal.. macam mana boleh jadi pemimpin macam tu.. aku rasa macam berlaku zalim pulak..
satu lagi berita yang aku nengok ade perhimpunan haram kat penang menyokong ISA.. yang sorang pakcik tu bercakap berapi rapi.. menyokong sebab kedamaian la, menjaga keamanan la (bukan jaga keamanan tapi jaga perut pemimpin). bagi aku benda ni kita kembali kepada ajaran Islam.. bolehke kita menahan seseorang tu tanpa diadili dan dibicarakan.. kita tahan selama yang boleh sambil tu menafikan hak dia sebagai orang yang kena tahan.. aku rasa pun benda ni zalim.. tak kena kat anak beranak dia boleh la cakap.. cuba kena baru la tau langit tidak selalu cerah.. akta british di agung agungkan tapi undang undang Islam letak kat bawah.. akai ada ka..

dah lama tak tengok berita..

kesalahan dalam solat..

jika korang nak tau lebih lanjut tentang beberapa kesalahan dalam solat yang sering kita lakukan korang bleh klik disini.. ok..

solat


assalamualaikum..

anda solat.. ? bagus.. solat tiang agama.. kalau tak solat runtuhlah agama.. perkara pertama yang akan ditanya di padang masyar ialah solat.. ingat yer.. sekarang kita lihat berapa ramai orang yang solat.. (tak termasuk solat jumaat) sikit? sebab apa tak solat?.. jawapan tipikal malas.. tak der masa..(aik kalau nengok AFcelaka tu ader plak masa) dan jawapan luar biasa 'tak tau'.. wahh.. tak tau.. macam mana yek jadi orang Islam tapi tak tau solat..(bila orang cakap kafir marah) sebab apa sebab orang kafir kan tak solat.. sama tak dengan orang yang tak solat..

sabda Nabi " pemisah antara kita dan mereka(orang kafir) adalah sola. barangsiapa meninggalkan solat maka sesungguhnya dia telah kafir" ( hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud,Tirmidzi,Nasa'i dan Ibnu Majah)

baik kita tinggalkan bab tak solat ni.. (bab lain) tapi pernarkah korang tengok orang solat.. tak sampai 2 minit dah siap.. laju tu.. bila rukuk belum sampai 5 saat dah bangun.. aik.. baca apa yer.. macam tergesa gesa jer.. nak siap cepat.. seolah olah terpaksa .. janji aku solat katanya.. aku takut la kita solat tapi dia akhirat kelak solat kita tu akan dilemparkan balik kat kita macam kain buruk.. penat woo.. solat nak cepat katakan.. inilah yang kita panggil THUMAKNINAH.. anda faham dengan THUMAKNINAH.. mesti korang pernah lihat kan ader orang solat bila ruku' belum apa - apa lagi dah bangun untuk iktidal.. salah satu rukun solat adalah thumakninah.. kalau takder thumakninah maka solat tak sah.. abis tu sesia jer solat.. aku peratikan ramai yang macam tu.. tapi ye la aku ni sapa nak tegur diorang.. bukannyer mufti pun kan.. jadi di kesempatan ini aku berharap agar sesap yang baca ni perbetulkan la solat anda.. bila ruku' ruku , la dengan sempurna.. iktidal pun sama biar tenang dan tenteram..sujud pun sama ok.. sekian tima kasih..






aku bukan nyer UStaz.. ok.. sekadar pemerhatian dan sedikit kajian..

Isnin, 27 Julai 2009

CSI MIAMI (sedikit info)




assalamualaikum..






kat astro dah nak mula CSI MIAMI..aku minat gila cerita ni.. tapi maaf rumah aku takder astro.. huhuhu.. tak mau la aku nak bayar tiap tiap bulan.. aku nengok (tumpang) kat rumah father in law aku.. musim yang lepas horatio kena tembak.. dia mati.. hehehe jangan la takut.. dia tak mati cuma lakonan dia jer sebab nak buru penkahat tu.. ala yang kawin ngan bekas bini dia yang cun dan mantap tu... ryan dan horatio dan beberapa polis lain dah rancang semua ni.. tapi yang tak tau cuma ahli CSI yang lain... hahaha aku bagitau awal la kat korang... nanti korang nengok la sendiri.. ok babai.. (tak suspender langsung)





ini bukan pelakon csi kl ok






kesimpulan dan persoalan

7 -Kesimpulan

7- 1 Adat kebiasaan orang Islam di Nusantara khususnya masyarakat Melayu di tanah air kita menjemput, mengumpul orang ramai dan memberi makan kepada mereka oleh keluarga si mati sama ada mayat sebelum atau selepas dikebumikan adalah bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w dan sahabatnya.

7- 2 Mengumpul dan menjamu makanan kepada orang ramai menjadi agenda utama kepada ahli si mati apabila suatu kematian berlaku, padahal perbuatan itu adalah bid’ah dan makruh yang perlu dihapuskan oleh semua pihak.

7- 3 Telah bersepakat kata oleh Imam-Imam mazhab empat dan kibar al-ulamak (ulamak agung) tentang makruhnya ahli si mati menghimpun dan menjamu manusia selepas kematian. Yang paling ramai mengatakan demikian ialah ulamak dari mazhab Syafiiy.

7- 4 Hukumnya sunat kepada jiran ahli si mati, kepada kawan kenalan keluarga si mati, kepada kaum kerabat yang jauh membuat dan membawa makanan kepada ahli si mati yang boleh mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya. Itulah sunnah yang perlu diikuti oleh semua umat Islam.

7- 5 Hukumnya makruh dicela oleh syarak adat yang diamalkan oleh umat Islam iaitu menghimpun orang ramai dan diberi makan kepada mereka pada malam pertama selepas dikebumikan mayat, tujuh hari, dua puluh hari, empat puluh hari dan seumpamanya. Perbuatan itu dinamakan wahsyah dan kaffarah.

7- 6 Orang ramai berkumpul di sisi keluarga si mati selepas kematian berlaku dan ahli si mati membuat makanan dan menjamu mereka, perbuatan itu bid’ah yang mungkar dan diberi pahala kepada pihak penguasa dan kepada sesiapa yang mencegahnya.

7- 7 Hukumnya bid’ah dan makruh bukan hanya kepada ahli si mati yang memasak, menghimpun dan menjamu makanan kepada orang ramai sahaja, tetapi juga bid`ah makruh itu kena kepada siapa sahaja yang menerima panggilan itu.

7- 8 Mencegah masyarakat dari melakukan bid’ah yang mungkar itu bererti menghidupkan sunnah, manakala membiarkan mereka terus beramal dengannya bererti mematikan sunnah dan sekaligus menyuburkan bid’ah.

7- 9 Jika perbelanjaan makanan yang dijamu itu dari harta yang belum baligh, harta orang mahjur (iaitu orang yang tidak dibenarkan oleh syarak untuk menguruskan hartanya) dan dari harta si mati yang menanggung bebanan hutang, maka hukumnya ialah kongsi bersama antara yang memanggil dengan orang yang memakan pada melakukan yang haram.

7- lO Hukum makruh keluarga si mati menerima tetamu serta menjamu makanan kepada mereka. Kecuali tetamu itu datang dari tempat yang jauh terpaksa bermalam di rumah ahli si mati itu.


8 - Pelbagai Alasan Dan Hujah Ditunjulkan Oleh Barisan Yang Mempertahankan Pusaka Adat Yang Bid’ah Ini. Antara Lain Ialah:

8- l Orang yang membangkitkan isu bid’ah dan makruh ahli si mati menghimpun orang ramai, memasak dan menjamu makanan kepada mereka adalah terdiri dari ulamak kaum muda. Setengahnya pula mengatakan dari pengikut Wahabi.

Kita merasa aneh dan hairan apabila dituduh dan dicop kaum muda ke atas orang yang menyebarkan pendapat-.pendapat kibar ulamak silam yang mulia, termasuk ulamak mujtahid dari empat mazhab. Kita mengatakan bid’ah kerana mereka itu mengisytiharkan bid’ah berdasarkan dalil-dalil yang amat kukuh. Rata-rata ulamak yang mulia itu mengemukakan dua buah Hadith sahih yang telah dibentangkan di permulaan risalah ini sebagai dalil yang utama. Mana lagi ada hujah yang lebih kuat dari Hadith sahih?. Apakah akibatnya jika seorang itu menolak Hadith sahih?. Ulamak yang mengatakan demikian bukan sebarangan, tetapi mereka itu terdiri dari Imam-Imam mazhab dan ulamak agung seperti Imam Syairazi, Imam Nawawi, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qudamah, A1-Sayyid Abu Bakr bin Al-Sayyid Muhammad, A1-Syaikh Daud A1-Fataniy, Al-Shaikh Muhammad A1-Banjariy dan sehingga tidak terbilang ramainya. Kalau dibandingkan ilmu dan kemampuan mereka dengan bijak pandai agama masa kini nescaya didapati jaraknya beribu batu. Siapa sebenarnya yang didakwa sebagai kaum muda?. Adakah mereka yang mempertahankan pendapat ulamak tersebut? Atau kaum muda yang sebenar ialah mereka yang mempertahankan adat istiadat itu dan membelakangkan pendapat ulamak berkenaan tanpa berlandaskan hujah yang benar dan kukuh.

Sesungguhnya ulamak yang menghukumkan bid’ah dan makruh dalam masalah tersebut adalah terdiri dari ulama lampau yang sudah lama meninggal dunia, tetapi yang masih ada di tangan generasi sekarang hanya karya dan kitab-kitab karangan mereka sahaja yang menjadi bahan rujukan dan kajian. Oleh itu tidak masuk akal kalau dilabelkan mereka kaum muda.

Manakala tuduhan yang mengatakan kononnya golongan yang membangkitkan isu ini adalah mereka dari fahaman Wahbiy. Tuduhan itu tidak benar malahan keterlaluan, kerana yang mengatakan bid’ah dan makruh ahli si mati menghimpun, membuat dan menjamu makanan kepada orang ramai selepas kematian sama ada sebelum atau selepas dikebumikan ialah Imam-Imam mazhab, bahkan yang paling ramai menghukum begitu ialah ulamak mazhab Syafiiy sendiri. Tiada seorang pun pendapat dari fahaman Wabiy dicatat dalam risalah kecil ini. Kita ingin bertanya mazhab apakah dipegang oleh golongan yang masih sayang kepada adat istiadat itu?. Tidakkah lima buah kitab jawi mazhab Syafiiy yang dibentangkan semuanya mengatakan bid’ah dan makruh?.

8- 2 Apakah salahnya memberi makan oleh si mati kepada orang ramai bersama majlis tahlil dan doa kepada ruh si mati kerana perhimpunan memberi makan bukan menjadi tujuan utama bahkan ianya sebagai sampingan sahaja, matlamat utamanya ialah tahlil dan doa kepada ruh si mati. Kalau tidak diberi makan nescaya orang ramai tidak akan hadir ke majlis tahlil itu.

Jawapannya:

Yang sunnahnya jiran, kaum kerabat yang jauh dan sahabat handai memberi makan kepada ahli si mati. Jika ahli si mati memberi makan kepada orang ramai hukumnya tetap bid’ah dan makruh walaupun ada bersama majlis tahlil dan doa kepada si mati. Mengenai orang ramai tidak hadir ke majlis tahlil kalau tidak diberi makan kepada mereka tidak timbul sama sekali, yang bid’ah itu bid’ahlah ia walau berbagai helah dibuat, kerana matlamat tidak menghalalkan dengan cara.

