Selasa, 30 Jun 2009

kita ada pelawat..











Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:




"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.




Golongan Ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.




1 hari = 24 jam = 1440 minit1440 minit / 70 = 20.571 minit




Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.




Renung-renungkanlah...... Wallahualam

khasiat telur separuh masak


cadangan untuk hiasan..





assalamualaikum....


aku dapat email tentang khasiat telur separuh masak.. (jangan salahkan aku kalau tak berjaya)




Khasiat telur separuh masak
Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.


Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata, "beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu." Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.


"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak. "Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah kau punye", kata emaknya.

di ganggu 2

assalamualaikum...

kali ni sambungan pulak... selepas seminggu kemudian aku kena kacau lagi... malam tu bini aku keje malam.. (misi la..) jadi aku tinggal ngan anak aku.. dalam pukul 9.00 macam tu aku pasang la ayat2 ruqyah.. (ade jual 15.90 satu cd)..

bila dah ngantuk anak aku pun dah tidur.. aku masuk bilik nak tidur la ni.. waktu ni aku rasa lain macam jer.. meremang semacam la.. macam ader sesuatu yang tak kena.. aku pun buat tak tau je la.. tebgah tidur dsyok ni tetiba aku rasa bini aku balik.. eh awalnye balik.. tetiba je aku rasa muka aku kena cekak.. bila nak buka mata je terus dada aku kena tekan.. pakai siku lak tu.. aku tak puas hati la.. bila nak bukak mata je kena tekan lagi.. sambilbenda tu dok panggil nama anak aku..

terus aku baca ayat qursi.. pastu benda tu hilang.. nengok jam pukul 3.00 pagi.. tak boleh jadi ni.. aku pasang balik ayat ruqyah dan dalam pukul 5.00 baru lelap balik.. takpelah hari ni ko kacau aku ye...

jadinye malam ni aku kena pegi jumpa ustaz lokman kat sg pusu.. perubatan Islam syifa al-hidayah.. (kali ke 2.. ) sebelum ni dah pegi dia ada bagi air penawar dgn baca ayat surah al- fussilat dengan surah al mukminin..

macam biasa la takder la seram sangat citer aku ni.. biasa jer..

Isnin, 29 Jun 2009

penipu


assalamualaikum....


baru kejap aku baca kat TKO pasal penipuan kad kredit.. aku pun ada pengalaman hampir di tipu.. ceritanya begini.. aku terima call dari seorang lelaki (loghat india)..no depan 010.. dia call aku, dia cakap nak bagi satu back up card untuk aku.. dia tanya la bank mana aku pakai.. aku cakap bank adik najib punya.. pastu dia tanya lagi bila expire..aku cakap kad aku tak expire..


takpelah.. (aku dah syak ) aku layan kan dulu.. pastu dia bagi kat boss dia cakap ngan aku pulak (pompuan melayu) macam macam dia tanya.. aku jawab la tipu- tipu.. kerja mana? aku jawab aku menoreh keh..keh..keh..


pastu dia tanya lagi no depan cik mula ngan 5419 kan.. iye. aku agak ini mesti kaki penipu ni sebab member aku cakap kat rumah dia dah ada yang kena sebab bagi no kad.. ok lah takpe lagi pastu dia cakap lagi no kedua pulak 2531 kan? pastu aku tanya dia .. nak buat apa degan no no.. dia cakap lagi dia nak pengesahan je.. takpelah aku cakap kalau nak apa apa nanti aku boleh gi bank sendiri.. pastu terus dia letak tepon..


jadi hati hatilah.. ape pun yang call kita pastikan dulu.. nanti tak pasal pasal teraniaya..


* aku hantar mesej kat no tu tulis P***mak penipu hehehe




satu pagi di pasar sekinchan

gaya untuk membeli.. apek 1 kilo berapa?


ikan untuk dijual



pemandangan dari luar pasar



assalamualaikum....
semalam aku pergi pasar kat sekinchan..( tempat asal sin chan sebelum pindah jepun).. beli ikan.. agak murah.. ikan kembung sekilo rm 6, ikan tenggiri sekilo rm18, ikan cencaru sekilo rm5.50...


















hati - hati

assalamualaikum...

kita kini di bulan rejab jadi hati hatilah dengan hadis hadis palsu mengenai bulan rejab.. janganlah dalam mencari keredaan Allah kita tak sedar kita mengundang kemurkaan Allah.. dahla banyak perkara maksiat berlaku di sekeliling kita sekarang ni.. berdoalah kepada Allah supaya kita di tunjukkan jalan yang benar.. Insyaallah..

catatan...

gambar hiasan



assalamualaikum.... dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..




sedikit catatan:


aku dengan family aku bertolak ke tanjung karang dalam pukul 4.00 ptg.. dalam perjalanan hujan lebat.. biasalah kalau dah hujan dalam pukul 5.30 aku belum lagi lepas sg. buloh.. jalan x berapa nampak hujan lepbat sangat... dalam pukol 6.30 aku berhenti utk solat asar kat masjid k. selangor.. dalam pukul 7 aku sampai tg. karang.. apehal jem ni.. oo ada karnival bank rakyat .. ramainyer manusia.. apa x solat ke? aku nengok makin ramai yang baru sampai.. muka semuanyer melayu.. pastinyer Islam la kan.. aku terpaksa singgah sekejap sebab mother n father in law ader kat situ.. ya Allah aku rasa aku pun berdosa sebab aku pun ada kat situ..