Jalan yang paling selamat dalam hal ini hendaklah kita ikut pesanan Imam Syafiiy. Katanya, “Aku benci diadakan ma`tam iaitu perhimpunan, walaupun tidak ada tangisan untuk mereka, keraña sesungguhnya perbuatan itu memperbaharui duka cita dan membebankan penyediaan makanan”. Sehubungan dengan itu dijelaskan lagi di dalam Kitab Fiqah Syafiiy katanya, “Apa yang dilakukan oleh orang ramai dengan berkumpul di rumah ahli si mati dan mem6uat makanan (oleh keluarga si mati) bahawa kelakuan itu dari kerja bid’ah yang mungkar... (22)

8-3 Setengah masyarakat kita pula apabila berlaku kematian, keluarga si mati tidak memasak sendiri makanan itu, tetapi ditugaskan kepada orang lain membeli bahan-bahan makanan dan memasak atau kadang-kadang dimasak di rumah jiran yang berhampiran. Setelah siap dimasak, dibawa makanan itu ke rumah si mati untuk dijamu kepada orang ramai.

Jawapannya:

Perbuatan itu hanya helah semata-mata untuk melarikan diri dari dikatakan ahli si mati yang memasak dan menjamu orang ramai ianya membawa kepada bid’ah dan makruh. Walaupun ahli si mati tidak memasak sendiri, tetapi segala perbelanjaan masih tertanggung ke atasnya dan segala urusan di bawah arahannya, maka amalan itu tidak terlepas dari kerja bid’ah dan makruh. Begitu juga jika dimasak makanan itu di rumah jiran yang berhampiran dan dibawa makanan itu ke rumah ahli si mati untuk dijamu kepada orang ramai. Kenapakah diadakan pelbagai helah muslihat bagi mengharuskan perkara bid’ah itu? Alangkah baiknya jika digunakan perbelanjaan makanan itu ke tempat yang dijamin mendapat pahala dan bukannya di tempat yang bercanggah dengan Hadith Nabi s.a.w.

Bukan semua perkara kebaikan boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya di dalam semua keadaan. Begitulah juga halnya jika memberi makan kepada orang ramai dengan niat ikhlas ianya dari kerja kebajikan dan amal soleh, tetapi jika ahli si mati menghimpun orang ramai, memasak dan menjamu mereka selepas kematian, sama ada sebelum atau selepas dikebumikan mayat, hukumnya bukan lagi sunat bahkan menjadi bid’ah dan makruh yang perlu dielakkan oleh umat Islam.

8-4 Apakah hendak dibuat dengan derma takziah yang diterima dari sahabat handai dan dari orang ramai. Kalau tidak dibelanjakan kepada kenduri memberi makan kepada orang ramai?

Jawapannya:

Sumbangan derma takziah yang diterima dari rakan kenalan, dari jiran tetangga dan dari orang ramai hendaklah dimanfaatkan pada pelbagai tempat yang selamat mendapat ganjaran pahala dan bukan dilaburkan kepada unsur-unsur mungkar, bid,ah dan makruh.

8-5 Ada juga yang mengatakan masalah ini adalah isu yang remeh-temeh, banyak lagi perkara yang penting perlu diselesaikan.

Jawapannya:

Apakah perbelanjaan yang melibatkan beratus malahan beribu ringit kepada yang makruh dan bid’ah itu dari perkara remeh temeh?.Usaha menyelamatkan masyarakat Islam dari terus terjerumus di dalam bid`ah yang dicela lagi tidak menguntungkan itu adalah ianya dari kerja sia-sia?. Bolehkah di katakan seorang mukmin yang bijak sedangkan beliau tidak dapat membezakan antara sunnah dengan bid’ah, antara sunat dengan makruh dan antara mungkar dengan maruf?
Ajaran Islam semuanya penting dan memberatkan timbangan di akhirat nanti atau dengan lain ibarat, diberi ganjaran pahala kepada semua amal soleh kecil dan besar, tidak dikatakan amal soleh segala perbuatan bid’ah, mungkar dan makruh. Oleh itu hendaklah kita memperbanyakkan amal soleh dengan mengikuti ajaran Islam semuanya tanpa menerima separuh menolak separuh yang lain

8- 6 Amalan adat istiadat ini sudah lama bertapak di tanah air kita, tidak sahaja diamalkan oleh orang awam malahanjuga turut dilakukan oleh orang yang bergelar tuan guru, ustaz, pak kiyai dan pak lebai. Kalaulah perkara itu bid’ah dan makruh tentulah tidak di buat oleh mereka itu.

Jawapannya:

Kita tidak boleh mengikut pak lebai dengan membuta tuli tanpa dalil dan hujah yang kuat, kerana pak kiyai dan ustaz tidak boleh ditentukan betul dan salah di atas kelakuan dan amalannya itu, tetapi yang menjadi ukuran ialah Kitab AlIah dan sunnah Nabi. Bila tindakan dan perbuatan mereka menepati dengan kitab Allah dan Sunnah Nabi, menunjukkan mereka berada di dalam kebenaran dan perlu dicontohi oleh semua muslim dan muslimat. Manakala perbuatan mereka itu bercanggah dengan kitab Allah atau bercanggah dengan Sunnah NabiNya, mereka tidak lagi harus diikuti dan dicontohi walau betapa tinggi jawatan yang mereka sandang dan betapa mulia martabat yang mereka duduki.

Apakah tuan-tuan guru dan pak-pak kiyai yang sayangkan adat bid’ah yang makruh itu lebih alim dan lebih faqih dari Jarir bin Abdullah, Imam Nawawi, Ibnu Qudamah, Sayyid Abu Bakar dan lebih luas ilmunya dari Syaikh Daud Fataniy?


dari penulis
Sukacita diulangkan lagi bahawa ketetapan hukum yang ditegaskan di dalam risalah ini bukan dari pendapat penyusun dan jauh sekali dari mengeluarkan fatwa, tetapi tulisan ini hanya pendedahan hukum dari Imam-Imam mazhab, kibar ulamak dan ulamak mujtahid mengenai bid’ah dan makruh apa yang dilakukan oleh ahli si mati selama ini selepas berlaku kematian


Penyusun
A1 Faqir Ilallah
Hasan bin Ahmad
(bekas Pensyarah U.M)

sumber : http://www.DarulKautsar.com


apa kesimpulan yang korang dapat... beca dan berlapang dada lah... kaji dan cuba renungkan.. sesapa yang ader belajar ilmu tafsir hadis ke atau sewaktu dengannyer boleh lah cari kitab kitab karangan Imam Syafie.. semoga Allah merahmati dan meredhai kita..

siri 6 - kenduri tahlil

- Hujah Dari Kitab-Kitab Jawi

Selepas pembentangan pendapat ulamak dari empat mazhab yang berasal dari bahasa Arab, penyusun akan membentang pula pendapat ulama kita dalam mazhab Shafiiy yang ditulis dalam bahasa Melayu lama melalui tulisan jawi. Ulamak besar yang berkemampuan tinggi di dalam agama dan bahasa Arab ini banyak mengarang kitab-kitab agama dalam bahasa Melayu dalam tulisan jawi. Kebanyakan kitab-kitab karangan mereka menjadi rujukan utama kepada penuntut-penuntut di madrasah-madrasah pondok di zaman dahulu dan sekarang.


6-1 Kitab Furuu A1-Masaail

Antara lain yang dijelaskan di dalam kitab ini ialah seperti berikut:

(i) Hukumnya makruh dan dicela oleh syarak amalan yang dibuat oleh orang ramai apa yang dinamakan kaffarah dan wahsyah ( ) (16), iaitu berkumpul dan berhimpun serta memberi makan kepada orang ramai pada malam pertama selepas dikebumikan mayat, berhimpun dan memberi makan pada tujuh hari, dua puluh hari, empat puluh hari dan sebagainya.

(ii) Amalan seperti itu tidak sah wasiatnya

Teks atau nas asalnya berbunyi

“Dan demikian lagi yang dikerjakan manusia dengan barang yang dinamakan ia dengan kaffarah dan daripada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi makan awal malam kemudian daripada ditanam mayat dan tujuh harinya dan dua puluh harinya dan ernpat puluh harinya dan umpama yang demikian itu haramkah? atau makruh? atau harus? (maka dijawabnya) maka adalah segala yang tersebut makruh yang dicela pada syarak, kerana tegah pada syarak. Kata Syeikh Ibnu Hajar, “Tiada sah wasiatnya” (17)

6- 2 Kitab Sabil A1-Muhtadi

Ringkasan yang difahami dari kitab ini ialah:

(i) Hukumnya bid’ah dan rnakruh jika dibuat kenduri makan selepas kematian dan dijemput orang ramai supaya memakan makanan itu, sama ada jamuan itu diberi sebelum mayat dikebumikan atau selepas dikebumikan..

(ii) Hukumnya juga makruh dan bid’ah kepada sesiapa yang menerima jemputan itu dan menghadirinya.

Teks asalnya berbunyi:

“Dan makruh lagi bid’ah bagi yang kematian memperbuat makanan yang diserukannya manusia atas memakan dia dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah teradat dan demikian lagi makruh lagi bid’ah bagi segala mereka yang diserunya perkenankan seruan”. (18)

6- 3 Kitab Kasyfu A1-Litham

Ringkasan yang difahami dari kitab ini ialah:

(i) Hukumnya makruh dan dicela oleh syarak bila keluarga si mati memberi makan kepada orang ramai sebelum atau selepas dikebumikan mayat.

(ii) Hukumnya makruh dan dicela oleh syarak membuat penyembelihan di kubur.

(iii) Hukumnya makruh dan dicela oleh syarak apa yang dinamakan kaffarah dan wahsyah iaitu berhimpun dan berkumpul dengan memberi makan kepada orang ramai di malam pertama selepas pengebumian mayat, tujuh hari, dua puluh hari, empat puluh hari dan sebagainya seperti yang telah dijelaskan.

Teks asalnya berbunyi:

“Barang dikerjakan oleh ahli mayat daripada mempersembahkan makanan dan perhimpunan manusia atas dahulu daripada tanam mayat dan kemudian daripadanya dan menyembelih pada kubur dan demikian lagi yang dikerjakan oleh manusia dengan barang yang dinamakan dengan kaffarah dan daripada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi makan awal malam kemudian daripada ditanam mayat dan tujuh hari dan dua puluh hari dan empat puluh hari dan umpamanya yang demikian itu yang dibuat oleh kebanyakan orang itu maka adalah segala yang tersebut itu makruh yang dicela oleh syarak kerana tegah pada syarak.” (19)

6-4 Kitab Bughyatu A1-Tullab.

Ringkasan yang dipetik dari kitab ini antara lain ialah:

(i) Hukumnya sunat kepada jiran keluarga si mati kepada kawan kenalan keluarga si mati, kepada kaum kerabat yang jauhnya membuat dan membawa makanan kepada keluarga si mati yang boleh mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya.

(ii) Hukumnya makruh dan bid’ah jika ahli si mati membuat makanan dan menjemput orang ramai supaya memakannya, sama ada sebelum pengebumian mayat atau selepas pengebumiannya.

(iii) Hukumnya bid’ah yang buruk lagi makruh yang diamalkan oleh orang ramai apa yang dinamakan kaffarah dan wahsyah iaitu berhimpun dengan memberi makan kepada orang ramai selepas pengebumian mayat, tujuh hari, empat puluh hari dan seumpamanya, seperti yang telah dinyatakan.

(iv) Asal sunat memberi makan ialah memberi makan kepada ahli si mati bukan keluarga si mati menjamu makan kepada orang lain, kerana sabda Nabi s.a.w . “Buatlah kamu rnakanan kepada keluarga Ja’far. Sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang mengharukan mereka”. Sabda Nabi s.a.w itu diucapkan sebaik sahaja sampai berita mengenai kematian Ja’far bin Abu Talib terbunuh dan mati syahid di dalam peperangan Mu`tah.

Teks atau nas asalnya berbunyi, “Dan sunat bagi jiran keluarga mayat dan orang yang kenal dengan keluarganya jikalau bukan jirannya sekalipun dan segala kerabatnya yang jauh membawa makanan kepada orang yang kematian yang mengenyangkan mereka itu pada hari dan malamnya menyungguh-nyungguh akan mereka itu suruh memakan kerana mereka itu terkadang meninggal akan memakan sebab sangat terkejut hati mereka itu dan tiada mengapa sungguh-sungguh menyuruh.”

Dan makruh lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan dan menyeru segala manusia supaya memakannya sama ada dahulu daripada mengebumikan mayat atau kemudian daripadanya seperti yang telah diadatkan kebiasaan manusia.

Demikian lagi makruh lagi bid’ah bagi segala orang yang diserukan dia memperkenankan seruannya.

Dan setengah daripada yang qabihah lagi makruh mengerjakan dia barang yang di kerjakan kebiasaan manusia barang dinamakan dengan kaffarah dan wahsyah dan tujuh hari dan empat puluh dan umpama yang demikian itu.

Ada pun asal sunat menyediakan makanan itu pada barang yang dahulunya sabda Nabi s.a.w. tatkala datang khabar kematian Sayyidina Ja’far bin Abu Talib pada perang Mutah perbuat olehmu

bagi keluarga Ja’far makanan maka sesungguhnya telah datang akan mereka itu barang yang membimbangkan mereka itu. (20)

6- 5 Kitab Bahru A1-Madzi

Maksudnya antara lain seperti:

(i) Keluarga si mati memasak makanan dan menghimpun orang ramai dan menjamu mereka makanan itu tidak ada sedikit pun sandaran riwayat yang boleh di pegang dan diikuti dari Nabi s.a.w dan dari sahabatnya.

(ii) Hukumnya bid’ah dan makruh jika keluarga si mati memasak dan mengumpulkan orang ramai dan menjamu mereka, kerana berpandukan Hadith Jarir bin Abdullah katanya, “Kami rnengira perhimpunan orang ramai kepada keluarga si mati dan mereka (keluarga) membuat makanan selepas pengebumian mayat adalah daripada perbuatan ratapan kematian”.

(iii) Yang sunnah dan sunat ialah kaum kerabat si mati yang jauh, jiran tetangga dan sahabat handainya memasak dan menjamu kepada ahli atau keluarga si mati sekadar mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya. (21)


sumber : http://www.DarulKautsar.com

siri 5 - kenduri tahlil

5- Hukumnya Makruh Ahli Si Mati Membuat Makanan Untuk Di Jamu Kepada Orang Ramai- Pendapat Empat Mazhab.

Sebagaimana penyusun katakan bahawa adat resam ini menjadi ikutan yang setia oleh sebahagian besar masyarakat Islam di negara kita dan yang paling mendukacitakan ada setengah bijak pandai Islam mempertahankan habis-habisan tradisi turun temurun ini tanpa berpegang kepada dalil-dalil dan hujjah yang kukuh. Oleh itu penyusun fikir ada baiknya di bentangkan dahulu nas atau teks asal dalam bahasa Arab oleh ulamak dari empat mazhab kemudian diiringi dengan maksudnya di dalam bahasa Melayu.

5- 1 Pendapat Mazhab Maliki

Maksudnya: Perhimpunan orang ramai pada makanan di rumah si mati adalah bid’ah yang makruh tidak ada sandaran riwayat yang boleh di pegang sedikit pun, dan itu bukan tempat kenduri jamuan makan. (9)

Pendapat ulamak dalam Mazhab Maliki itu jelas menunjukkan bahawa segala perhimpunan atau keramaian kenduri makan yang diadakan di rumah si mati selepas kematiannya adalah bid’ah lagi makruh kerana keadaan ketika itu tidak layak diadakan majlis jamuan.

5- 2 Pendapat Mazhab Syafiiy

(a) Sebagaimana di sebut dalam kitab A1-Majmu oleh Imam Nawawi:

Maksudnya: Jika ahli si mati membuat makanan untuk orang ramai dan menghimpunkan mereka kepada makanan itu ianya tidak ada sandaran riwayat yang boleh dipegang sedikitpun, dan perbuatan itu bid’ah yang tidak di sunatkan. Berdalil dengan Hadith Jarir bin Abdullah r.a . Kami mengira perhimpunan kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannya adalah dari ratapan kematian (10)

(b) Di dalam Kitab Fiqah Syafiiy yang lain pula menyebut:

Kesibukan ahli si mati (isteri / suami dan anak-anaknya) dengan memasak makanan (selepas kematian) dan menghimpun orang ramai untuk diberikan jamuan kepada mereka sebagaimana menjadi suatu kebiasaan di zaman sekarang, sebenarnya perbuatan itu bid’ah bertentangan dengan sunnah (ikutan Nabi dan sahabat) dan bercanggah dengannya percanggahannya yang berat, tetapi yang sunnahnya ialah sebaliknya (jiran atau keluarga yang jauh atau sahabat handai yang memberikan makan kepada keluarga si mati).

Setengah dari perkara bid’ah yang dilakukan oleh ahli si mati ialah menghimpunkan orang ramai dengan memberi jamuan kepada mereka sempena dengan berlalunya tempoh empat puluh hari lepas kematian dan seumpamanya (seperti tiga hari, tujuh hari, dua puluh hari dan sebagainya). Jika perbelanjaan nafkah makanan tersebut itu dari harta penerima pusaka yang belum cukup umur, maka hukum haramnya perbuatan itu adalah sangat berat, kerana memakan harta anak yatim dan menghabiskan hartanya bukan untuk faedah kebajikkannya. Orang yang mengajak kepada makanan itu dengan orang yang memakannya adalah sama-sama berkongsi melakukan perkara yang diharamkan. (11)

(c) Hasyiah Iaanah A1-Talibin Syarah kepada Kitab Fiqah Fathu Al-Muiin- merupakan Kitab Fiqah Mazhab Syafiiy yang penting - ada menyebut antaranya:

Hukumnya makruh ahli si mati duduk menunggu untuk menerima takziah dan makruh membuat makanan serta menghimpun orang ramai bagi menjamu mereka (kerana berpegang kepada hadith) yang di riwayatkan oleh Ahmad dari Jarir bin Abdullah r.a. beliau berkata kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannya adalah dari ratapan kematian.

Apa yang dilakukan oleh orang ramai dengan berkumpul di rumah ahli si mati dan membuat makanan adalah dari perbuatan bid’ah yang mungkar yang mana diberi pahala kepada pihak penguasa yang mencegah perbuatan itu.

Dijadikan adat kebiasaan ahli si mati membuat makanan untuk menjemput orang ramai bagi menikmati makanan yang di masak. Perbuatan itu adalah bid’ah lagi makruh, seperti juga hukumnya bid`ah lagi makruh kepada orang yang menerima panggilan itu.

Setengah dari bid’ah yang menukar, makruh dilakukan, seperti apa yang dibuat oleh manusia daripada wahsyah (berkumpul serta memberikan makan kepada orang ramai), menghimpun orang ramai dan mengadakan sambutan majlis kenduri makan sempena empat puluh hari kematian. Bahkan semua itu menjadi haram jika perbelanjaan berkenaan dari harta mahjur (belum baligh, gila dan sebagainya) atau dari harta si mati yang mempunyai bebanan hutang ke atasnya atau jika timbul pelbagai kemudaratan dan sebagainya.

Rasullullah s.a.w. berkata kepada Bilal bin A1- Harthi

Wahai Bilal siapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnahku yang dimatikan selepas ku ini dia akan mendapat pahala seperti orang yang beramal dengannya tanpa kurang sedikitpun pahala mereka itu, dan siapa merekaciptakan suatu bid`ah yang sesat tidak diredai Allah dan Rasulnya dia akan mendapat dosa seperti orang yang melakukannya tanpa sedikitpun kurang dari dosa mereka itu.

Tiada keraguan lagi bahawa mencegah manusia dari melakukan perkara bid’ah yang mungkar itu bererti menghidupkan sunnah Rasul dan mematikan bid’ah serta membuka lebih banyak pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu keburukan.

Makruh ahli si mati menerima tetamu dengan menjamu makanan kepada mereka dan ianya bid’ah kerana memberikan makan kepada tetamu itu disyarakkan pada masa gembira sahaja. Sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah dengan Isnad yang sahih dari Jarir bin Abdullah. Beliau berkata, “Kami mengira perhimpunan kepada ahli si mati dan mereka membuat makanan adalah dari perbuatan ratapan kematian” (12)

5-3 Mazhab Hanbali

Jika ahli si mati membuat makanan untuk dijamu kepada orang ramai, maka hukumnya makruh, kerana perbuatan itu menambahkan lagi ke atas musibah mereka dan menambahkan lagi kesibukan ke atas kesibukan mereka yang sedia ada, dan kelakuan itu seperti perbuatan golongan jahiliah. (13)

Di dalam Mazhab Hanbali ada pengecualiannya, iaitu jika terpaksa keluarga si mati membuat makanan kepada orang ramai, maka hukumnya harus. Umpamanya memberi makan kepada orang yang hadir menziarahi mayat, mereka itu datang dari tempat-tempat dan perkampungan yang jauh dan mereka bermalam di rumah keluarga si mati dan terpaksa menerima mereka sebagai tetamu. (14)

5-4 Mazhab Hanafi

Hukumnya makruh keluarga si mati menerima tetamu dengan memberi makan kepada mereka, kerana yang demikian itu disyarakkan hanya di waktu kebahagiaan bukan dalam waktu kesedihan (seperti selepas kematian), ianya adalah bid,ah yang keji, diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Majah dengan Isnad yang sahih dari Jarir bin Abdullah, beliau berkata:
“Kami mengira perhimpunan kepada keluarga si mati dan mereka membuat makanan (untuk dijamu kepada orang yang berhimpun itu) adalah dari ratapan kematian.” (15)

Jumaat, 24 Julai 2009

siri 4- kenduri tahlil

4- Sunat Membuat Makanan Untuk Ahli Si Mati - Pendapat Empat Mazhab

Selepas kita mengikuti perbincangan ulamak mujtahidin mengenai membuat dan menjamu makanan selepas kematian atau dengan lain perkataan, membuat kenduri dan jamuan makan selepas kematian. Difahamkan dari ulasan dan penerangan itu amat berbeza sekali apa yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat Islam kita pada hari ini, di mana amalan mereka membuat kenduri dan jamuan makan selepas kematian bercanggah dengan sunnah Nabi dan sunnah sahabat dan bertentangan dengan fatwa-fatwa ulamak. Kerana masalah ini sangat menebal di amalkan dalam masyarakat Islam Melayu kita penyusun merasai mustahak membentangkan pula kepada pembaca pendapat Fuqahaa dari empat mazhab sebagaimana berikut :-

4-. 1 Mazhab Maliki

Disunatkan kepada jiran dan seumpamanya menyediakan makanan kepada keluarga si mati kerana kesibukan mereka terhadap kematian.