alamak dah pukul 7.20 ni.. nak dekat maghrib dah.. aku ajak diorang untuk terus balik ke rumah kampung.. (rumah belah bini aku da) diorang singgah kat restoran sebelah dgn surau kat tepi jalan.. aku pun amik peluang solat dulu.. aku masuk amik wuduk.. solat jamaah dah abis so aku solat la... abis solat masa tu tgh kuliah magrib... aku terpaksa la keluar dulu sebab nak cepat.. aku nengok ader la jemaah surau tu duduk kat luar tgh sembang2.. aik pakcik pakcik ni tak dengar kuliah ke? erm.. aku terpaksa la pergi dulu sebab nak balik kg ni..


persoalan... apa beza orang yang ada kat karnival tu (waktu maghrib) dengan pepakcik yang duduk ka luar surau bersembang sedangkan kat dalam ader majlis ilmu...


Sabtu, 27 Jun 2009

dalam perancangan

assalamualaikum...


esok ahad so cuti la.. tengah hari ni aku ingat nak singgah kedai buku popular kat ampang point..
nak cari buku kononnyer... (a.k.a mencuci mata) hehheheh..

betul ker?


sekadar pertanyaan.. betulke obama telepon najib.. ? kak ros tak bercakap sekali ke? mungkin obama nak buat slogan' one america' pulak kot...

* teringin nak bercakap dengan TGNA dan Ust. Azhar Iderus.




di ganggu 1

assalamualaikum...
bissmillahhirrahmannirrahim..

pada entri yang lepas aku pernah beritahu aku telah di ganggu.. (takder la seram sangat).. ianya berlaku dalam 2 bulan yang lepas.. kisahnye begini rumah yang aku duduk sekarang ni telah lama kosong.. jadi waktu aku pindah takder le baca apa pun.. (sepatutnya ader la) takder la buat kenduri pun.. masa tu tiada apa apa gangguan.. sikit sikt jer macam orang mengetuk lesung tengah tengah malam (nak makan sambal belacan kot).. bunyi orang bertukang atas bumbung.. takder la aku layan pun.. lantakla jangan kacau sudah..

tak lama kemudian bila aku dah insaf ni.. aku start dah baca quran memalam. tu yang aku tgh belajar tajwid balik tu.. satu hari tu aku tgh tidur syok syok.. aku rasa bini aku bukak pintu kemudian kejut aku suruh bangun.. aku pun bangun la.. (memang patut bangun pun dah pukul 6:15 pagi).. pastu aku nengok bini aku tengah bersiap.. aku cakap.. thanks sayang kejut abang.. eh.. bila pulak ayang kejut abang .. ? aik.. takpelah.. (misteri ni) abih sapa yang kejut tadi tu? mungkin perasaan aku kot.. dalam hati.. bersambung..

(dah macam blog cerita seram pulak)

Jumaat, 26 Jun 2009

pandangan...




assalamualaikum...

sekadar pandangan.. di malaysia setiap hari kita menghasilkan sebanyak 15 tan sampah.. (tak termasuk sampah masyarakat.. itu baru sehari kat malaysia.. kalau seluruh dunia..? aku rasa lambat laun dah takder tempat dah nak buang sampah.. so satu solution untuk kita adalah kita buat roket untuk angkut sampah tu kemudian kita halakn ke matahari.. jadinya bila sampah sampah tu menghala ke matahari habislah terbakar... ha.. jadi takderla pencemaran ..

logik tak? macam logik jugak la hehehe ...

jarak bumi denganmata hari adalah 149.680.000 Km atau 93.026.724 mile.. agak- agak berapa lama nak sampai ye... satu tabiat kat malaysia ni kalau ada tanda jangan buang sampah di sini mesti tempat tu banyak sampah orang buang.. pelik tak?

petua.. untuk wanita


assalamulaikum...








bissmillahhirrahmannirrahim...




aku nak kongsikan dengan korang (untuk wanita).. aku ada terbaca dalam mingguan wanita bil lupa, seorang kolumnis (lupa lagi) ada menceritakan dulu ketika beliau duduk rumah bujang selalu diganggu dengan panggilan lucah ni..



kawan kawan dia semua nyer dah jadi fobia nak angkat telefon.. cuma dia saja yang tak pernah jawab panggilan tu.. satu hari tu beliau menjawab telefon dari si sex maniac tu.. macam si sex maniac tu cakap dan tanya.. beliau dengan tenang saja menjawab dan mendengar walaupun sakit hati jugak.. pastu bila dah habis dah beliau tanya pada si gila ni ada lagi soalan?.. beliau hanya melayan (bukan melayan tapi hanya mendengar saja).



beberapa kali jugak la si gila ni panggil tapi dia hanya layan sajer... (kira macam acuh tak acuh la).. lama kelamaan si gila ni dah tak tel lagi.. mengikut kolumnis ni sekiranya mangsa memberikan respon melawan seperti menjerit atau marah marah si gila ni tadi semakin berkobar kobar tetapi jika kita seolah olah menuruti maka si gila tadi ni terbantut la dia punya nafsu.. begitulah seadanya.. kira macam reverse psikologi la ni..




betul jugak aku rasa.. sebab jika kita layan macam bodo bodo gitu lelama si gila ni tadi mesti bosan dia tanya je kita jawab sepatah..jawab kan ajer.. paling kuat pun kita jawab tak tau la.. tengok la dulu.. begitulah ceritanya.. (kalau lelaki pulak kena panggilan macam ni aku tak tau la .. mesti best hehehehe)- bukan aku. sorila kalau tak best plahan aku ni..






yang susah dan yang senang di cari


assalamualaikum...


dengan nama Allah yang maha pemurah...


kalai ni aku nak kongsikan pendapat aku.. bolehlah dipikirkan bersama:




  1. yang susah : ulamak, yang senang : penyanyi

  2. yang susah : ayat al quran, yang senang : lagu lagu masa kini

  3. yang susah : solat tahajjud, yang senang : tengok bola tengah malam

  4. yang susah : menyatakan kebenaran, yang susah : berbohong

  5. yang susah : ucapan salam. yang senang : hello

  6. yang susah : beli buku agama, yang senang : beli tiket konsert

  7. yang susah : hadir kuliah agama, yang senang : gi nengok konsert jom heboh

  8. yang susah : orang yang sabar , yang senang : orang yang pemarah

  9. yang susah : isteri pemimpin yang soleh , yang senang : boleh menari poco-poco

renungkanlah....


yang susah dan yang senang

Khamis, 25 Jun 2009

biodata Rasullullah







aku dapat e-mail ni.. jadi aku kongsikan dengan anda..








Mohd Farizul Mohamad Radzi




Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.


Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT?




Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.






BIODATA RASULULLAH SAW·


Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·


Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajahAbrahah yang menyerang kota Kaabah).


Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.·


Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·


Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.·


Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW).·


Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).·


Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenaliHalimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).






USIA 5 TAHUN·


Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikatuntuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.






USIA 6 TAHUN·


Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).


Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.






USIA 8 TAHUN·


Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.






USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusanperniagaan..·


Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentangpengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masaitu.






USIA 20 TAHUN·


Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari danberperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberipertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.






USIA 25 TAHUN·


Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijahbinti Khuwailid Al-Asadiyah.· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranyayang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untukmeminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.






USIA 35 TAHUN·


Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan pendudukMakkah.· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakanbatu tersebut.




USIA 40 TAHUN·


Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.






USIA 53 TAHUN·


Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu BakarAl-Siddiq.· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.USIA 63 TAHUN· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.






ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW§


Khadijah Binti Khuwailid.§ Saudah Binti Zam'ah.§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).§ Zainab Binti Jahsy.§ Maimunah Binti Harith.§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).






ANAK-ANAK RASULULLAH SAW


1. Qasim


2. Abdullah


3..Ibrahim


4.Zainab


5. Ruqaiyah


6. Ummi Kalthum


7. Fatimah Al-Zahra '






ANAK TIRI RASULULLAH SAW


Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada SaidatinaKhadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,Khadijah adalah seorang janda).




SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAWIBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN


1. Thuwaibah


2. Hamzah


3. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad






SAUDARA SUSUAN


1. Halimah Al-Saidiyyah


2. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib


3. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza


4. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza


5. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza






BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)1. Al-Harith


2. Muqawwam


3. Zubair


4. Hamzah


***5. Al-Abbas ***


6. Abu Talib7.


Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)


8. Abdul Ka ' bah


9. Hijl


10. Dhirar


11. Umaimah


12. Al-Bidha (Ummu Hakim)


13. Atiqah ##


14. Arwa ##


15. Umaimah


16. Barrah


17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ****** Sempat masuk Islam.## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.




Sabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiaku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalamsyurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلمNabi Muhammad SAW - Manusia agong






KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.


Begitu indahnya sifat fizikalBaginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersuamuka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:


- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..


- Aku melihat cahaya dari lidahnya.


- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahariterbit.


- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.


- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.


- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.


- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.


- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.


- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.


- Wajahnya seperti bulan purnama.- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.


- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasamarah.


- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.


- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan aslidi bahagian sudut.


- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekalipertama kali melihatnya.


- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.


- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.


- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.


- Janggutnya penuh dan tebal menawan.


- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.- Rambutnya sedikit ikal.


- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecahbahu tapi disisir rapi.- Rambutnya terbelah di tengah.


- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjurdari dada ke pusat.


- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunyalebih drpd biasa.


- Seimbang antara kedua bahunya.


- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besardan tersusun dgn cantik.


- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.


- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.


- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.


- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.


- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat danputih.- Warna putihnya lebih banyak.


- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.


- Warna kulitnya putih tapi sihat.


- Kulitnya putih lagi bercahaya.


- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.


- Badannya tidak gemuk.


- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuransederhana lagi kacak.


- Perutnya tidak buncit.


- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.






KESIMPULANNYA :


Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contohsepanjang zaman.Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.NB:Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untukmencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kitakerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...




Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimudi dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yangmengasihmu di akhirat kelak.

pengalaman menunggu durian





pengalaman ni waktu aku menunggu durian dalam tahun 2000 kalau tak silap.. masa tu baru dapat motor.. hehehe (transport nak gi kelas masa kat poli dulu) memang aku tak merancang pun.. sebelum bukak sem aku lepak kat rumah sepupu aku kat kajang.. member aku ni lain lain jurusan.. petang tu aku saja jumpa dia pastu petang tu dia ajak aku gi tunggu durian kat beranang..



aku pun apalagi kira setuju je la.. (aku lupa la nama dia) kira dah siap semua dalam pukul lapan kitaorang sampai kat dusun.. gelap semacam je.. aku pun bukan ingat sangat jalan dia.. sampai pondok (pondok pun bukan nye besar , tak berapa siap ).. dia pasang lilin dengan bentang suratkhabar.. kitaorang pun sembang la.. (berdua je) ..


dalam pukul 11 mcm tu masing masing dah ngantuk.. tidur je lah.. alas suratkhabar je.. nyamuk toksah cakap la sikit punya gila.. pasang ubat nyamuk pun tak jalan.. pastu kitaorang pun tidor la apalagi...
dalam dok sedap tidor.. aku terjaga.. member aku tu baik punya tidor.. aku dengar ada orang panggil nama aku.. sapa pulak ni dok panggil aku ni.. alamak.. tengah tengah dusun ni mana ada orang lagi pun mana ada orang kenal aku.. aah lantaklah.. aku buat- buat tidor dah la.. lama lama makin jelas orang dok panggil nama aku.. aku buat tak tahu je.. lama - lama aku tertidur sedar sedar dah pagi..
pagi tu aku diam je la tak pun cerita kat membver aku tu.. dlm seminggu tu baru aku cerita.. dai cakap dia tak penah pun jadi apa masa dia tunggu durian sebelum ni.. isk pelik... ianya masih menjadi misteri sampai sekarang..
takder la seram sangat pun citer aku ni lagipun masa tu aku tak rasa seram pun.. iyalah tengah mamai.. hehehe

Rabu, 24 Jun 2009

takder kerja...





kali ni aku nak cadangkan pengawal peribadi PM kita supaya suit yang sesuai dengan tugas.. baru lah stylo... cantik tak?
























jumaat nanti...





Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli . Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. (QS Al-Jumu'ah: 9-10)





hari jumaat.. hari untuk kita solat jumaat.. malam jumaat.. ehem..ehem.. bagi aku dulu tiap tiap malam , malam jumaat hari je lain-lain (memula nikah la..) sekarang ni takde la macam tu.. badan nak kena jaga jugak.. dah takder keje lain dah ke cik abang oi.. orang rumah pun nak rehat jugak..



firman di atas aku petik sebab aku selalu nengok kat area opis aku ni.. selalu penuh gerai masa nak sembahyang jumaat.. terpikir aku diorang ni tak pegi solat ke.. tapi aku bersangka baik mungkin diorang pegi tapi lewat sikit dari aku.. (aku ni dah agak lewat jugak sebab dah azan)




tapi mesti ada yang tak solat nih.. aku rasa la.. sebab aku balik solat pun orang yang sama ada jugak kat situ di tempat yang sama.. aku rasa berdosa la.. tau sebab apa.. sebab aku tak mampu nak menegur dan mengajak diorang ni ke masjid.. ya Allah ampunkan dosa ku



tapi yang tukang jual pun satu jugak.. diorang ni tak tau ke yang berjual beli waktu solat jumaat tu haram (bagi lelaki la) ye la sebab aku nengok yang laki banyak kat gerai tu.. sebab nak dapat duit sanggup langgar perintah Allah.. nak kat bodoh kang marah jugak tapi dah memang bodoh..




sepatutnye majlis agama wujudkan satu team di kalangan orang bukan Islam untuk memantau perkara ni.. sebab kalu pompuan nanti sesaja kena sexual harassment.. buat team macam nak tangkap orang khalwat.. check orang - orang yang tak solat jumaat ni.. biar dioarang malu sikit.. pastu kasi denda.. pastu penjara ke.. kat manusia tau pun malu tapi kat Allah tak malu..


hint: gerai makan bawah pokok kat pej agama syariah gombak timur hehehe..

Selasa, 23 Jun 2009

informasi








gambar hiasan..




Bissmillah.. dengan nama Alah..




sedikit informasi untuk korang.. jangan la takut sangat.. tapi jangan takbur dah la..



“Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)”
(Surah al-Dzariyat : ayat 56)


Pada zaman serba canggih ini, ramai manusia percaya apa yang mereka nampak saja. Ini adalah ciri jelas dunia kebendaan (materialisme). Namun, ramai juga yang terperangkap dan tertipu kerana sebenarnya apa yang dapat dilihat itu tidak semestinya benar, contohnya anda boleh 'super-impose' gambar seorang perempuan seksi duduk di atas riba seorang pemimpin negara kemudian anda reka sebuah kisah skandal seks yang hangat. Ini juga adalah akibat jelas dari dunia kebendaan itu.Hanya percaya pada kewujudan apa yang dapat dilihat sebenarnya bahaya.




Kaum athiest adalah antara golongan yang tidak percaya pada wujudnya Allah yang Maha Ghaib. Percaya pada tahyul juga bahaya. Ramai yang percaya pada hantu. Ada yang berpendapat bahawa hantu adalah jelmaan roh orang mati.