4- 2 Mazhab Hanafi

Disunatkan kepada jiran keluarga si mati dan kaum kerabatnya yang jauh menyediakan makanan untuk keluarga si mati yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, kerana sabda Nabi s.a.w: “Hendaklah kamu membuat makanan kepada keluarga Jafar, sesungguhnya telah menimpa mereka perkara yang mnegharukan”. Kerana memberi makan itu perkara kebaikan dan maruf, dipelawa sungguh-sungguh kepada mereka supaya mereka makan, kerana kesedihan menghalang mereka dari makan makanan dan menyebabkan mereka menjadi lemah.

4- 3 Mazhab Hanbali

Disunatkan membuat makanan untuk ahli si mati, dihantar makanan itu kepada mereka kerana memberi pertolongan dan melembutkan hati mereka. Boleh jadi mereka sibuk dengan ujian bala yang diterima dan sibuk dengan kunjungan orang ramai yang datang menemui mereka, menyebabkan tidak dapat menyediakan makanan untuk diri mereka sendiri. Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abdullah bin Ja.far, beliau berkata apabila tiba berita kematian Ja’far (bin Abu Talib), Rasulullah s.a.w. bersabda hendaklah kamu membuat makanan kepada keluarga Ja’far, sesungguhnya telah menimpa mereka perkara yang mengharukan.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abu Bakar beliau berkata: “Sentiasa Sunnah Nabi itu menjadi ikutan kami (sahabat Nabi) sehingga ditinggalkan oleh manusia yang meninggalkannya (yakni sehingga sunnah ini ditinggalkan dan tidak di amalkan oleh kebanyakan orang).

4- 4 Mazhab Syafiiy

Sebagaimana disebut dalam kitab A1-Muhazzab oleh A1-Syairazi (8):

Disunatkan kepada kaum kerabat si mati dan jirannya membuat makanan kepada ahli si mati (suami / isteri dan anak-anaknya), kerana diriwayatkan apabila Jafar bin Abu Talib terbunuh, Nabi bersabda, “hendaklah kamu membuat makanan kepada keluarga Ja’far, sesungguhnya telah menimpa mereka perkara yang mengharukan”.

Imam Nawawi menyebut di dalam kitab A1-Majmu syarahan kepada kitab al-Muhazzab Imam Syafiiy berkata di dalam kitab A1- Mukhtasar, “Aku suka kepada kaum kerabat si mati danj irannya membuat makanan untuk ahli si mati yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, sesungguhnya perbuatan itu sunnah dan dilakukan oleh golongan baik-baik.”

Telah berkata Ashab kita (ulamak Fiqah Syafiiy):

“Dipelawakan sungguh-sungguh kepada mereka (keluarga si mati) supaya mereka makan. Walau mayat itu berada di negeri lain sekalipun di sunnat juga kepada jiran tetangga keluarga si mati membuat makanan untuk mereka.”

Setelah kita mengikuti pendapat ulamak di dalam empat mazhab mengenai membuat dan menyediakan makanan ataujamuan selepas kematian, kita dapati semua mazhab telah bersepakat kata bahawa hukumnya sunat bagi jiran tetangga dan bagi kaum kerabat yang jauh kepada si mati membuat makanan kepada keluarga si mati, bukannya keluarga si mati yang memasak makanan dan menjamu jiran dan orang ramai apabila suatu kematian berlaku seperti diamalkan oleh kebanyakkan masyarakat kita pada hari ini.


siri 3 - kenduri tahlil

3- Pandangan Ulamak Mengenai Menjamu Makanan Dan Perhimpunan Selepas Kematian.

Di bawah ini diperturunkan pesanan ulamak besar lagi mujtahid :

3- 1 Imam A1-Syafiiy menegaskan dalam kitabnya (A1-Umm):

Maksudnya Aku suka jiran si mati atau orang yang mempunyai pertalian keluarga dengannya (keluarga jauh) memberikan makan kepada ahli mayat yang mengenyangkan mereka pada hari malamnya kerana itu adalah sunnah dan ingatan (zikir) yang mulia dan ianya perbuatan golongan yang baik-baik sebelum dan selepas kita, kerana apabila tiba berita kematian Jafar, Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Buatlah kamu makanan kepada keluarga Ja’far kerana telah menimpa mereka perkara yang mengharukan”.

Maksudnya: “Aku benci diadakan ma`tam iaitu perhimpunan, walaupun tidak ada tangisan kepada mereka, kerana sesungguhnya perbuatan itu memperbaharui dukacita dan membebankan makanan”.

3- 2 Kata Imam Nawawi dalam Kitab A1-Majmu :-

Telah berkata A1-Syafiiy dalam A1-Mukhtasar : “Aku suka kepada kaum kerabat si mati dan kepada jirannya membuat makanan kepada ahli mayat yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, sesungguhnya ia adalah sunnah, dilakukan oleh golongan baik-baik. Kata Ashab kita (iaitu ulamak Fiqah Syafiiy) membuat pelawaan sungguh-sungguh supaya ahli mayat itu makan, walaupun mayat berada di negeri lain di sunatkan juga kepada jiran keluarga si mati membuat makanan untuk mereka”. (2)

3- 3 Mengikut Kitab Al-Fiqahi Ala A1-Madhahib A1-Arbaah:

Setengah daripada perbuatan bid’ah yang makruh apa yang dibuat oleh manusia sekarang ialah melakukan penyembelihan ketika turunnya mayat dari rumah, ataupun semasa mayat berada di kubur. Hukumnya bid’ah dan makruh menyediakan makanan kepada mereka yang berkumpul untuk memberi takziah, dihidangkan makanan untuk mereka seperti dilakukan (menjamu makanan) di majlis-majlis atau perayaan kerana kegembiraan.
Jika memberi makan kepada orang ramai selepas suatu kematian sedangkan pewaris itu belum cukup umur, maka hukumnya haram. Sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah dari Jarir bin Abdullah beliau berkata : “Kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannya adalah dari ratapan kematian”. (3)

3-4 Syaikh A1-Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah berkata:

“Manakala ahli si mati membuat makanan dan memanggil orang ramai supaya memakannya, bahawa perbuatan ini tidak disyarakkan bahkan ia bid’ah berdasarkan kepada Hadith Jarir bin Abdullah kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati dan mereka memasak makanan untuk dijamu orang ramai adalah dari ratapan jahiliyyah” (4)

3- 5 Didalam Kitab Fiqh A1-Sunnah menyebut:

Di sunatkan membuat makanan kepada ahli si mati, kerana ianya dari perkara kebajikan dan taqarrub kepada Allah dari jiran tetangga dan dari kaum kerabat (yang jauh). Imam Syafiiy berkata:

Aku suka kaum kerabat si mati membuat dan memberi makan kepada ahli mayat yang boleh mengenyangkan mereka untuk hari dan malamnya, kerana ia adalah sunnah dan perbuatan golongan yang baik-baik.

Ulamak mengatakan sunat mempelawa sungguh-sungguh supaya ahli mayat memakan makanan yang diberikan itu supaya mereka tidak menjadi lemah lantaran tidak menjamah makanan di sebabkan terlampau terkejut dengan peristiwa kematian atau dengan sebab segan.

Imam-imam mazhab telah bersepakat kata bahawa hukumnya makruh ahli si mati membuat makanan untuk dijamu kepada orang ramai yang berkumpul kepada keluarga si mati. Kerana perbuatan itu menambahkan lagi musibah ke atas mereka dan memperbanyakkan lagi kesibukan di atas kesibukan mereka yang sediakan ada dan perbuatan itu tak ubah seperti kelakuan golongan jahiliyyah. Hujah ini berdasarkan Hadith Jarir bin Abdullah: “Kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannya adalah dari ratapan kematian”

Setengah ulamak mengatakan hukumnya haram ahli si mati membuat makanan untuk dijamu kepada orang ramai. (5)

3- 6 Di dalam Kitab Hukmu A1-Quran Lil Amwat menyebut:

Antara bid’ah yang diharamkan ialah ahli si mati menjamu makanan kepada orang yang memberikan takziah atau memberikan makan kepada fakir miskin selepas mengiring jenazah, pada hari Khamis, pada hari ketiga, pada hari keempat puluh dan tahunan. Tetapi yang sunnahnya sahabat handai dan jiran tetangga memberikan makanan kepada ahli si mati kerana Hadith Nabi bersabda: “Hendaklah kamu memberikan makanan kepada ahli Ja’far, sesungguhnya telah menimpa mereka perkara yang mengharukan”. Diriwayatkan oleh Tarmidhi dan selainnya dengan sanad yang sahih. (6)

3- 7 Di dalam Kitab Ahkam A1-Janaiz Wa Bidaiha menyebut antara bid`ah ialah:

(i) Ahli si mati menerima tetamu dengan memberikan makan kepada mereka.

(ii) Hukumnya bid’ah apabila menerima jemputan bagi jamuan makanan daripada ahli si mati. (7)



sumber : http://www.darulkautsar.com/

siri 2- kenduri tahlil

2- Kembali kepada Allah dan Rasul

Penyusun rasa terpanggil untuk mengikut serta dalam perbincangan masalah perselisihan yang tidak berkesudahan itu, semoga masyarakat kita dapat menilai khususnya alim ulamak dan bijak pandai Islam, siapakah yang sebenarnya berada di pihak yang hak dan siapakah pula berada di pihak yang kabur di dalam menentukan sikap terhadap masalah yang dinyatakan itu.

Ulamak silam telah membentang kepada kita umat kemudian mengenai hukum membuat dan menjamu makanan kepada orang ramai selepas berlaku kematian. Antara Hadith-Hadith yang membincangkan secara khusus mengenai perkara itu ialah :-

Yang Pertama:

Hadith yang sahih dikeluarkan oleh Abu Daud, A1-Tarmizhi dan Ibnu Majah dari Abdullah bin Jafar, beliau berkata, “Apabila tiba berita kematian Ja’far (bin Abi Talib), Nabi bersabda:

Maksudnya : “Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja’far (isteri dan anak-anaknya), sesungguhnya telah menimpa mereka perkara yang mengharukan”.

Dalam Hadith di atas, Rasulullah s.a.w. mengarahkan jiran tetangga yang tinggal berhampiran dengan keluarga si mati membuat makanan kepada mereka yang ditimpa musibah dukacita kematian. Ja’far bin Abi Talib mati syahid dalam peperangan Mu`tah pada tahun kelapan Hijrah, sebaik sahaja berita kematiannya sampai, Nabi menyuruh jiran tetangganya melakukan perkara itu kepada keluarganya supaya meringankan beban dukacita dengan memberi makanan kepada mereka.

Yang Kedua

Hadith Jarir bin Abdullah r.a, Maksudnya : “Kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannya adalah dari ratapan kematian”

Diriwayatkan oleh Ahmad b. Hanbal dan Ibnu Majah dengan isnad yang sahih.

Hadith di atas menunjukkan kepada kita, bahawa orang ramai yang berhimpun di rumah ahli si mati dan memakan makanan yang dimasak dan dihidangkan oleh ahli si mati adalah dari perbuatan ratapan. Ratapan selepas kematian adalah perbuatan jahiliah dan hukumnya haram, sebagaimana dimaklumi.

Kedua-dua buah Hadith yang dipaparkan itu adalah terdiri dari Hadith-Hadith sahih. Hadith sahih amat tinggi martabatnya di mana ia menjadi sumber hukum yang kedua selepas kitab suci Al-Quran. Perbincangan di kalangan Imam-Imam mujtahid dan ulamak-ulamak agung dari empat mazhab mengenai hukum menjamu makan selepas kematian adalah pada asalnya berdasarkan kepada dua Hadith berkenaan.

Betapa kuatnya sesuatu hukum yang bersandarkan kepada Hadith sahih, sehingga Imam Syafiiy pernah menegaskan mengenai perkara itu, maksudnya, “Apabila sahihnya Hadith, maka itulah mazhab aku, jika tidak sahih, hendaklah kamu campakkannya di belakang dinding”.


sumber : http://www.blogger.com/www.DarulKautsar.com

siri 1- kenduri tahlil

Tidakkah Bid`ah? Menyediakan Makanan Selepas Kematian

1- Mukaddimah

Sudah menjadi adat resam yang lumrah kepada orang Melayu beragama Islam di tanah air kita apabila suatu kematian berlaku di dalam keluarga mereka, sudah tentu ahli keluarga si mati akan menyediakan makanan dan minuman.

Pada kebiasaannya selepas kematian, keluarga si mati memasak dan menyediakan nasi bungkus mengikut bilangan orang yang hadir sembahyang jenazah dan mengikut jumlah orang yang terlibat memberi pertolongan mentajhizkan mayat termasuk mereka yang menggali kubur dan sebagainya. Sebaik sahaja selesai sembahyang jenazah, nasi bungkus diedar dan dibahagi-bahagikan kepada setiap orang yang turun dari rumah selepas sembahyang.

Lepas kematian, di malam yang pertama hingga malam ketujuh diadakan majlis tahlil kepada ruh si mati, sesudah selesai tahlil, keluarga si mati menghidangkan makanan dan minuman kepada jiran dan para jamaah yang hadir sama ada jamuan ringan atau jamuan berat mengikut kemampuan masing-masing. Pada malam ketiga, malam ketujuh, malam ke empat puluh dan malam ke seratus, pada kebiasaannya dihidangkan jamuan nasi dengan aneka masakan gulai yang enak. Setiap malam Jumaat selepas hari ke tujuh hingga hari ke empat puluh atau kadang-kadang hingga hari ke seratus di adakan majlis tahlil, selepas tahlil di malam-malam berkenaan dihidangkan dengan pelbagai hidangan oleh ahli si mati.

Pendek kata bahawa menjamu makanan dan minuman selepas kematian sebagaimana dijelaskan sebentar tadi, menjadi tugas yang terpaksa dilakukan oleh ahli si mati, sama ada mereka dari orang kaya atau mereka yang kurang berada kalau tidak, nescaya akan dicela oleh jiran tetangganya atau sahabat handainya.

Bukan setakat dicemuh, malahan keluarga si mati yang tidak menurut resam turun temurun itu akan dipandang serong oleh masyarakat sekitar, bermacam-macam tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan kepada ahli si mati yang tidak mengikuti tradisi itu, umpamanya dikatakan kedekut, bakhil, tidak mengenang jasa si mati dan dikatakan kepada keluarga yang tidak membuat kenduri kendara selepas kematian, seperti menanam batang pisang dan sebagainya.

Itulah antara ungkapan dan ujaran yang menggambarkan kejinya sesiapa yang meninggalkan tradisi yang tersebut itu.

Bahkan sebahagian besar dari kalangan umat Islam menganggapnya dari ajaran Islam yang penting tidak boleh diabaikan, kerana ianya turut dilakukan oleh orang yang ada pengetahuan agama, sama ada mereka lepasan dari pondok dan lepasan dari sekolah Arab agama. Mana-mana individu yang mengkritik adat resam itu nescaya akan dicop dan dilabelkan sebagai kaum muda yang hendak merosakkan ajaran Islam yang suci itu.

Walau bagaimanapun ada juga segolongan kecil umat Islam di negara kita berpendapat bahawa membuat dan menjamu makanan selepas kematian adalah perkara bid’ah yang perlu ditinggalkan, kerana tidak pemah dibuat oleh Nabi dan sahabatnya.



sumber :http://www.DarulKautsar.com

berita


assalamualaikum...

ader tengok paper hari ni tak... ader? bagus... apa muka depan cerita .. oo pasal seorang pengarah koma.. (artis la ni) kan aku dah cakap dulu.. kalau pasal artis muka depan tak pun satu muka pasal dia.. x kisahla kan dia pun manusia jugak.. hamba Allah.. kita doakan dia sembuh la supaya sempat bertaubat dan berusaha untuk menambah amalan sementara masih hidup ni..


cuba pikir balik.. cuba kalau seorang ulamak koma ker serangan jantung ker ketika tengah memberi ceramah.. ader masuk paper ker? ader? memang ader tapi berapa patah perkataan.. lebih kurang karangan UPSR tak lebih 80 patah perkataan.. kesian kan.. orang yang cuba menyeru manusia ke arah kebaikan seolah olah takder nilai berita.. contohlah hari tu seorang ulama besar telah meninggal.. ader letak muka depan ker? ader satu muka penuh pasal ulamak ni.. takder? ader la sikit itupun nak tak nak jer tulis.. tak penting kot..

anda boleh menilai sendiri apa dah jadi dengan masyarakat sekarang ni.. lebih memuja artis dari ulamak.. aper kalau mati yang tukang sembahyang kan tu artis tu ker? artis - artus kalau mati pun sape solatkan.. pak imam jugak.. jangan la sombong dengan orang alim kat dunia ni.. kalau takder pak imam tu solatkan.. (nak harapkan aku memang tak berapa pandai la.. ) lepas tu pulak takder org yang sanggup nak solatkan.. satu kampung berdosa wei... sebab ader orang solatkan la kita terlepas menanggung dosa tau.. (fadu kifayah)..

harapan aku tak payah la nak meng'idola'kan sangat artis artis ni.. kebanyakan (bukan semua) tak elok.. banyak mudarat dari baik .. itu sajer la .. tulis lebih lebih kang ada yang marah...


Khamis, 23 Julai 2009

mintak la tolong...


Salam,
Melihat kepada anak kecil ini yang comel ini...sudah pastinya anda akan memberi penilaian anak kecil ini sehat seperti kanak-kanak lain.
Untuk pengetahuan semua,anak kecil ini menghadapi masalah jantung berlubang serta memerlukan bantuan kewangan berjumlah RM30 ribu untuk merawat masalah kesihatan yang di hadapi.
Anak comel ini ialah Mohd Arif Hadie Bin Azril Hilmi berumur 1 tahun memerlukan sumbangan anda bagi membiayai kos tersebut.Amatlah berbesar hati jika dapat dihulurkan sumbangan anda sekalian kepada adik Mohd Arif Hadie.
Bapa kepada adik Mohd Arif Hadie Bin Azril Hilmi bertugas sebagai kerani di sebuah syarikat manakala Ibunya bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Pulau Pinang,mereka boleh dihubungi di alamat


Encik Azril Hilmi Bin Abdul
No 878 Mukim 4,Permatang Pauh,
13500 Permatang Pauh,Bkt Mertajam
Pulau Pinang
No I/C : 770202-02-5603
No Tel : +6019-526 5968
Atau Ibunya
Puan Noorhasimah Bt Hashim
No Tel : +6013-464 1192


Sumbangan boleh disalurkan melalui Maybank di akaun no 107161195922 atau hadir sendiri ke alamat tersebut.

Apalah sangat dengan sedikit sumbangan anda dapatlah adik kecil ini untuk membesar sebagaimana kanak-kanak yang sebaya dengannya.....Semoga sumbangan yang tak seberapa yang diberi akan mendapat limpah dan kurnia dari Allah S.W.T

hari hari yang sibuk

maaf... dah dua hari sibuk.. memula kena gi meronda sampai ke rawng.. kemudian kena train bebudak baru masuk.. letih sikit la.. tu la pasal lambat nak update(macam la ramai yang jengok blog aku ni) huhuhu... tv pun lama dah tak tengok.. (banyak rancangan tak pekdah) tidor pun awal.. penat la sikit...

kali ni aku nak story sikit pasal kekaguman aku terhadap imam syafie... umur 2 tahun dia di bawa ke mekah untuk belajar agama.. walaupun dari keluarga miskin..(2 tahun tu dah belajar agama) umur lima tahun dah hafal alquran(kelebihan tu.. kagum aku) umur 15 tahun boleh beri fatwa.. kira macam mufti la.. dasatnyer..aku umur 15 tahun hapah pun tak tau...main je tau.. begitu cerdiknya beliau.. kita kat sini umur 45 pun belum tentu lagi.. memang satu kelebihan dan kurniaan Allah berikan kepada beliau.. (aku yang umur 30 ni pun hafal surah mudah pun susah huhuhu..) hebat.. apa kata dalam pengajian kat sekolah menengah masukkan sejarah imam Syafie ni ganti kepada sejarah henry gurney laknat tu.. kan bagus.. ini pasal penjajah tau tapi pasal sejarah islam.. paling tidak pun letak la sejarah pasal ulamak melayu.. macam abd rahman limbong ke.. tokku paloh ker.. ini tidak cerita pasal diorang ada la dalam setengah muka surat.. yang lebih pasal penjajah.. apa ulamak ulamak ni takder kepentingan ke dalam penentangan kepada british..

kalau aku kata sistem pelajaran sekolah ni sekular ader yang tak setuju.. tapi kenapa asingkan pelajaran agama dengan pelajaran.. kan Islam tu merangkumi semua.. tak kira la pendidikan, undang undang, kehidupan.. dah 5 tahun merdeka tapi kenapa sistem bristish jugak yang kita dok ikut.. sepatutnya bagi aku kita perli melahirkan ramai tokoh2 Islam.. yer.. pembangunan amat penting tapi apa guna pembangunan tanpa akhlak.. tanpa agama yang mantap.. tak boleh ke kita lahirkan engineer tetapi dalam masa yang sama boleh mentafsir al-quran dan hadis.. pemain bola negara yang boleh jadi imam kat masjid.. semestinya bila nak bersukan tu kena la tutup aurat kan.. aku amat berharap semoga Islam dapat di tegakkan di nagara ini.. bukan hanya Islam pada nama tetapi kufur kepada nikmat Allah..



(ya Allah janganlah kau jadikan aku sebahagian dari orang yang kufur dan fasik)

Isnin, 20 Julai 2009

suka makan belacan?

anda suka makan belacan? aku pun suka... tapi sekarang ni aku akan lebih hati hati.. aku harap ada la individu muslim yang akan mengerakkan ekonomi untuk buat belacan..

http://www.bluehikari.com/nikki/2009/07/13/larut-matang-1-industri-geragau/

sulat kabar lame....