Ada yang tegas mengatakan bahawa hantu hanya satu istilah yang bermaksud jin, dan hantu yang dikatakan sebagai jelmaan roh orang mati tidak wujud.Orang Islam percaya pada yang ghaib. Sekiranya anda merujuk kitab suci Al-Qur'an, tentu anda akan berjumpa ayat yang bermaksud: "Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka". (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 3).




.Jin adalah makhluk yang ghaib. Namun istilah jin (djin atau genie) sebagai makhluk paling jelas dinyatakan dalam Al-Qur'an. Malah Surah 72 (ada 28 Ayat) dinamakan Surah Jin. Dalam masyarakat, lebih ramai orang memanggil makhluk ini sebagai hantu (ghost) dengan segala macam jenis dan bangsanya. Percaya pada kewujudan jin itu wajib bagi orang Islam tapi percaya bahawa jin itu berkuasa dan mampu segala adalah perbuatan yang menyalahi akidah lagi kufur. Ramailah orang yang telah tergelincir akidahnya hingga ke peringkat mempertuhankan para jin. Banyak agama sebenarnya menyembah jin, bukan menyembah Allah.



KEJADIAN JIN

Jin adalah makhluk yang dijadikan sebelum Adam a.s. Dalam kitab lama, jin pertama dikatakan bernama Jan. Ia dijadikan dari lidah api yang sangat panas. 'Azazil adalah nama sebenar kepada Iblis, iaitu raja segala syaitan-syaitan. Iblis adalah gelaran kepada 'Azazil. Iblis atau 'Azazil dan syaitan-syaitan itu semuanya adalah dari bangsa jin. Jan dijadikan dari lidah api, tapi keturunannya iaitu semua jin lain termasuk 'Azazil itu dilahirkan hasil perkahwinan antara jin lelaki dan jin perempuan.


Adam a.s. ditempa dari tanah, tapi anak-cucu Adam dilahirkan hasil perkahwinan juga.Bezanya ialah 'Azazil (yang bertanggungjawab menghasut Adam a.s. dan Siti Hawa hingga terusir dari Syurga 'Adn) itu tidak mati hinggalah hari kiamat sementara syaitan-syaitan pula (semua bangsa jin yang bukan beragama Islam) itu umur mereka panjang-panjang.


Setakat 3,000 tahun itu biasa bagi umur satu jin (saya tidak gunakan perkataan 'seorang' atau 'seekor' jin kerana jin bukan manusia atau orang dan jin bukan binatang tapi ia adalah makhluk yang berakal dan bernafsu sebagaimana manusia).Dalam kitab lama ada dicatat bahawa sebelum Adam a.s. menjadi khalifah di bumi, planet bumi ini telah ditadbir oleh para jin. Mereka ini dikatakan telah melakukan banyak kejahatan dan kerosakan di muka bumi. Adam dijadikan untuk menggantikan jin sebagai khalifah di bumi, bukan 'Azazil (yang pada ketika itu dianggap antara makhluk yang amat kuat beribadah). Ini mungkin antara sebab mengapa Iblis dendam kepada Adam. Wallahua'lam.


HAKIKAT JIN


Jin tidak mampu dilihat oleh manusia sama ada bentuk dirinya ataupun bayangnya (melainkan sebilangan kecil manusia yang dikurniakan kelebihan boleh nampak jin). Bilangan jin terlalu ramai dan jauh lebih ramai berbanding manusia. Ada kitab menyatakan bahawa nisbah jin ialah 9 jin berbanding 1 manusia. Jin boleh tinggal di mana-mana saja sama ada di atas atau di bawah tanah, di atas atau di bawah air, di udara malah di atas awan. Jin juga boleh menyerupai bentuk-bentuk yang ia mahu serta boleh keluar masuk dengan mudah dari mana-mana tubuh manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan.


UMUR JIN

Setiap jin berumur panjang dan boleh menjangkau ribuan tahun. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah didatangi jin yang pernah hidup di zaman nabi Musa a.s. Satu lagi hahikat kehidupan jin ialah ia akan kembali muda apabila sudah terlalu tua. Begitulah keadaan hidupnya berulang kali hinggalah sampai saat ajalnya.



BANGSA JIN

Secara asas, jin terbahagi kepada 3 bangsa iaitu (1) Jin yang bersayap dan boleh terbang di angkasa (2) Jin yang merayap atau menyerupai binatang dan (3) Jin yang bermasyarakat sebagaimana manusia, menukar bentuk serta berpindah-randah. Dalam ertikata lain, terdapat haiwan serta unggas dalam alam jin dan mereka ini dari bangsa jin juga. Malah haiwan-haiwan ini boleh diternak, dijinakkan dan dimakan oleh jin sebagaimana juga manusia dan haiwan di alam nyata.Jin juga mempunyai bangsa dan agama tertentu dan menjalani kehidupan seharian sebagaimana manusia juga. Jin yang beragama Islam melakukan ibadah sebagaimana manusia juga, namun jin kafir dan athiest jauh lebih ramai berbanding yang Islam. Semua jin kafir dipanggil syaitan.