KUALA LUMPUR: Dua wartawan sebuah akhbar tempatan yang sering memaparkan isu-isu sensasi dipanggil polis bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berhubung laporan muka hadapan akhbar tersebut semalam yang bertajuk "Restoran Berahi". Kedua-dua wartawan tersebut dipanggil memberi keterangan malam tadi selama dua jam iaitu dari jam 8 hingga 10 malam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPKKL, Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya memanggil kedua-dua wartawan terbabit berhubung pendedahan berani mengenai sebuah restoran yang kononnya menyediakan wanita seksi untuk melayan pelanggan semasa menjamu selera. sumber bernama.





aku nak gelak pun ader.. sebab korang tau la kan paper mana ni.. dalam seminggu paling kurang pun 7 hari dia punya tajuk berkaitan dengan seks.. hehehe.. biasa la nak menarik pelanggan.. tapi isi dalam ntah apa apa ntah.. banyak iklan untuk menang no 4 digit.. iklan nyer yang lebih.. kesian kat wartawan tu.. dah nasib.


aku terpikir kat malaysia ni kalau korang nak jual barang lagi lagi kat melayu la korang jual 2 benda jer.. satu ubat kuat seks(tahan lama) dua cara nak jadi kaya cepat(tak termasuk jumpa bomoh khurafat).. ingat yer 40 hari solat tak diterima tau.Dua benda ni kalau korang pandai memang kaya.. tapi kalau korang jual buku agama macam tafsir quran ke, hadis sahih dari muslim dan bukhari ker, tafsir ibnu katsir ker susah sikit le nak laku.. walaupun harganya murah.. kenapa yek? ntah la aku sendiri pun tak tau.. padahal buku buku macam tu la ader seribu macam ilmu.. ruginya rasa.. kenapa la aku baru tersedar sekarang.. kenapa tidak dari dulu lagi.. sekarang dah kerja kalau boleh undur la kan.. aku tak mau la nak gi sekolah keb.. aku nak masuk sekolah pondok.. huhuhu.. boleh belajar al quran, tafsir dan sewaktula.. (setiap yang berlaku ada hikmah) aku percaya semuanya adalah kehendak Allah.. tapi apa pun Alhamdulillah aku diberi petunjuk walaupun agak lewat.. (kalau dah mati lagi la rugi)

gambar hiasan: bukan nyanyian asal kumpulan ini



Selimut Putih

Bila Izrail datang memanggil

Jasad terbujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil

Terbujur badan dan kedinginan

Tak ada lagi gunanya harta

Kawan karib sanak saudara

Jikalau ada amal di dunia

Itulah hanya pembela diri

Janganlah mahu dikenang-kenang

Engkau digelar manusia agung

Sedarlah diri tahu diuntung

Sebelum masa kerenda diusung

Datang masanya insaflah diri

Selimut putih pembalut badan

Tinggal semua yang dikasihi

Berbaktilah hidup sepanjang zaman



elok la lagu ni diperdengar sebelum mesyuarat..

Ahad, 19 Julai 2009

semuanya dari Allah


aku ni nak cerita ni.. sekadar berkongsi .. niat kalau baik insyaallah akan diperkenan oleh Allah..

satu hari aku kehabisan wang di dompet.. macam biasa la ( sama la korang pun) pegi jumpa bank Kawanku.. sampai je r kat situ nak keluarkan wang la.. dekat pintu tu ader la seorang pemuda.. (muda la dari aku) tengah mintak derma.. err dia tak mintak tapi ader tabung derma untuk sek pondok kat selatan thai tak salah aku la.. dalam hati aku terus niat.. ni kalau mesin ni keluar duit sepuluh adku nak derma sepuluh ringgit.. (hehe takder la banyak kan..sikit jer orang lain lagi la banyak derma dari aku). selalunya aku tak pernah dapat duit sepuluh kalu keluar ikut mesin.. jadinya macam biasa la cucuk kad pastu tekan la seratus.. subhanallah.. keluar duit sepuluh sepuluh la... so sebab aku dah niat aku derma la sepuluh.. tak payah resit la dik.. bila dia nak bagi resit.. satu keajaiban kata aku.. semuanya dah ditentukan oleh Allah.. (apala derma 10 ringgit pun nak citer)
*aku kurang setuju kalau ader yang guna anak yatim jual kalender, ubat ke apa-apa je la.. kesian la kat diorang.. aku rasa macam diorang ni dipergunakan jer.. dah la aku nengok penat diorang.. sedih la aku.. biasanya aku cuma bagi duit suruh diorang pegi beli makan..








Sabtu, 18 Julai 2009

buah buahan tempatan

selalu pegi kedai mamak yang ader jual buku? selalu pegi kedai buku tak... aku selalu la gi carik majalah.. aku memang tak miss untuk beli majalah.. majalah apa? majalah mingguan wanita.. hehehe (maaf aku bukan pondan atau wanita tulen atau dua alam) aku suka baca majalah ni.. tapi yang paling aku suka baca iklan dalam majalah ni.. tak tau la sebab apa.. seronok nengok banyak produk orang islam di iklankan.. lagipun majalah ni banyak info mengenai wanita.. (cara cara mengambil hati isteri la katakan.. hehehehe)

tapi ader satu majalah yang paaaaaling aku benci dan menyampah.. korang mesti taukan majalah apa.. majalah buah-buahan.. ala majalah mangga.. ye sedara sedari majalah yang aku pikir khas untuk lelaki yang sangat pervert.. nama pun mangga.. memaparkan buah buahan tempatan dan luar negara.. dan buah jantan atau pun betina..(patut KDN haramkan je buku ni) aku ingat dah takder keje kot diorang ni.. aku bukan apa kesian la kat tukang amik gambor tu.. bukan semuanyer rela mengambil gambar macam tu...

yang artisnyer pulak macam rela jer tunjuk buah mangga diorang.. memang la aku nengok (alamak nengok untuk pengetahuan hehehe) ranum ranum tapi itukan umtuk suami korang jer.. buat apa la korang tunjuk kat aku dan kaum sejenis aku.. kena yang betul betul pervert diorang buat modal pulak.. kan ke korang pun dapat share dosa.. tunjuk mangga satu hal..(bukak aurat) pastu babitkan orang lain la pulak.. macam MLM pulak..

lagi satu isi cerita dalam nyer langsung tak berpekdah.. contoh la.. tajuk dia :joyah pernah hilang telepon.. contoh je la kan.. dari muka depan sampai ke belakang langsung zero.. aku tulis ni pun bukan apa.. aku naik menyampah dengan majalah ni.. hentikan la pengeluaran.. bukan laku pun aku rasa.. ker laku? aku rasa la tak laku..

ader satu lagi kalau artis lelaki mesti bergambar kat kolam mandi tak pakai baju.. woiii.. ko ingat badan ko tu cantik ker.. buat nmalu je la..

buah kegemaran aku
ini hanya pendapat aku.. maaf kalau ader yang tak setuju.

Khamis, 16 Julai 2009

lagu tema

aku nak tujukan untuk semua pengusaha bas dan teksi.. semua orang ada masalah sendiri.. rezeki Allah dah tetapkan untuk kita.. dengan kenaikan ni aku harap perkhidmatan anda akan cemerlang..




musabaqah

gambar hiasan:maaf ini bukan salah seorang peserta.



assalamualaikum...

sekarang ni tengah berlangsung pertandingan musabaqah al- quran. bagus.. tapi sedikit persoalan.. kenapa ada qariah wanita? bukankah suara wanita tu aurat.. ? kalau ade yang kata boleh sebab mengaji tapi kenapa wanita tak boleh azan.. haram.. (kalau salah betulkan) pendapat aku yang jahil ni la kan.. apa salahnyer buat pertandingan hanya untuk wanita sahaja dan hanya di hadiri oleh wanita.. kan elok tu.. maaf ini bukan nye pertandingan menyanyi.. seperti AF, mentor dan seharam dengan nyer..

*buat tilawah tiap tiap tahun(bagus) tapi isinyer dan panduan tak nak dibuat panduan...(tak bagus)

renungan..

6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN

· SETELAH ALLAH SWT SELESAI MENCIPTAKAN JIBRAIL AS DENGAN BENTUK YANG CANTIK, DAN ALLAH MENCIPTAKAN PULA BAGINYA 600 SAYAP YANG PANJANG , SAYAP ITU ANTARA TIMUR DAN BARAT (ADA PENDAPAT LAIN MENYATAKAN 124, 000 SAYAP). SETELAH ITU JIBRAIL AS MEMANDANG DIRINYA SENDIRI DAN BERKATA : "WAHAI TUHANKU,

· ADAKAH ENGKAU MENCIPTAKAN MAKHLUK YANG LEBIH BAIK DARIPADA AKU?."

· LALU ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD.. "TIDAK"

· KEMUDIAN JIBRAIL A.S. BERDIRI SERTA SOLAT DUA RAKAAT KERANA SYUKUR KEPADA ALLAH SWT. DAN TIAP-TIAP RAKAAT ITU LAMANYA 20,000 TAHUN. SETELAH SELESAI JIBRAIL AS SOLAT,

· MAKA ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD.

" WAHAI JIBRAIL, KAMU TELAH MENYEMBAH AKU DENGAN IBADAH YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH, DAN TIDAK ADA SEORANG PUN YANG MENYEMBAH KEPADAKU SEPERTI IBADAT KAMU, AKAN TETAPI DI AKHIR ZAMAN NANTI AKAN DATANG SEORANG NABI YANG MULIA YANG PALING AKU CINTAI, NAMANYA MUHAMMAD.' DIA MEMPUNYAI UMAT YANG LEMAH DAN SENTIASA BERDOSA, SEKIRANYA MEREKA ITU MENGERJAKAN SOLAT DUA RAKAAT YANG HANYA SEBENTAR SAHAJA, DAN MEREKA DALAM KEADAAN LUPA SERTA SERBA KURANG, FIKIRAN MEREKA MELAYANG BERMACAM-MACAM DAN DOSA MEREKA PUN BESAR JUGA. MAKA DEMI KEMULIAANNKU DAN KETINGGIANKU, SESUNGGUHNYA SOLAT MEREKA ITU AKU LEBIH SUKAI DARI SOLATMU ITU. KERANA MEREKA MENGERJAKAN SOLAT ATAS PERINTAHKU, SEDANGKAN KAMU MENGERJAKAN SOLAT BUKAN ATAS PERINTAHKU."

· KEMUDIAN JIBRAIL A.S. BERKATA:

"YA TUHANKU, APAKAH YANG ENGKAU HADIAHKAN KEPADA MEREKA SEBAGAI IMBALAN IBADAT MEREKA?"

· LALU ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD.

"YA JIBRAIL, AKAN AKU BERIKAN SYURGA MA'WAA SEBAGAI TEMPAT TINGGAL..."

· KEMUDIAN JIBRAIL AS MEMINTA IZIN KEPADA ALLAH UNTUK MELIHAT SYURGA MA'WAA. SETELAH JIBRAIL AS MENDAPAT IZIN DARI ALLAH SWT MAKA PERGILAH JIBRAIL AS DENGAN MENGEMBANGKAN SAYAPNYA DAN TERBANG, SETIAP DIA MENGEMBANGKAN DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH MALAIKAT JIBRAIL AS SELAMA 300 TAHUN SEHINGGA IA MERASA LETIH DAN LEMAH DAN AKHIRNYA DIA TURUN SINGGAH BERTEDUH DI BAWAH BAYANGAN SEBUAH POHON DAN DIA SUJUD.

· KEPADA ALLAH SWT LALU IA BERKATA DALAM SUJUD :

· "YA TUHANKU APAKAH SUDAH AKU MENEMPUH JARAK PERJALANAN SETENGAHNYA, ATAU SEPERTIGANYA, ATAU SEPEREMPATNYA?"

· KEMUDIAN ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD.

"WAHAI JIBRAIL, KALAU KAMU DAPAT TERBANG SELAMA 3000 TAHUN DAN MESKIPUN AKU MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADAMU SEPERTI KEKUATAN YANG ENGKAU MILIKI, LALU KAMU TERBANG SEPERTI YANG TELAH KAMU LAKUKAN, NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SAMPAI KEPADA SEPERSEPULUH DARI BEBERAPA PERPULUHAN YANG TELAH KUBERIKAN KEPADA UMAT MUHAMMAD TERHADAP IMBALAN SOLAT DUA RAKAAT YANG MEREKA KERJAKAN.... ."

MARILAH SAMA2 KITA FIKIRKAN DAN BERUSAHA LAKUKAN... SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN ENAM PERKARA IAITU :

· ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN REDHA-NYA DALAM TAAT.

· ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN MURKA-NYA DI DALAM MAKSIAT.

· ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN NAMA-NYA YANG MAHA AGUNG DI DALAM AL-QURAN.

· ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN LAILATUL QADAR DI DALAM BULAN RAMADHAN.

· ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN SOLAT YANG PALING UTAMA DI DALAM SOLAT (YANG LIMA WAKTU).

· ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN (TARIKH TERJADINYA) HARI KIAMAT DI DALAM SEMUA HARI.

SEMOGA KITA MENDAPAT BERKAT DARIPADA ILMU INI. WALLAHUALAM KALAU RAJIN... TOLONG SEBARKAN CERITA INI KEPADA SAUDARA MUSLIM MUSLIMAT YANG LAIN AGAR MENJADI RENUNGAN DAN PELAJARAN KEPADA KITA SEMUA. ILMU YANG BERMANFAAT IALAH SALAH SATU AMAL YANG BERKEKALAN BAGI ORANG YANG MENGAJARNYA MESKIPUN DIA SUDAH MENINGGAL DUNIA...

tahniah..

assalamulalaikum... sori la semalam x update.. kena gi shah alam..ada hal... sebelum tu aku nak ucap tahniah la sebab pas menang walaupun sedikit majorit.. hu..hu..hu.. sebab utam aku rasa pasal UG la ni... orang bawah(penyokong la..) tak mau UG ni.. tapi ader sesetengah pemimpin ndak sangat sangat berkawan ngan umno.. bukan tak boleh nak berkawan tapi umno kena la tukar perlembagaan nya dulu.. membina sebuah negara yang berasaskan hukum islam.. dan menjadikan al-quran dan sunnah rasul sebagai panduan.. bukan nyer perlembagaan british.. itu sajer.. bukan susah pun.. (negara kita ni ikut bristish nama jer negara Islam) .. apa apa pun tahniahla.. takper jambatan tu lain kali boleh.. tapi yang pasti kita semua akan melalui jambatan di akhirat.. kalau iman kukuh boleh la lepas tapi kalau tak hmm.. pikirlah sendiri.. apa yang berlaku adalah kehendak allah..

Selasa, 14 Julai 2009

hiburan sikit

sempena PRK kecil ni aku nak tenang kan korang sikit.. lagu a ramlie hehehehe... (PAS menang la hendaknya) dengan izin Allah.

(lagu ni takde kena mengena pun dengan PRK.)

penyanyi:A ramlie

tajuk: terpisah akhirnya.. lagu saduran hindustan

tahun : 70an kot.(lagu ni sempena perpisahan beliau dengan Maria bachok) menurut info la.

Isnin, 13 Julai 2009

eiii..geli mak


assalamualaikum...


"eiii.. geli mak" itu jer yang dapat aku cakap.(maaf aku bukan pondan) aku rasa perkataan ini agak sopan la ditujukan kepada TPM kita tu. malam tadi aku tertengok berita buletin umno. dia cakap jambatan akan di buat kalau umno menang.kepala hotak dia. bukanke jambatan itu satu keperluan sosial yang perlu kerajaan buat, ini nak menang punya pasal sanggup cakap macam tu. ini negara demokrasi. kita akan pilih mana mana parti yang kita suka.

aku rasa ini dah macam rasuah jer. kalau undi dapat jambatan kalau tak babai ler... eh apa ni? ingat duit yang nak buat jambatan tu duit dia kot... gaji pun rakyat yang bayar.. kalau rakyat tak bayar cukai tau pulak nak marah.. dah menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan prasana untuk kemudahan rakyat.. (mula dah geram ni) sape pun yang menjadi kerajaan tak kira dari parti mana (tak termasuk partiban) mesti.. di ulang MESTI bertanggungjawab menjalankan amanah dengan betul.. kalau puak puak PR buat macam ni jugak.. aku akan kutuk jugak.. akau ingat pengundi MU ni kebulur sangat ke kat jambatan tu..

katakan la MU ni BN menang.. jadi buat jambatan.. agak agak la kontraktor mana yang dapat projek? takkan nak dapat kat yang pro PAS pulak kan.. slogan jer lebih habuk pun tarak.. rakyat di utamakan apekebendanya..(kroni diutamakan adala).. aku berdoa semoga wakil BN hilang deposit.. hu.. hu.. hu...

Sabtu, 11 Julai 2009

berita 100 hari




kuala lumpur: keahlian kelab menari pocong pocong akan digerakkan ke seluruh malaysia kata presiden kelab menari pocong pocong atau nama singkatannye OPOCO. presiden kelab OPOCO ini kini di sandang secara rasmi oleh kak ros. "kita akan melobi supaya acara ini akan dipertandingkan ke sukan SEA yang akan berlangsung tak lama lagi"tambahnya lagi.


kementerian veteran dan sukaneka akan di beri tanggungjawab untuk membentangkan kertas kerja supaya acara ini menjadi kenyataan.


sebelum itu beliau merasmikan hari OPOCO peringkat kebangsaan di sini malam tadi. turut menghadirkan diri ialah jedi jedi dan padawan dari seluruh malaysia. turut kelihatan ialah ubi wan kelubi salah seorang master jedi."dapat relaks sikit" katanya. menurut seorang ahli peserta beliau menyokong penuh kepimpinan kak ros memimpin kelab ini sambil menghirup minuman berperisa ros.


suami kak ros pula berkata"sejak saya mengamalkan tarian ini kak ros tidak merungut lagi" sambil menjeling manja ke kak ros. acara ini juga akan diwajibkan sebelum semua acara rasmi kerajaan tidak lama lagi.


turut memeriahkan acara kehadiran beberapa diplomat asing dan isteri kenamaan. ia juga di hadiri lebih dari 2000 orang dipercayai ahli terawal kelab ini.

Jumaat, 10 Julai 2009

sedikit sumbangan





http://www.nurhikmah.org.my/home/

Jangan buang / campak / bunuh / tinggalkan / abaikan bayi anda !!!Beri pada kami. Kami sudi menjaganya.
Hubungi Kami di 1700 800 020 (24 jam) atau 03-8733 2411 (Waktu Pejabat)

Anak-anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya dan mereka dilahirkan ke muka bumi ini untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan di samping menerima didikan dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka.Sejak kecil mereka diberikan kasih sayang dan belaian yang tiada nilainya supaya mereka tahu untuk menghargainya apabila dewasa kelak. Sebagai ibu bapa, jangan ada rasa benci atau halangan untuk mencurahkan sepenuhnya kasih sayang terhadap anak mereka, supaya mereka tidak merasa terpinggir.
Sesibuk manapun seorang ibu atau bapa itu dengan kerjaya masing-masing, anak-anak tidak sepatutnya diabaikan. Walaupun diupah pengasuh untuk menjaga makan minum si anak, namun sebenarnya anak-anak lebih memerlukan perhatian daripada kedua ibu bapa mereka.Anak-anak kecil mahukan belaian kasih sayang daripada insan yang melahirkan mereka, menyuapkan makan dan minum serta menidurkan mereka dan bukannya hanya wang ringgit semata-mata. Namun, kisah penderaan kanak-kanak sering menjadi isu tatkala berlaku kes ini sehingga melibatkan kehilangan sebuah nyawa insan yang masih kerdil dan tidak berdosa. Kita juga sering kali diperihalkan mengenai kisah kanak-kanak yang didera di media elektronik dan media massa sehingga mengusik naluri setiap insan.
Tiap kali berita seperti ini dipaparkan, ramailah yang mengutuk perlakuan insan yang tidak berhati perut ini. Reaksi terhadap perbuatan tidak berperikemanusiaan menjadi lumrah, namun ia tidak dapat membantu mengurangkan gejala ini.Kes penderaan kanak-kanak ini sering dikaitkan dari segi mental mahupun fizikal. Akibat didera secara fizikal seperti dipukul, disimbah minyak panas dan ada dicucuh puntung rokok ataupun ubat nyamuk, akan meninggalkan parut-parut luka.
Malah, ada ibu bapa yang lebih kejam sehingga mereka sanggup menekap seterika panas di badan anak kecil ini tanpa ada rasa belas kasihan malah hanya membiarkan anak kecil ini menangis menahan rasa sakit yang tidak terhingga.
Penderaan dari segi mental juga meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri mangsa malah tiada ubat untuk mengubati kesan yang dialami. Jika dibiarkan ia akan menyebabkan tekanan dan gangguan mental serta tekanan jiwa yang menganggu proses pembesaran apabila mereka meningkat dewasa kelak.Selain itu, ada juga penderaan yang melibatkan gangguan atau deraan seksual seperti rogol, cabul, mahupun liwat.
Apabila sudah tidak tahan lagi dengan penderaan dan tekanan anak-anak ini mencari peluang untuk melarikan diri dari jagaan keluarga. Jika mereka melarikan diri untuk menumpang dengan ahli keluarga yang lain, mereka akhirnya akan dikembalikan kepada penjaga asal.
Apa yang mereka lakukan ialah lari dan berlindung dengan orang yang tidak mereka kenali. Jika mereka bernasib baik mereka akan dihantar ke rumah jagaan atau rumah perlindungan.

Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (No. Pendaftaran 646393-A) ditubuhkan bagi membantu anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar.




MELALUI MAYBANK

Anda dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak ini melalui Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email http://my.mc760.mail.yahoo.com/mc/compose?to=presiden@nurhikmah.org.my.

MELALUI CIMB ONLINE

Caranya ialah :
1. Login ke https://www.cimbclicks.com.my/
2. Pilih Pay Bills
3. Pilih Akaun Anda (Payment From)
4. Pilih Payment To >> Payee List
5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
6. Masukkan Nama Anda (optional)
7. Masukkan Contact No. (optional)
8. Masukkan Jumlah
9. Tekan Submit

------------ --------- --------- --------- --------- -------
YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon : 03-87332411Fax : 03-87332967
Laman web : http://www.nurhikmah.org.my/
EMAIL : http://my.mc760.mail.yahoo.com/mc/compose?to=presiden@nurhikmah.org.my

Yahoo Group: http://groups.yahoo.com/group/nurhikmah/


------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------

AMARAN :

Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah melantik mana-mana pihak atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada pihak ketiga bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah atau Khidmat Nur Hikmah. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat terus kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah samada melalui cek atau secara online ke Akaun Maybank 564306010030.

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila email kepada http://my.mc760.mail.yahoo.com/mc/compose?to=presiden@nurhikmah.org.my atau telefon 019-2158 827 (24 jam) .

ramadan akan menjelama

gambarhiasan: ini bukan pasar ramadhan



rupanya tak lama lagi kita akan menyambut ramadhan al mubarak.. bulan yang penuh kerahmatan.. berdoalah kita semoga kita dapat menghayati dan memperbanyakkan amalan di bulan ramadhan.. bulan lain pun kena banyak jugak tetapi bulan ramadhan ni lebih keberkatannya(macam ustaz plak aku ni)

masa ni la kita nengok senario berikut:

1.surau dengan masjid penuh di awal bulan dan kurang di akhir bulan

2.pukul 3 dah ader orang beli air bungkus kat pasar ramadhan.. (pukul 3?)

3.majlis berbuka puasa dengan anak yatim(bagus ni)

4.pahala penuh di pagi hari dan habis bila nak berbuka.(biasa terjadi di pasar ramadhan)

5.kedai makan kat datuk keramat beroperasi seperti biasa.

6.ramai pembeli memakai helmet disini(berkait dengan no 5)

7.haiwan kat zoo mula gelabah dan tak boleh tidur malam(bunyi mercun la apa lagi)

itu jer yang dapat aku senaraikan.. tiap tiap ramadhan macam tu.. tahun ni aku berazam nak puasa yang sebenar puasa tau.. harap harap di beri izin Allah dapat la hidup sampai ramadhan ni..

teringat masa aku kat asrama dulu.. masa tu sahur.. ader ke makan mihun getah(rasa macam gigit gelang getah).. dah la ngantuk.. pastu aku naik asrama member aku ni tengah tidur lagi.. dia dalam mengantuk tu dia tanya aku "sahur apa kat dewan makan?" "ayam masak merah dengan nasi minyak" selamba je aku jawab.. dia pun apalagi dengan semangatnyer bangun terus gi dewan makan.. pastu korang tau la kan.. hehehe.. bukan apa aku cuma nak suruh dia amik berkat bersahur jer.. bukan niat nak memainkan dia.. hehehehe(apasal tak lawak aku rasa)

Khamis, 9 Julai 2009

pinjam tapi tak bayar

ader orang suka meminjam.. ader jugak suka sangat tak bayar.. pastu kita pulak malu nak mintak.. tapi si peminjam tak malu pulak tu.. apa nak buat yer? ader jugak orang pinjam duit kat aku.. bukan banyak pun rm 10 jer.. tapi masa tu aku tengah belajar... mana la nak ader duit.. bila aku mintak (setelah berminggu minggu lamanya) kau tau apa dia jawab.. "alah 10 ringgit pun nak kecoh ker" pastu dia blah buat tak tau.. ingatkan nak nak bayar time tu jugak rupanya lepas cakap mcm tu terus blah macam tu jer.. err.. aku hutang dia ker , dia hutang ngan aku..
dari saat tu jugak aku terus tak kawan dengan dia..lepas insiden tu aku amat berhati hati kalau nak mintak hutang ngan orang.. ye la kan bab duit ni adik beradik pun boleh bergaduh tau.. takpelah kepada sesapa yang penah hutang aku dulu ni aku kira halalkan la.. sekarang aku amat amat malu kalau nak mintak hutang dengan orang.. iyelah orang berhutang ni bukannyer ader duit angat pun.. kalau ader duit takkanlah dia nak berhutang kot... (bersangka baik ni) walaupun dia ader niat nak menipu ker apa ker.. tetap bersangka baik.. berhati hati lah korang semua.. aku pun ader hutang jugak kan.. dengan bank dan dengan orang tai yang paling besar aku ader hutang dengan Allah.. banyak lak tu.. hutang tak pose dengan hutang tak solat masa jahil dulu.. kena qada balik ni.. sebelum mati..
korang ader hutang tak?

hapuskan cicak..


aku dapat email.. untuk kongsikan dengan anda..


Ada orang bertanyakan saya bagaimana nak hapuskan cicak rumah selepas saya tulis artikel hapuskan lipas. Saya akan cuba bantu sebab hapuskan cicak tu perkara bagus. Dalam agamapun digalakkan kita hapuskan cicak.

Cicak, najisnya, telurnya, dan bangkainya boleh memudaratkan manusia. Ada yang kaitkan sakit sopak dengan bangkai atau telur cicak dalam kolam air mandi atau air minum. Tak taulah betul atau tidak. Ada yang kaitkan cicak dengan keracunan salmonella. Malahan ada yang kaitkan cicak dengan tumor, kerana cicak boleh terkena serangan tumor ( benjolan-benjolan ). Pun tak tau kesahihannya.Yang tanpa syak ialah ke mana saja cicak merayap, ia akan menyebarkan virus dan kotoran yang tersangkut pada kaki, badan dan ekornya.

Banyak tempat cicak merayap, termasuklah tandas, bawah meja, belakang kabinet, celah sinki, bawah peti ais, siling, dan dinding.Cicak juga ada sikap jahat ( dengki ). Situlah tempat sujud solat witir, situlah jadi tempat favorite dia berak. Jika situ tempat kita belajar, situlah yang dipilih jadi jamban terbukanya. Jika situ tempat letak makanan dan minuman, situ juga tempat dia bom dari atas.

Kenapa ada cicak di rumah?Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya tolong sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA.

Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak.

++ TIP (1) ++ Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab takda rezeki kat rumah kita.Kenapa ada serangga di rumah?Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI dan LIPAS.

++ TIP (2) ++ Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya kurangkan serangga. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan. Bahan apa yang cicak takut atau tak suka?1. Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau. Lari....!!!++ TIP (3) ++ Tumbuk 2 biji lada merah atau 4 -5 cili padi. Bancuh dengan air. Masuk dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak dok berdiskusi dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI.

2. Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telor.

++ TIP (4) ++ Basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Kulit telur jika termakan boleh tercekik. BAHAYA. JANGAN LALAI.

3. Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak.

++ TIP (5) ++ Kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah. JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA. JANGAN LALAI.

4. Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya.

++ TIP (6) ++ Kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari kutu. Kutu boleh beranak-penak sekejapan setelah hisap darah. Jika kutu kucing tersebut berasal dari kutu anjing, lagilah risiko tinggi menjadi serang kutu di dalam rumah. PENAT berminggu-minggu nak hapuskan kutu pulak. Sendiri fikir dan buat keputusan.AkhirkataKurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.


tapi kalau cicakman senang jer.. tak payah tengok citer dia.. bila tak laku takder la sambungannyer.. hehehe

boleh amalkan..





semuanya dengan keizinan Allah..

FADHILAT SURAH-SURAH AL-QURAN,
FADHILAT AL-FATIHAH,

Rasullullah telah bersabda yang bermaksud : "Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun"
Untuk Penawar Racun & Kala JengkingIsilah gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi. Insyaallah dengan ikhtiar itu racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.
Untuk Menghilangkan Sifat Lupa
Tulislah surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Insya Allah usaha ini akan berhasil dengan kesabaran.
Untuk Penyembuhan Segala Penyakit
Ambillah sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah berkali-kali.
Untuk Penyembuhan Penyakit Mata
Bacalah surah ini 41 kali sehabis sembahyang subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.


FADHILAT AL-IKHLAS
Mulakan bacaan dengan ayat - "Au zubillah himinashsyaitan nirrajim.....bismillahirrahmannirrahim".
Tafsirannya : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
Demikian diterangkan dalam ( Tadzikaratul Qurthuby ).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya : Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.

Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.


FADHILAT AL-KURSI
Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas memyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya. Allah swt akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh.
Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu akan memelihara keluarga, juga rumah-rumahnya yang berhampiran dengannya. Boleh juga dimaksudkan terpelihara daripada binatang yang mudharat, bencana alam, kebakaran, dan jahat angkara manusia. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh setiap arang agar melakukan sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah oleh kerana iblis dan syaitan tidak berupaya mengangkat atau membuka sesuatu yang di tutup dengan meyebut nama Allah.
Allah tidak menegah mereka yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu masuk dalam syurga. Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat al-Kursi, maka Allah utuskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari.
Barang siapa membacanya, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahidBarang siapa yang membacanya ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan menolongnya.

Rabu, 8 Julai 2009

apa yang aku minat..


assalamualaikum...


korang suka berhibur? aku pun suka.. aku dulu suka menyanyi.. pernah dalam darjah 1 aku pernah nanyi kat pentas sekplah tau. err lagu rohana jalil dengan lagu raja ema.(aku pun tak tau kenapa aku nyanyi lagu pompuan).. masa tu nyanyi takder muzik.. iyalah tahun 80an.. mana ada cd lagi.. heheheh..

dulu (masa jahil) aku pun penah nyanyi jugak.. ikut band a.k.a kugiran.. tapi aku cuma suka nyanyi lagu lama jer.. 60an.. aku memang minat gila punya dengan pop yeh yeh ni.. ikut gi jamming dengan kugiran ni.. saje suka suka lagipun band ni semuanya pakcik pakcik belaka..

tapi aku paling minat penyanyi A ramlee.. suara dia pergh aku rasa memang sedap.. lepas tu pulak dia nyanyi dengan maria bachok.. memang gila lah.. memang kegemaran aku ni.. tapi tu la cuma minat jer tak lebih dari tu..

kalau nak dibandingkan dengan penyanyi sekarang ni.. aku langsung tak minat.. (memang lama dah tak tau apa lagu baru) itula ..sekarang ni aku dah kurang dah nak dengar lagu lagu ni... aku sekarang suka dengar nasyid atau bacaan quran.. tenang rasanya.. tapi aku kesian la tengok orang muda sekarang ni.. berebut rebut nak jadi penyanyi.. lagi lagi yang pompuan.. menangis nangis bila gagal.. ya Allah berilah hidayah kepada seluruh umat Islam di Malaysia ni..

kenapa tak berlumba lumba nak jadi ustazah ker.. jadi peguam syariah ker.. ini tidak benda yamng melalaikan diorang berebut.. aku kesain jugak kat mak bapak diorang.. iyelah bila anak jadi penyanyi.. pastu mati sape yang nak tolong doakan diorang kat kubur? asyik menyanyi jer.. bukan ke ader hadis Rasulullah S.A.W: Yang bermaksud


“Apabila matinya anak Adam, terputuslah amalannya kecuali 3 perkara;

1. Sedekah jariahnya.

2. Ilmunya yang dimanfaatkan dengannya.

3. Anak soleh yang mendoakan untuknya. (Riwayat Muslim)


kalau anak tak soleh apa cerita.. maka bapak pun satu suka sangat anak jadi penyanyi.. aku pun tak tau la nak cakap apa.. aku sendiri pun tak pasti apa anak aku nak jadi. jangan jadi penyanyi dah la..aku berdoa semoga anak aku jadi ulamak.. paling kurang pun macam ustaz zamri kat tv9.. mantop..
* aku ader simpan lagu 60an agak banyak.. sape nak tulih email kat aku aku bagi link lagu 60an.
redz_ktg3@yahoo.com.my

Selasa, 7 Julai 2009

berita penting




MANIK URAI.


polis angkasa gaban akan berkawal sehingga hari pembuangan undi. perkara ini telah mendapat persetujuan majlis Surat dan pakatan umum. hanya polis angkasa ini yang tidak menyebelahi mana mana pihak kata satu sumber. menurutnyer lagi rata rata pengundi berpuas hati dengan kehadiran polis ini.


"nampak lebih terjamin keselamatan kami nanti" kata seorang makcik ketika ditemui. beliau juga mengakui meminati gaban ketika muda dulu di akhir 80 an. "anak anak pakcik pun suke" kata seorang penoreh yang enggan di kenali.


berlainan pula di pihak UMNO apabila menyatakan bahawa kehadiran Gaban ini tidak perlu. "mengapa perlunya gaban ni, sedangkan kita dah mempunyai kehadiran sehingga 30 ribu anggota keselamatan lengkap bersenjata di sin" kata seorang perwakilan dari pihak Amnu. sambil menegaskan bahawa gaban ini akan menyusahkan dan membazirwang rakyat.


polis angkasa atau Gaban ketika ditemui pula berkata " oh, saya datang di sini pun atas undangan dari pihak pakatan Umum. mengapa pulak nak membazir wang rakyat. lagipun saya hanya menumpang di sebuah surau dekat sini bukannye hotel 5 bintang" tambahnyer lagi beliau datang atas tanggungjawab terhadap keamanan bumi.


ketua polis pula berkata ketika ditanya hal ini " kita tiada masalah selagi dia tidak turut membuang undi". rata rata anggota polis pula menyifatkan kehadiran Gaban ini hanya sebagai gimik sahaja. "tidak banyak yang membantu " kata seorang sarjan.