Syaitan itu adalah gelaran yang bukan hanya khusus untuk jin kafir dan jahat, manusia yang kafir lagi jahat juga digelar syaitan, malah lebih bahaya berbanding syaitan jin kerana mereka ini walaupun tidak ghaib tapi sukar dikenali dan pandai menyamar.Dari segi bangsa, ada jin berbangsa Melayu, Cina, Jerman, Rusia, Siam dan sebagainya. Ada banyak agama di alam jin termasuklah Islam, Nasrani, Yahudi, Majusi dan lainnya, malah ada yang 'free-thinker'. Dari segi sistem politik pula, ada yang kapitalis, sosialis, malah ada yang komunis.



NAMA-NAMA JIN

Selain dari beribu-ribu nama atau jenis hantu (semuanya jin), jin-jin ini ada kumpulannya. Semua jin kafir itu berpenghulukan 'Azazil (Iblis) dan kumpulan mereka dinamakan syaitan. Ia adalah nama khas bagi kumpulan jin yang kerjanya tidak lain melainkan untuk mencelakakan kehidupan manusia dan menyesatkan manusia. Semua syaitan menyembah Iblis. Nama-nama lain bagi kumpulan-kumpulan jin ialah Al-Murdah (kerjanya meragu-ragu dan mewas-waskan manusia), Al-A'wan (menjadi pembantu atau khadam), Al-Ghawasun (jenis penyelam), At-Thairun (boloeh terbang), At-Tawabi' (yang suka mengekori), Al-Qarna' (yang suka mengawan atau suka seks) dan Al-A'mar (pemakmur).


JIN BANGSA MELAYU

Jin berbangsa Melayu biasa digelar Orang Bunian. Namun walaupun mereka ini berbangsa Melayu, mereka tidak semestinya Islam dan sukarlah untuk kita kenal sama ada satu jin itu Islam atau tidak (sebab mereka pandai menyamar, sebagaimana juga manusia, pada zaman ini ramai orang bukan Islam boleh menyebut insyaAllah, memberi salam, malah boleh membaca Al-Qur'an dengan lancar).



Oleh itu janganlah mudah percaya pada pengakuan satu jin. Sebagaimana kita manusia yang boleh gunakan 'nickname' yang berlainan ketika di internet, jin telah lakukan perkara itu sejak zaman berzaman dan memperkenalkan dirinya dengan nama-nama yang berbagai tapi sebenarnya ia adalah jin yang sama.Jin Melayu ini ada istilah dan slanganya yang tersendiri. Sebagai contoh, kalau mereka berkata 'mambang di awan' itu bermaksud bertih jagung. Jika mereka sebut 'kuda' itu bermaksud harimau jin. Kalau mereka sebut 'apa berhajat dalam beristana' itu bermaksud apa permintaan anda.

bacalah...



bissmillah.. dengan nama Allah....

korang selalu baca Al-Quran..? aku dulu jarang baca.. bukan jarang lagi dah tapi rasanya tak pernah.. kecik kecik dulu ada la.. kira aku la paling terer kalu baca.. tapi takderla sampai bertarranum.. hukum tajwid dalam otak beb.. bila naik jer sek men habissssss..

tapi semenjak dua menjak ni sejak aku kena gangguan (bab lain) aku selalu baca quran.. memula tu merangkak rangkak jugak.. tapi bila dah biasa kira ok dah.. tapi yang aku risau betul ke tajwid aku.. kalau salah berdosa woo. hu..hu..hu.. jadi aku pun beli la satu buku tajwid.. tebal la jugak.. kira ok la sikit dari memula tu.. aku dah ingat balik dah sikit sikit..

macam mana solat nak terima kalau baca fatihah pun salah? dalam otak aku selalu duk berlegar je soalan ni.. jadinya aku dengan rendah diri ingin la mengajak korang supaya betulkan tajwid.. aku pun sama gak tengah betulkan tajwid siap tel mak aku kat kampung bagi no tel ustaz yang ngajar aku masa kecik dulu.. heheheh senang sikit nanti tak paham boleh tepon tanya..

aku sarankan supaya korang semua belajar dengan guru kalu belajar dengan buku tak jadi nanti.. kalu korang sanggup gi seminar sampai bayar beratus ratus takkan tak boleh kot nak bayar guru mengaji.. aku rasa tak sampai beratus kan?

Rasulullah Saw bersabda : “Barang siapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dan kebaikan berlipat sepuluh kali” HR. At Tirmidzi.

Rasulullah Saw bersabda : “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya”. HR.Bukhari.

dengan ini aku ingin melancarkan kempen mmembaca al-quran dengan tema:

bacalah quran ketika hidup sebab kalu dah mati tak dapat nak tolong..!

sesuai ganti One Malaysia hehehehe. Nanti aku postkan kat korang adab adab baca al-Quran.

petua.. ubat sakit kepala






dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha pemurah...


Alhamdullillah..


hari ni aku nak kongsi satu petua.. aku dapat e-mail dari kawan.. ubat sakit kepala.. mungkin korang dah dapat tapi aku cuma nak kongsikan pada korang..


aku dah cuba kat bini aku alhamdullilah.. kurang sikit sakitnyer tapi aku yang banyak sendawa.. sebab aku ada buat urutan ringkas.. yang PASTI semuanya dengan IZIN Allah.. ini yang kita kena yakin.. ayat ayat ini hanya medium sahaja(ikhtiar).. macam ubat la.. walau ubat yg bagus sekali pun kalau Allah tak izin tak menjadi.. setiap yang berlaku ada hikmah..


aku copypaste kan buat korang:



Dari seorang sahabat :
Ini kena baca……
UBAT SAKIT MIGRAIN
Ayat-Ayat Allah - Base on true story from others......


Story 1:
Alhamdullillah. ....I'm an acute migraine sufferer to the extent of vomitting and becoming imbalance. Every time it happens, I have to take antacid & synflex.Antacid is to line the stomach before taking synflex which is a stronger pain killer than panadol.
This is to let you know the strength of synflex that so much so I have to take antacid prior to swallowing synflex. This worries me quite a bit as taking painkillers posed other health concerns later.. I've tried many times to manage it without swallowing synflex but it got worst. Hence, I'm resigned to probably take synflex for the rest of my life at that time!
Then, one day, one of you have so kind-heartedly emailed me the ways and how to cure headache by one Singaporean Ustazah (sorry can't remember the name of thesender as well as the Ustazah). The method includes reading this ayat Quran. I've tried it and Alhamdullillah, being a bad migraine sufferer I'm amazed at the miraculous cure! However, you have to do it repeatedly.
For once in my life, I did not need to take synflex anymore! You see, strangely about migraine sufferer, we can feel when the attacks are coming and when it startsto ebb away. So, friends, save this method onto your handphone "Notes" or "To-do List" so that when you have a headache and with strong conviction, do the method, Insyaallah, it will work!
1. Read Al-Fatihah (1 x)
2. Read Surah Al-Ikhlas (3 x)
3. Read Surah Yassin ayat ke 58 " Sala mun Qaulan Minrabbirrahim "(3 x)
4. Read Selawat Nabi (3 x)
What I did was, I blew it on my palms and put my palms on my head for a while. After that, I repeat the whole process again. Another sister has shared her experiencebelow.



Story 2
My sister was staying with me some months ago. My sister was bleeding profusely ??lt;I> akibat pendarahan dalaman??lt; /SPAN> (internal bleeding). TeringatkanPak Kiai di Rawang yang sering merawat sister itu, I asked my niece to call and ask him what we should do? He said


"baca ayat 58 dari surah Yassin dan niat sambil meniup kearah duburnya bagi menghentikan pendarahan tersebut ".


So my niece pun buatlah. A few seconds later darah pun berhenti.. Alhamdullilah, leganya. From that day onwards, itulah yang saya buat apabila ada orang yang perlu bantuan menghentikan pendarahan.RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58


Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah, dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan..


Sampaikan kisah pengalaman ini kepada sahabat2 anda kerana tiada kerugian kita berkongsi serba-sedikit ilmu yg kita perolehi, apatah lagi sekiranya ilmu itu dapat memberi manfaat kpd seluruhumat manusia. Seandainya anda sendiri pernah mencuba cara ini dan mendapati ianya berkesan utk mengurangkan dan/atau menghilangkan sakit migrain anda, harap sudilah berkongsi pengalaman anda utk kebaikan bersama.
InsyaAllah dengan berkat dan keikhlasan hati kerana ALLAH. AMIN


Isnin, 22 Jun 2009

tetiba...





dengan nama Allah...


semalam masa aku nak hantar anak aku ke taska.. smabil memandang keindahan ciptaan tuhan.. dan awek awek cun yang menunggu bas hehehe.. sambil dengarIKIM.. ade sajak pasal yahudi a.ka. israel.


sajak( aku lupa la sajak ke apa tapi macam penerangan la ) tu menceritakan kekejaman israel.. sedih tau kalau korang bayangkan.. dan asal penubuhan negara haram yahudi ni.. dari aku kecik sampai sekarang kekejaman diorang tak pernah berhenti dan negara OIC (oh I see) hanya mampu ,melihat dan membuat resolusi.. rupanya dalang sebenar diorang adalah BRITISH..


ye British.. yang negara telah menjajah negara kita dulu.. sekarang pun sama.. contoh mudah undang undang.. mana satu yg tinggi dlm negara malaysia ni hukum islam ke hukum manusia.. boleh tanya Nazri Aziz..atau Najib pastu dengan muka tak malu mengaku negara islam..

lagi satu malam semalam di buletin utama.. kisah pasal henry gurney di bunuh.. olahan macam keparat british tu hero.. benar komunis tidak diterima di malaysia tetapi kita tak boleh nafikan yang mereka pun berjuang menentang british.. (ini kisah lain)

Henry Gurney yang pernah bertugas sebagai Setiausaha Negara British di Palestin (1946–1948). Tahun 1946. Inilah tahun mulanya sejarah Israel wujud dengan merampas tanah rakyat Palestin. Zionisme yang didukung kuasa empayar penjajah Inggeris. Peranan besar Henry Gurney dalam merampas tanah Palestin menerima imbuhan besar pingat Ratu Inggeris, Knight Commander (KCMG) of the Order of St Michael and St George.


(ayat copypaste dari laman blog sampahseni.. harap izinkan)


kalu nak tau lebih lanjut korang boleh klik kat wikipedia..

apesal aku tulis macam ni yer.. sebab aku nak sedorkan korang.. tak lalu la nak makan big mac dah..( lama dah tak beli) berger* depan 7 eleven bandar baru ampang lagi sedap.. takpun korang hentikan la nyokong pasukan england tu..

* berger= ejaan budak sekolah keb agama tempat aku.. dia ni tukar masuk sek men biasa sebab tak lulus sek agama.. kira aku umur 15 dia umur 16..


kipas lipas




di copypaste dengan izin dari laman blog cina islam(Drs. Idham Lim) tima kasih..


Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu.Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.


Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:

Sediakan bottle yang ada kepala spray.

Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi.

Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan.

Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.

Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect.

Gunakan duit tu untuk bersedekah.


Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:

Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu.

Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol.

Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas.

Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar.

Bila dah terperangkap, spray dgn air sabun.


Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:


MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.


Jangan biarkan sampah sarap di rumahSelalu cuci bilik airSinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnyaBuang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertasSeperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk.

Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.

Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.


Mengurangkan lebuhraya lipas

Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur.Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat.Begitu juga di ceiling.Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya.Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.


Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:


Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )Dua bahagian tepung gandumSatu bahagian kokoGaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.


BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!


Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.

Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas.
semuanya dengan izin Allah.. insyaallah.

Ahad, 21 Jun 2009

akhbar


Anda suka baca suratkhabar? aku pun suka tapi nak beli jauh sekali.. sebab? yelah banyak cerita di tokok tambah .. supaya sedap untuk dibaca.. aku bukannyer sesapa untuk suruh korang jangan beli paper.. tapi ini hanya pandangan aku.. kalau sesapa tak setuju itu hak anda.


1. bila nak pilihan raya mesti cerita propaganda mula di mainkan. tak kira pembangkang atau kerajaan. tapi yang aku nampak pembohong nye lebih pihak kerajaan..( kesian kat oarang kampung.)


2. banyak cerita artis dari cerita ulama'. padahal kalau cerita pasal artis takder lain.. albumla.. cinta itu dgn inila.. cerai berai la.. kalau cerita pasal ulamak ada la ukuran sebesar kotak mancis.


3. ada nombor ekor. kepada korang yang main nombor tu.. itula yang first sekali korang nengok tapi sian yg tak main nombor.. korang beli pastu yang main no ni pinjam sebab nak nengok nombor.. agak agak dapat saham dosa sekali tak.. padahal judi tu salah satu dosa besar dalam islam.. err sesaper yang tau hukum hakam tolong bagitau aku..


4. gambar.. ni yang syok ni.. banyak gambar yang boleh menyumbang faktor faktor kemaksiatan.. aku nengok pun terangsang jugak.. kalu sesape tak terangsang tu cepat cepatla berubat.. kalau gambar artis tu peehhhh.. korang paham paham sendirir la.. kesian la kat aku ni.. tak pasal pasal dapat dosa sebab nengok aurat diorang. tu aku sorang kalau 5000 orang nengok kesian pilak kat artis tu sebab buat orang lain dapat dosa.. artis ni pun dapat jugak kira macam skim piramid la..


5. dapat baca free kat kedai hehehehe.. jimat duit.







Sabtu, 20 Jun 2009

mati





Dah lama aku pikirkan untuk menulis sesuatu.. ya aku hari ni nak tulis sesuatu.. sesuatu yg korang rasa benda kecik tapi sebenarnya bagi aku benda besar.. ( nak ajak korang insaf ni) kita belum terlewat selagi belum mati.. kalau mati tak boleh la nak tolong sebab:



Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.




so pada sesapa yg hidup lagi cepat cepatla muhassabah diri.. (betul ke aku eja ni).. dulu aku pun macam korang jugak.. tak kira halal ke haram ke semua balun.. muda la katakan.. darah muda macam nyanyian saloma tu.. harap harap Allah tunjukkan aku jalan yang benar..





jadi bila kita masuk kubur.. sendiri mau ingat la.. selalu orang kata apa kau sibuk sibuk kubur masing masing.. ayat yang kurang ajaor macam ni patut korang lempangkan aje.. pasal kubur masing masing la nak kena ingat mengingati.. kalau kubur sesama seronok gak.. kalau macam tu bila aku mati nanti aku nak sama kubur ngan ulamak senang sikit nanti bila malaikat tanya aku soalan aku boleh suruh ulamak tu tolong jawabkan .. senang kan.. ini kita duduk kubur masing masing pastu nak jawab soalan lagi.. bukan boleh meniru pun terpulang la kalau banyak amalan senang la nak jawab kalau takder erm tak tau la aku macam mana keadaan nanti..


Firman Allah, maksudnya: Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang DI HADAPAN MEREKA ada Alam Barzakh HINGGA HARI mereka dibangkitkan semula (pada Hari Kiamat). [al-Mukminun 23:99-100]

kalau korang macam astora jabat aku tak boleh la nak kata apa.. kena la belajar rukun islam dengan rukun iman balik betul betul.. sebab astora jabat tak percaya azab kubur.. banyak yang tak kena dalam masyarakat melayu ni bila berlaku kematian.. nanti aku kisah kan..

aku ni tak tau bila akan mati.. korang tau bila tarikh korang mati..?